February 25th 2008 05:13 pm

Pilihan di tangan anda …

Pilihanraya bukan rahsia lagi …. semuanya yang dilakukan atau diperkatakan kini semuanya menjurus kepada peristiwa penting negara ini yang bakal mencatat sejarah sekali lagi. Berbagai tohmahan, kejian, kata-kata nista yang sipi-sipi diperdengarkan untuk menjatuhkan atau mengaibkan pihak lawan. Namun tidak kurang pula kata-kata sapaan manis serta salam dan peluk cium kala bersua muka. Yang pasti tidak ketinggalan adalah buah tangan untuk pengikut2 setia bagi memudahkan mereka menjalankan tugas.


 

Sebagai rakyat yang diberikan amanah untuk menentukan pemerintah mereka maka dengan itu kita seharusnya menjalankan tanggungjawab yang diberikan sebaik mungkin. Jangan membuat pilihan atas dasar suka atau kepentingan diri sahaja. Buat pilihan yang tepat dan berdasarkan kemampuan pemerintah tersebut. Pemerintah yang tentunya diyakini dan bisa memberikan kehidupan masa depan yang baik untuk generasi akan datang. Jangan mudah percaya janji2 sebelum, menjadi lumrah manusia kini bila penipuan atau lebih dikenali ‘tipu sunat’ sudah menjadi seperti satu amalan yang tidak bisa lagi dibendung.

Ringkas sahaja tulisan saya hari ini. Jika diikutkan hati mmg nak tulis pjg lebar namum sedar dikala demam pilihanraya sedang hangat melanda ini orang nak baca blog panjang2 pun malas, byk kerja lain lagi yg lebih berfaedah cthnya, gantung bendera, dapat gak duit ek.

Maaf jika ada yang tersinggung namun kekadang kebenaran itu semmgnya menyakitkan …. apa lagi … Marilah mari pergi mengundi … Jangan lupa kewajipan pada negara …

4 Comments »

4 Responses to “Pilihan di tangan anda …”

  1. Professionalkah anda … — Malaysian Mum Blog on 27 Feb 2008 at 1:51 am #

    […] Pastinya kita biasa mendengar perkataan ini digunakan kini lebih-lebih lagi dalam kehangatan demam pilihanraya sedang melanda kini. Masing-masing akan cuba untuk mempertahankan keprofesional mereka untuk membuktikan kemampuan masing-masing. Namun yang pasti kita sebagai rakyat Malaysia yang maju dan majmuk, memilih ketua yang berkebolehan untuk memimpin dan membangunkan negara sepatutnya menjadi pilihan utama kita. […]

  2. nurabadi on 27 Feb 2008 at 11:10 pm #

    pilihan bukan ditangan anda “kita” tetapi pilihan letaknya di atas perintah Allah. majoroti bukan bermakna kebenaran. Menegakkan agama dan mengurus dunia dengan agama. Kerana hukum Allah telah mengambarkan 313 orang dapat mengalahkan 2000 orang. Lihat sahaja perang Badar… menarik untuk dibincang..ameen…

  3. nurabadi on 28 Feb 2008 at 1:17 pm #

    seringkali kita mendengar ingin menjadi profesional kita perlu mengikut acuan kita, acuan timur, lebih tepat, sesuai, bersopan dan banyak lagi pendapat dan pandangan. Tanggapan ini sebenarnya kurang tepat. Seringkali acuan kita dirujuk dengan suatu tanggapan falsafah semata-mata. Acuan yang sebenar ialah acuan Islam. Kita tidak boleh lario dari pertimbangan ini. setinggi manapun seseorang itu mempunyai latar belakang dan pengetahuan tetapi acuan ikutan adalah semata-mata mengikut falsafah maka ianya tidak mempunyai dasar yang kukuh sebenarnya… be prfesional by Islam base

  4. Leeza on 28 Feb 2008 at 4:02 pm #

    i agree to u … semmgnya kita sepatutnya tidak lupa dr mana akar umbi kita … di masa skrg agama bukan lagi menjadi satu contoh atau teladan yg seharusnya kita ikuti kerana kebanyakkan masa tindakan dan keputusan yg kita ambil lebih berdasar keadaan semasa atau drpd pengalaman yg lalu, mungkin juga iktibar atau kisah oranglain (bukan seorg islam) yg dijadikan panduan atau ikutan.

    kebenaran tidak lagi dijadikan pegangan sebaliknya penipuan diberikan pujian … dipuji kerana berjaya memanipulasikan situasi menjadikan ia sesuatu yg boleh di terima pakai …

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

« Berapa Nilai Masa Kerja Anda? | Professionalkah anda … »