January 15th 2008 02:50 am
Fenomena Culik, Salah Siapa?
Salam sejahtera semua.
Lagi kes kanak-kanak hilang diculik. Adik Sharlinie dilaporkan hilang ketika bermain di taman permainan berhampiran dengan rumah beliau hanya kurang 48-jam dari kes pertama. Sebagai seorang ibu perasaan sedih dan risau tidak dapat digambarkan, lebih2 lagi bila teringat kisah adik Nurin, bagaimana pula nasib adik Sharlinie. Nauzubillah, doa kami jauhkan dia dari segala kemungkinan tersebut, semoga penculik adik Sharlinie pulangkan kembali beliau kepada keluarganya. Amin.
“Cuai dan Alpa”, itu kata Prof. Abdul Rahim selaku Pengurus Pusat Pembelajaran Futuristik dan Inovasi kepada Utusan baru-baru ini. “Fenomena yang berlaku sekarang menunjukkan nilai kekeluargaan ibu bapa kelas bawahan Melayu kini sangat lemah. Dalam kejadian-kejadian culik kanak-kanak kebelakangan ini melibatkan ibu bapa muda daripada golongan berpendapatan rendah. Dalam kesibukan mencari nafkah hidup untuk keluarga, mereka lemah dalam memberi perlindungan kepada anak-anak.” Itu antara kata-kata beliau yang sempat saya petik dari laporan tersebut.
Persoalannya siapakah yang perlu dipersalahkan jika terjadinya perkara sebegini? Wajarkan ibubapa dipersalahkan kerana tidak mengikuti setiap langkah, tidak memerhati setiap perkara ataupun tidak menegur setiap perbuatan yang dilakukan oleh seorang kanak-kanak. Salah ibubapa juga kerana tidak menekankan kepada mereka jangan mudah mengikut orang yang tidak dikenali lebih-lebih lagi menerima apa jua pemberian orang yang tidak dikenali hatta sebiji gula-gula. Dalam senario sebegini ibubapa tetap akan dipersalahkan walaupun sedang dalam keadaan tertekan dan dihantui rasa bersalah disebabkan oleh kehilangan anak yang disayangi. Mungkin tidak semua tetapi segelintir masih menyuarakan pendapat sebegini, mungkin tidak kena dibatang hidung sendiri barangkali ….
Namun untuk siapakah kita sebagai ibubapa bekerja dan berusaha bagi memenuhi keperluan dan kemestian untuk meneruskan kehidupan ini, lebih-lebih bagi mereka yang tinggal di bandar metropolitan ini? Bagi mereka yang berpendapatan tinggi mungkin tidak terasa sangat ye lah beza cuma seringgit dua jer (lagipun mereka cuma keluar duit jer, yang beli orang gajinya..), tetapi bagi kami yang berpendapatan rendah sangat2 terasa perbezaan itu. Suka dengar komen Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini mengenai kos sara hidup yang semakin meningkat, “Sesetengah pihak pasti terasa. Misalnya, kalau dulu dengan RM100 orang boleh beli barangan yang memenuhi bakul, sekarang nilai wang yang sama hanya mampu mengisi tiga suku bakul.” itulah katanya. Dan itulah juga yang pernah dikatakan oleh ibu saya …
Fikirkanlah, tepuk dada tanya selera …
Wassalam.
5 Comments »






zool on 17 Jan 2008 at 6:17 pm #
Sekarang bukan masa untuk menyalahkan sesiapa namun ianya menjadi iktibar untuk berhati-hati dalam apa jua yang dilakukan.
azwanhadzree on 21 Jan 2008 at 1:01 pm #
ramai orang tak betul kat malaysia ni. 20 tahun dulu, kita main jauh dari rumah pun, orang tua tak kan risau.
Leeza on 21 Jan 2008 at 1:58 pm #
betul tu Azwan, bukan setakat 20thn lalu … masih teringat zaman remaja dulu2, dlm 10thn lepas lar gak kan … gi joging dr rumah kat bangsar ke tasik perdana sorang2 pun xder hal … tapi skrg ni jalan kat walkway pun asyik suspicious jer tgk org kiri kanan … xleh nak imagine kalu tgh jln2 tetiba org acu pisau mintak serahkan handbag … nauzubillah …
azwanhadzree on 05 Feb 2008 at 2:07 pm #
20 tahun dulu tu, cerita i masih remaja la .. 16 at that time ..ha..ha.. wooo, i’m getting old
tu tak masuk kisah masa umur 8-10 tahun. waktu kanak-kanak riang
main dari pagi sampai petang memanjat bukit, berendam kat sungai, yang penting … by 7pm mak tahu, i’d be at home.
Leeza on 07 Feb 2008 at 2:17 am #
sama lar kita …. parents mmg kijer xder babysitter ker org gaji pun … yg pasti kami akan smpi rumah sebelum diaorg balik … kalu x mmg kena plankung lar jwbnyer …
kami jaga diri sendiri jer masa tu umur baru 6thn masa mula2 dtg kl masuk tadika kat sini smpi lar start sek … masih teringat masa sek rendah kat sk methodist kat brickfields tu jambatan yg skrg menyambungkan jln bangsar ngan brickfields tu sedang dlm pembinaan so gi sek melalui jln keretapi yg skrg ni KL Sentral … melalui jalan dan gudang keretapi yg byk mamat2 india kije kat situ tapi mmg time tu xder rasa takut pun … skrg ni nak jln kat small town brickfields tu pun rasa seram sejuk …. macam2 dlm pikiran …