April 1st 2008 04:12 pm
Pemeriksaan Kesihatan Komputer Percuma
Salam buat semua.
Baru-baru ini terbaca artikel mengenai keselamatan internet kepada pengguna lebih-lebih lagi melibatkan transaksi maklumat peribadi dan sulit sebagai aksses untuk sesuatu perkhidmatan. Menggerunkan apabila terbaca cerita mengenai penyalahgunaan data tersebut yang melibatkan bukan sedikit tetapi kekadang sehingga beribu ringgit. Jangan tak percaya bukan kita sahaja perlu untuk berjumpa doktor, komputer pun tidak terkecuali.
Sebuah syarikat tempatan, F-Secure Corporation telah memperluaskan lagi cabang perkhidmatan penyelesaian keselamatan bagi pengguna daripada serangan virus serta ancaman berisiko yang mampu membawa kemudaratan kepada sistem komputer sekali gus melindungi daripada gangguan. Dalam mencapai tahap keselamatan yang optimum, mereka memperkenalkan khidmat pemeriksaan kesihatan untuk pengguna bagi melakukan pemeriksaan terhadap tahap keselamatan secara menyeluruh di Internet. Proses tersebut merangkumi pemeriksaan status keselamatan komputer termasuk sistem pengendalian, pelayaran web serta aplikasi perisian. Usaha ini adalah untuk memastikan komputer terjamin selamat dan membantu pengguna bagi menyelesaikan ancaman yang berpotensi selain sentiasa memberi khidmat nasihat. Dan berita baiknya khidmat tersebut ditawarkan oleh F-Secure secara PERCUMA.
Keputusan yang diterima setelah menjalankan ujian tersebut terhadap PC saya.
Pengguna boleh mendapatkan maklumat lengkap dan servis tersebut dengan melayari www.f-secure.com/healthcheck.
Sekian, semoga informasi ini berguna untuk anda.
No Comments yet »




