December 13th 2007 03:24 pm
Kupu-Kupu Syurga
Artikel ni saya dapat dari email yang dihantar oleh seorang teman. Banyak betul ganjaran yang tersedia Olehnya tanpa kita perlu bersusah payah untuk mencarinya. Perhatikan keistimewaan yang bakal diperolehi apabila anak-anak anda boleh digelar Kanak-Kanak atau Kupu-Kupu syurga;
1. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, Darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis kerana takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api Neraka ke atas Tubuhnya.
2. Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara Dua darjat ialah 500 darjat.
3. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke daamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.
4. Barangsiapa keluar ke pekan Muslimin, membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan membawa buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah Dan tidak diseksa di Akhirat kelak.
5. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan Ilmu Agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu Dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.
6. Aqrak pernah terlihat Nabi s.a.w. Mencium cucu Baginda Hassan. Aqrak berkata: “Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium”. Sabda Nabi s.a.w.; “Orang yang tidak menyayang tidak pula akan disayang“.
7. Barangsiapa ke pasar Dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya Dan dia memikulnya ke rumah; Pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak Perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
8. Suruhlah anak-anakmu sembahyang ketika umurnya Tujuh tahun Dan pukullah dia kerena meninggalkan Sembahyang apabila berumur sepuluh tahun, pisahkan Anak-anak perempuan dalam tempat tidur mereka.
9. Seorang lelaki ber tanya; “Ya Rasullullah, kepada Siapakah harus aku berbakti?” Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.” Kata Lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi”. Sabda Nabi s.a.w.; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, Ibu bapa berhak terhadap dirimu Dan anak mu pula berhak Atas dirimu”.
Dan ingatlah bahawa “Orang yang tidak menyayang tidak pula akan disayang“. Amin
9 Comments »





azwan on 13 Dec 2007 at 10:49 pm #
got the same email
.. posted it at my kids blog.
Leeza on 14 Dec 2007 at 10:55 am #
yup … inilah yang dikatakan “u get back what u give”, tidak semestinya drpd yg menerima tetapi dr sumber lain yang tidak kita ketahui ….
hafiza on 28 Dec 2007 at 2:26 pm #
satu perkongsian yang menarik
Leeza on 31 Dec 2007 at 12:24 pm #
thxs hafiza ..
smartzul on 04 Feb 2008 at 3:08 pm #
Absolutely agree with you.
Leeza on 07 Feb 2008 at 2:20 am #
wow … IM melawat blog saya yg x seberapa ni … berbangganyer … tima kasih Zul …
munierah on 08 Feb 2008 at 10:03 pm #
bnyk nasihat berguna n tip2 menarik..
titan on 03 Mar 2008 at 10:57 pm #
Oouu..itu dia maknanya kupu-kupu syurga..Faham sudah..:D
leeza on 04 Mar 2008 at 5:43 pm #
faham dan kalau boleh amalkan … kita jugak yg untung coz dpt pahala kan …
ehmmm … actly skrg kurang kita dgr ungkapan camni kan … apa yg kita buat pahala balasannya …