March 27th 2008 03:21 pm
Streamyx oh Streamyx …
Salam buat semua.
Sudah seminggu terpaksa berdiam diri … dan sudah dua kali dalam bulan ini sahaja. Ceritanya bermula begini, minggu lepas selama tiga hari hanya disebabkan oleh masalah connector yang tidak berfungsi. Laporan dibuat dan keesokkan harinya technician mereka telah datang kerumah dan memeriksa talian, mmg cekap sungguh mereka bekerja, tahniah! (jangan mare ye abg TM!). Kali kedua talian telefon tidak berfungsi lagi akibat hujan lebat pada 23Mac yang lalu dan seperti biasa saya pun buat laporan ke ‘100′ bahagian “Telefoni” (betul ker ejaan ni?). Namun selepas 2-hari line telefon dah ok tapi streamyx still xleh so call them dan as usual kita akan disuruh untuk melakukan beberapa perkara teknikal untuk trobleshoot yang sememangnya saya dah tahu pun (berlagaknyerrr saya!), namun saya lakukan juga kerana menghormati tugas mereka sebagai pembantu khidmat pelanggan (baiknyerrrr saya!).
At last dah buat exactly macam yang mereka suruh still lampu DSL tu blinking means line mmg x ok. According to them they need to check furhter and needs another 2days to tackle the problem. Hah! another 2days - yeah because the report i’ve made earlier which is on the 23rd was with regards to the telephone problem so now they need to forward this problem which falls on the 25th to the Streamyx department. Well what to do, just have to wait … but this impatient person calls them everyday (:D). So today at 2pm I manage to start browsing around the net freely …. fuhh how I missed doing this. (Fuyoh .. i’m writting in English … sori nak try to improve my English sebenornyer…). Berbalik pada cerita masalah internet saya tadi tu … dan hari ini pada pukul 2pm setelah membuat lebih kurang 3 panggilan kepada mereka hari ini akhirnya line internet saya telah berjaya diakses kembali ….
Saya nak kongsi beberapa tips troubleshoot yang perlu dilakukan sebelum anda menghubungi mereka :
- Pastikan talian telefon anda berfungsi … maksudnya jika ada nada dering ok lar.
- Jika tidak cuba lakukan direct connection untuk memastikan kabel telefon anda berfungsi dengan baik.
- Lakukan direct connection utk kabel internet untuk memastikan kabel internet anda berfungsi dengan baik juga.
- Cuba matikan suis dan restart modem anda kembali.
- Line anda sepatutnya dalam keadaan baik jika lampu DSL dalam keadaan stabil dan tidak berkelip-kelip.
- akhir sekali …. pastikan bil anda tidak tertunggak kerana ini juga boleh menyebabkan talian anda tidak berfungsi …
Nota : Pastikan anda berada di hadapan PC atau Laptop untuk memudahkan proses troubleshoot tersebut.
Itu sahaja setakat ini ….
Sekian. Wassalam.
No Comments yet »




