December 24th 2007 04:18 pm
Berita Buruk ke Berita Baik
Pengumuman penting …. “Anda di berhentikan … ”
Alamak berita buruk ni … macamana ni … apa nak buat ni … di mana nak mula ni …. nak cari kerja balik ke nak duduk rumah jer … macam2 dalam fikiran …
Hari Rabu yang lepas kami telah dipanggil oleh pihak pengurusan dimana satu pengumuman telah dilakukan secara terbuka - perkhidmatan kami setakat ini sahaja. Syarikat hanya akan mengekalkan beberapa kakitangan sahaja untuk meneruskan tugas-tugas yang lain sebelum penutupan sepenuhnya! Saya tidak tahu samada untuk menganggap ini satu berita baik atau buruk … mungkin berita buruk kerana saya tidak lagi bekerja makan gaji dan ini bermakna suami perlu memikul tanggungjawab menanggung keluarga berseorangan … “biarlah, mungkin rezeki kita setakat ini sahaja” katanya.
Tetapi, ini mungkin juga satu berita baik dimana saya boleh menumpukan perhatian untuk e-biz dengan modal drpd imbuhan yang diberi oleh pihak syarikat. Sambil duduk dirumah menjaga anak dan mencari peluang berniaga di ruang siber ini. Ya! mungkin ini adalah titik permulaan untuk saya terus berkecimpung dalam perniagaan maya ini … mula2 kena cari mentor dulu … apa2 pun dlm seminggu dua ni kena buat homework lebih sikit … mungkin ada cadangan atau ingin menghulurkan bantuan …. kecil tapak tangan, padang bola sepak kutadahkan ….
7 Comments »





Afzai Afandi on 24 Dec 2007 at 9:40 pm #
Salam perkenalan…
Kali pertama datang ke sini. Pada saya anggaplah ini dugaan dan ujian hidup..pasti banyak hikmah disebaliknya. Just positif thinking and go success.
Kalau sy tegur jangan marah ekk. Just nak beritahu tentang link post blog puan. Contohnya:
http://mymumbiz.com/blog/?p=21
Jadi adalah lebih baik puan tukarkan kepada http://mymumbiz.com/…../tajuk post
Klik option —>permalinks—–>klik date n based
tujuannya supaya lebih mesra SEO
k…semoga terus sukses
zool on 26 Dec 2007 at 8:56 am #
Penat alami ..
Masa tu tengah praktikal..
Tetiba je boss bagi surat….
Pergh time tu Tuhan je tau perasaannya
leeza on 26 Dec 2007 at 10:48 am #
Thx afzai utk tips tu .. tapi ada masalah sikit lar … bila tukar option tu dia terus gi error … apsal eh?
Hi zool … mmg sedih kan especially dah hampir 9thn kat sini … smpi x terfikir nak buat apa lepas ni …
SyawaL on 26 Dec 2007 at 11:43 am #
A`kum wbt..
Tahniah kerana dah ada benda nak buat walaupun berhenti kerja. Bolehlah kongsikan bersama pengalaman biznes dari rumah nanti kpd kami.
Dan sabar dengan ujian berhenti kerja…dan sabar dengan apa -apa dugaan nanti…
Afzai Afandi on 26 Dec 2007 at 11:50 am #
Cuba try yg ni
klik option—-> permalinks—–>Custom..kemudian taruk yg ni kat dalam kotak tu:
/index.php/archives/year/monthnum/day/postname/
k…tQ
zool on 30 Dec 2007 at 12:06 am #
Takpelah ..
Anggap tiada rezeki di sana..
Mungkin tempat keje baru akan lebih berjaya..
AMIN
Leeza on 31 Dec 2007 at 12:19 pm #
thxs zool … mmg dari mula saya tanamkan kata-kata “rezeki saya disini setakat ini saja … mungkin ditempat lain lebih baik” ..
afzai … dah cuba tapi still ada error … maybe kena install file error404 tu tak … zul pernah buat kat saya … tapi dah lupa …