December 7th 2007 03:37 pm
Beegan Bersunat
Inilah anak bujang saya, baru berumur 6thn pada 21-November yang lalu. Bila cerita pasal sunat betul-betul excited dia nak sunat gak katanya ingatkan dia main-main jer. Tak sangka petang hari tu ayah dia pulang dari kerja dan kami bersembang pasal anak buah dia yang berumur 10thn tu nak bersunat cuti sekolah ni. Ntah macamana dia pun cakap kalau macam tu abang pun nak sunat gak lah. Berkali-kali ayah dia tanya betul ker? Tak takut ker? dan macam-macam soalan lagi … tapi dengan semangat berkobar-kobar dia cakap nak. Keesokkan harinya hubby saya inform emaknya yang cucu dia sorang ni pun nak sunat gak, mereka semua x yakin coz Beegan ni kekadang boleh tukar fikiran tetiba. Tapi pada masa yang sama kami tetap jugak buat tempahan untuk hari yang bersejarah tu. Saya dan hubby cam tak percaya jer yang anak kami dah nak sunat.
Sebenarnya posting ni sepatutnya keluar pada awal minggu hari tu tapi disebabkan ada sedikit masalah teknikal dengan kamera digital ni ia terpaksa ditunda. Beegan telahpun selamat berkhatan pada 1-Disember yang lalu diikuti dengan kenduri doa selamat dan khatam Quran pada keesokkan harinya.
Inilah gambar Beegan beberapa jam selepas bersunat tu … adalah sempat snap 3 keping gambar tapi semuanya sensored kerana dia tidak selesa berkain jadi bayangkanlah sendiri ye! Dalam perancangan dia sepatutnya disunatkan jam 11:30pagi tapi disebabkan beberapa masalah dengan peserta sebelumnya akhirnya dia disunatkan jam 2ptg. Beegan mmg anak yang berani kata semua orang coz dari pagi menunggu sampai petang rilek jer … sepupu dia tu siap menangis lagi, takut katanya. Beegan pulak dengan selamba pegi tanya sepupu dia “ko takut eh?” … lagilah bengang member. Masa menunggu kat klinik tu pulak ada seorang budak 11thn umur dia, melalak sakan, soalan yang sama ditanya Beegan tapi kali ni ada sambung sikit “saya tak takut!”, terkulat-kulat budak tu. Hubby follow Beegan masuk dlm bilik, dia tidak menangis sikit pun masa doktor injet ubat bius tu dan sementara menunggu ubat bius berjalan dia sempat bertanya ayahnya “dah siap ke, ayah?”, “belum” kata suami saya, “lambatlah doktor ni” katanya, doktor hanya menggeleng kepada melihat kelakuannya. Usai semuanya dia keluar dr bilik doktor dengan muka tersenyum, budak lelaki yang sedang menangis kat ruang menunggu tu terus diam, sepupu dia pun sama.
Sebelum sampai rumah mak mertua saya sempat lagi Beegan ajak ayah dia gi kedai! Sampai kat rumah suruh pakai kain dia xnak nyilu katanya … dan buat kesekian kalinya kami mendengar dia menangis selepas kencing, mungkin pedih baru terasa, adalah dekat 5min jugak. Tetapi …. selepas tu macam orang tak bersunat, kejap2 kencing, kejap2 mintak makan, ”air jampi” tak lepas dari tangannya, lepas tu boleh jalan2 masuk bilik main game lagi … sepupu dia balik dr sunat tak bangun2 sampai petang itupun paksa pegi kencing coz takut nanti mudarat pulak. Sedang kami sibuk buat persiapan kenduri keesokkan harinya, Beegan jugak sibuk bermain-main dengan kawan2nya, punya lar risau kami tengok perangai dia tu … jiran2 yang tengok asyik menegur jer takut bentan kata orang tapi dia selamba jer … dah tak larat nak marah … at last biar lah …
Walau bagaimanapun semuanya telah selamat dan Alhamdullillah semuanya berjalan dengan lancar.
9 Comments »





ici on 09 Dec 2007 at 5:18 am #
teringat masa anak saudara saya bersunat, diorang tu kembar, dua2 lelaki. Si abang melalak bukan main lepas kena sunat, takut lebih. Adik nye pulak melalak dekat rumah lepas ubat bius habis, tunjuk macho pun ye jugak. Our family memang ramai, 7 orang semuanyer, cucu mak saya dah masuk ke 10 at the time. Semua datang bagi support sebab kembar tu cucu sulong. N I’m very close to them sebab babysit diorang since I was 15 years old.
Yang lawaknyer, abang2 saya nak tengok tak bagi, sampai mengamuk. Masa tu saya masih belajar bidang perubatan thn 4. Bila saya jenguk diorang kat bilik, yang adik kata kat saya…Aunti Ci nak tengok tak?
leeza on 10 Dec 2007 at 2:01 pm #
mmg seronok ada keluarga ramai, saya cuma 3beradik tetapi hubby 11 semuanya … skrg ni mak dia ada 21cucu manakala mak saya 13 jer … so dari segi aktiviti secara automatik kat rumah mak mentua lebih gah dan gempak coz rumah setiasa full especially kebanyakkan mereka mmg tinggal around KL & Sgor jer …
saya pun 1st time tgk “bird” org sunat ni … maklumlah anak punye ye tak lagipun kena monitor lar takut berdarah ker bernanah ker … dulu2 masa sepupu2 dan anak2 buah yang lain bersunat x pernah tgk pun … segan lar … inilah yang dikatakan pengalaman …
ici on 10 Dec 2007 at 11:51 pm #
itula, sama dengan kakak saya. dah laa takut jarum n darah, tapi sebab anak, sanggup buat apa saja
Aizat on 12 Dec 2007 at 10:23 am #
Eh dah sunat dah beegan? hehehe
Muda2 dah sunat baguslah.
Saya dulu pon sunat umo bape ek? darjah 6 rasanye. tak ingat.
hehehe
Leeza on 12 Dec 2007 at 11:20 am #
heh heh … ibunya sendiri x sangka baru 6thn tapi mmg salute atas keberanian dia … tapi yg kopak ayah dia lar - sapa suruh janji so kena gak beli ps tapi ps1 jer lar …
zool on 12 Dec 2007 at 12:35 pm #
Wah.. dah ada anak Bujanglah nampaknya…
Mesti dia seronok dapat banyak duit kan???
leeza on 12 Dec 2007 at 3:47 pm #
Alhamdullillah banyak jugak lar … mula2 tu ingatkan nak simpan tapi member nak gak ps tu so ayah dia kata bole tapi guna duit sendiri … bukan apa nak ngajor dia jgn fikir senang dpt duit kan … tapi kitaorg ambik separuh jer yg lain ayah dia topup … at least dia tahu bukan senang nak dapatkan anythg tanpa usaha ye tak!
Tu lar rezeki anak namanya, zool ni bilar lagi? heh heh …
azwan on 13 Dec 2007 at 10:41 pm #
ha..ha.. apa-apa pun anak ku masih terbaring. Dia sebenarnya tak takut sgt sebab nak bersunat pun mesti ada keberanian. tapi dia memang takut sakit, tu yang terbaring je
Leeza on 14 Dec 2007 at 11:01 am #
yup … tidak dinafikan anak2 skrg mmg lebih berani dlm apa jua yg dilakukan so sebagai ibubapa tanggungjawab kita adalah untuk memberitahu sesuatu perkara itu patut atau tidak dilakukan serta terangkan dengan jelas akibatnya ..