November 30th 2007 11:50 am
Novel Cinta 1
Percaya tak saya hanya mengambil masa kurang dari seminggu untuk menghabiskan ketiga-tiga buah buku ini yang telah di rekomenkan oleh kawan sepejabat. Yang pasti kalau dah mula bab pertama rasa macam kurang jer kalau tidak meneruskan ke bab2 yang lain sehingga tamat. Kesemua kisah cinta ini sangat menyentuh perasaan dan anda bisa membayangkan scenario setiap satunya.
p/s : saya bukan agen jualan atau promosi sekadar berkongsi bahan bacaan yang pada pendapat saya berbaloi untuk dimiliki.
RINDU PADAMU
Penulis : Azian Zahra
Sinopsis: Selepas abang memaksa Lia menerima perkahwinan dengan abang, Lia sebenarnya benci abang kerana mendapatkan Lia dengan cara keji apatah lagi bila Lia tahu abang mengecewakan hati Maisara. Tapi siapa sangka dalam benci, hati Lia masih mahu bersama abang. Lia sengaja aturkan rancangan di mana sebelum berkahwin kita dapat keluar bersama. Lia ingin lihat sejauh mana keikhlasan abang terhadap perkahwinan kita … tapi Lia yang semakin kuat mencintai abang. Lia tidak ada cara lain untuk mendapatkan hati abang. Lia tak sanggup melihat abang menjadi milik Maisara, sebab waktu itu abang terlalu rapat dengannya. Lia cemburu. Lia tak sanggup melihat abang bersamanya. Lia tidak dapat hidup tanpa abang. Lia dapat rasakan abang begitu dekat pada Lia …
MURNI KASIH
Penulis : Norhayati Berahim
Sinopsis : Kenapa terlalu sukar dia mahu melafazkan apatah lagi mahu meluahkan. Apakah cinta itu sebenarnya hanya mainan perasaan? Tapi kenapa semakin disimpan, semakin terdera rasanya? Ahh… segalanya benar-benar menyakitkan. Dipendam, terasa sakit, mahu diluah terasa perit. Lantas lelaki itu sedar, dia perlu membuat satu keputusan…
HANYA KAU YANG SATU
Penulis : Iffa Irdina
Sinopsis : Kehadiranmu merubah seluruh hidupku yang selama ini begitu sunyi dan suram. Kau mengenalkan aku pada erti cinta sejati. Kau mengajarku betapa sucinya sebuah ikatan antara Adam dan Hawa. Kau jualah yang mewarnakan hidupku dan mencorakkan jalur-jalur bahagia. Padamu… kuserahkan segalanya. Semoga dikau yang pertama akan menjadi yang terakhir… satu-satunya dalam hidupku… yang sama-sama menuju ke syurgawi yang abadi…
Jom kongsi pendapat anda tentang novel-novel ini disini.
2 Comments »





adila on 07 Dec 2007 at 1:45 pm #
mm..saya pun minat baca novel nih…
tapi sejak dah tambah anak ni, tak ada satu pun novel yang sempat di baca…
Leeza, sebelum ni saya ada gak try masuk blog leeza ni, tapi tak dapat…ada problem???
Nampaknya posting lama pun banyak yang tak ada…
leeza on 07 Dec 2007 at 2:38 pm #
memang best kalau ada byk masa cam dulu2 bole feeling2 lagi … tapi skrg ni baca sekali lalu jer asal dapat seluruh jalan cerita sebab tu 2hari pun dah boleh habis satu buku …
ye lar adila … hari tu masa backup tu rasanya dah okay tapi bila upload balik rupanya salah file dan file backup yg lama dah terdelete plak … nasib badan …