January 18th 2008 05:02 pm
Hari Asyura (10 Muharram) : 19-Jul-2008
10 Muharam - Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran. Antara perkara yang telah berlaku pada 10 Muharam adalah:
- Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
- Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
- Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
- Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
- Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
- Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
- Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
- Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
- Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
- Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
- Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
- Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
- Hari pertama Allah menciptakan alam.
- Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
- Hari pertama Allah menurunkan hujan.
- Allah menjadikan ‘Arasy.
- Allah menjadikan Luh Mahfuz.
- Allah menjadikan alam.
- Allah menjadikan Malaikat Jibril.
- Nabi Isa diangkat ke langit.
Tahukan anda dengan hanya melakukan beberapa perkara sunat pada hari Asyura (10 Muharram) tersebut kita akan diberikan ganjaran yang tidak ternilai.
Antara perkara-perkara sunat tersebut adalah :
- Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
- Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
- Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
- Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
- Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
- Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
- Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
- Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
- Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
- Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
- Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
- Membaca “has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”. Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
- Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
- Puasa. Niat - “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.” Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Membuat Bubur Asyura merupakan satu lagi amalan dalam bulan Muharram. Ia diperbuat daripada pelbagai campuran namun mesti mempunyai 10 jenis ramuan, jikalau lebih atau kurang, maka bubur tersebut bukan Bubur Asyura. Setiap negeri, terutama negeri-negeri di semenanjung Malaysia, mempunyai Bubur Asyura yang berlainan rasa dan ramuan. Hal ini, menyebabkan pelbagai cara untuk membuat Bubur Asyura.
Bubur Asyura juga terdapat dalam beberapa jenis antaranya :
- Jenis manis - Lazimnya di utara Semenanjung Malaysia.
- Jenis berempah dan mengandungi daging - Lazimnya di pantai timur Semenanjung Malaysia.
- Jenis seperti bubur lambuk yang mengandungi pelbagai ramuan seperti pisang, kacang hijau dan lain-lain - Lazimnya datang dari Singapura.
Keluarga kami berasal dari pantai timur sudah tentulah jenis yang kedua menjadi pilihan. Bukan sedikit kekadang tu sampai dua kawah, satu yg berdaging dan satu tanpa daging. Sungguh menyeronokkan bergotong royong ni, yang perempuan sebok menghiris bahan dan yang lelaki pastilah bersungguh untuk menunjukkan kekuatan mereka mengacau bubur ini. Paling suka ialah bila ia hampir kering, makan dalam daun pisang … fulamak tak nampak mak mentua lalu belakang beb. Namun semenjak emak saya sakit beberapa tahun yang lalu dan kini tinggal dirumah pangsa, amalan ini seolah-olah dilupakan terus. Ada juga kekadang tu sampai jugak kiriman dari kampung … sekurang-kurangnya dapat jugak lar merasa …
Oleh yang demikian kengkawan semua, jom kongsikan berapa perkara yang telah dapat anda dapat lakukan pada hari Asyura ini esok…
Sekian. Wassalam.
4 Comments »





leeza on 21 Jan 2008 at 12:36 am #
Alhamdullillah … beberapa perkara dapat saya lakukan pada hari Asyura yang lalu antaranya berpuasa, sembahyang dan mandi sunat Asyura, rasanya anak2 juga suka sebab ibunya x marah2 cam selalu, juga ajak keluarga keluar makan bersama … itu sahaja yang boleh diingat dan termampu dilakukan … Bukan ganjaran yang diharapkan tetapi kepuasan setelah berjaya melakukannya.
Azhar Ahmad on 21 Jan 2008 at 11:41 am #
Saya sempat berpuasa sahaja…
Salam kenal dari Teratak Nurani….
Leeza on 21 Jan 2008 at 1:45 pm #
Alhamdullillah, sekurang-kurangnya kita masih mampu melakukannya, yang terbaik adalah mengetahui dan mengulanginya di masa akan datang … InsyaAllah …
zuhairy on 23 Jan 2008 at 3:41 am #
eiii, teringin nak makan bubur asyura la,huhu