March 4th 2008 05:33 pm
Saman Memandu RM20 jer!
Salam semua.
Hari ni kebetulan saya tidak mempunyai apa2 rancangan jadi saya sanggup untuk menolong abang saya menghantar mak ke hospital untuk dialisisnya. Mak saya yang mengidap penyakit ‘3in1′ tu kata orang lar, sakit jantung, darah tinggi hingga kencing manis dan sekarang akibatnya dia terpaksa menjalani proses dialisis seminggu 3x kerana buah pinggangnya tidak berfungsi dengan baik. Oleh yang demikian teman2 nasihat saya, jagalah kesihatan anda, sentiasa kawal pemakanan dan bersenamlah selalu. Anda boleh dapatkan tips-tips kesihatan dengan percuma di sini.
12:30pm : Murahnya! Ada ker saman cuma RM20 jer? Ketika membelok keluar drpd hospital memasuki Lebuhraya Persekutuan tetiba saya diarahkan oleh seorang abg polis trafik ni utk ke tepi, rupanya saya sedang menggunakan telefon bimbit ketika memandu. Alamak, kenapa lar aku x perasan abg trafik tu! Sebenarnya apa yang berlaku hari ini mungkin telah diketahui umum iaitu kecekapan polis traffik kita menggunakan kuasa untuk menilai harga saman mereka. Selama ini saya hanya mendengar cerita dari teman-teman ataupun sumber bacaan sahaja namun ini benar2 terjadi pada saya hari ini. Saman ‘memandu sambil guna telefon’ kompaun yg sepatutnya adalah RM300 tetapi atas budi bicara cik abg traffik kita ni nilai saman itu cuma RM20 sahaja, ‘duit makan tengahari’ katanya! Heh heh, macam2 namun saya tetap menghalalkan pemberian tersebut dan berlalu pergi.
2:30pm : Dalam perjalanan pulang ketika keluar dari pasaraya saya didtgi oleh seorang remaja mempromosikan produk gores & menang! Bukan kita tidak tahu mengenai sindiket mereka ini, rata-rata akbar, flyers dan rancangan2 tv tidak pernah putus mengingatkan kita tentang taktik penipuan mereka ini. “Kakak, ini ada satu promosi hadiah istimewa untuk kakak. Jika akak buka ada tulisan thank you, pulangkan pada saya dan company akan bayar saya RM2 tapi jika nasib baik kakak boleh menang itu tv, dvd atau handphone. Kompeni saya dekat saja kakak boleh ambil itu hadiah di Saujana Impian” Saya berpura-pura terkejut dan bertanya semudah itu untuk mendapatkan hadiah ker? “Ye lar, itu kompeni sudah ada budget ma, nanti kakak boleh dapat macam2 diskaun lagi”. Hmmm, macam x betul jer bunyinya kan, saya pun terus masuk dalam kereta tanpa memperdulikan rayuannya supaya saya membuka sampul tersebut. Mereka ini bukan setakat 2-3org tetapi melebihi 10org, pada pandangan saya mereka ini remaja yg sedang mencari extra income untuk menampung perbelanjaan mereka. Pada masa yang sama saya lihat ada yang sedang berbual dgn seorang lelaki cina yg agak berumur di sisi sebuah kereta mewah yg mana mungkin ketua mereka.
Itulah yang telah berlaku pada saya hari ini. Pulang ke rumah dalam keadaan letih memandu hampir separuh hari dan dah penat sgt, nak rehat dulu jap lagi askar2 akan balik nak kena masak almaklumlah mesti lapar kan seharian letih di sekolah … oh ya mereka skrg ni sedang ujian bulanan. Good Luck guys, do your best ok.
Sekian. Wassalam.

11 Comments »





mrozaidi on 04 Mar 2008 at 5:39 pm #
Wah..Murah Gile..
Leeza on 05 Mar 2008 at 1:15 pm #
heh heh … tapi jgn buat selalu coz baru2 ni saya dpt satu email dimana mereka boleh melapurkan kepada ketua mereka ttg anda dan mereka akan dapat incentive manakala anda pula akan di denda kerana menyuap polis … ntah betul ke tidak x sure lar plak …
Amir on 06 Mar 2008 at 3:06 am #
Betul tu leeza, jgn main2..kes suap menyuap nie..makan tk habis woo..
zool on 06 Mar 2008 at 3:33 pm #
Wah menghalalkan rasuah nampaknya..
Kena report BPR nie..
Huhuhuhuhuhuhuhu…
Dah lama tak singgah sini.. Wah design lebih simple dan ke arah perniagaan nampaknya..
Leeza on 07 Mar 2008 at 2:43 pm #
bukan niat nak rasuah tapi memandangkan skrg dah xder fixed income x mampu rasanya nak bayar saman RM300 tu … heh heh …
yep zool, nampak lebih professional sikit lar … cuma content nak kena lebihkan pengisian …
azwanhadzree on 08 Mar 2008 at 1:22 am #
i know your situation, but i think .. rasuah tetap rasuah .. i’ve been caught speeding 3 times since i got my driving license, masa tu baru start kerja, hanya kerana tidak mahu terlibat, i paid the saman in full.
anyway, u made a mistake this time, jangan buat lagi
nasihat je …
titan on 08 Mar 2008 at 11:51 am #
hehe. biar betik..masa kat kolej dulu. macam2 saman ada..saman periuk pun ada. huhu..
hafifi on 10 Mar 2008 at 3:41 pm #
aku pun nak kena saman klu rm 20 je..hehe
Leeza on 11 Mar 2008 at 12:51 am #
sori azwan, actly this is my first time pun. hopefully lepas ni takkan cuba buat lagi … insyallah ..
saman periuk pun ada gak ker .. ni mesti kes pinjam x pulang ikut schedule … tu lar titan janji mesti ditepati tau … mesti lar member tu marah kalau xleh masak coz periuk xder … hampeh … heh heh …
jgn cuba2 dik fizi oiii .. nanti kena betul bukan sikit … RM300 beb … sapa nak jawab dik oiii ..
LadyCT on 12 Mar 2008 at 8:36 am #
Blog you lebih kurang sama nature dengan my blog… kisah ibu, isteri… jom kita link exchange nak?
Leeza on 12 Mar 2008 at 12:00 pm #
no prob ct .. saya dah include u in myfriends page … thx sudi singgah, dtg lar lagi nanti …