February 11th 2008 03:58 am

Orang Gaji Lelaki?

Salam buat semua.

Umum mengetahui keperluan pembantu rumah atau orang gaji dikala ini amat mendesak terutama bagi yang tinggal di ibukota. Baru-baru ini terbaca diakhbar mengatakan kesukaran mendapatkan pembantu daripada Indonesia disebabkan oleh tindakan pihak Imigresen tidak membenarkan rakyat mereka yang telah disenaraihitamkan untuk kembali ke negara kita. Dan kini kos untuk mendapatkan pembantu Indonesia ini telah meningkat, dianggarkan diantara RM4,000 hingga RM7,000. Itu cuma kos untuk mendapatkan mereka sahaja belum lagi di ambil kira perbelanjaan yang perlu kita keluarkan untuk keperluan harian, pakaian serta makanan ketika mereka tinggal bersama dengan kita. Yang lebih menyukarkan adalah waktu menunggu kini juga meningkat sehingga 2-bln.

Kita selalunya mengharap mereka ini dapat bekerja sekurang-kurang dalam tempoh kontrak iaitu 2thn seperti yg dipersetujui, namun jika sebaliknya untuk mendapatkan ganti kita pula akan dikenakan caj sekiranya dia telah melebihi tempoh ‘waranti’ mungkin hanya tiga bulan. Saya sendiri pernah mengalami situasi begini dimana pembantu rumah saya meminta untuk pulang setelah hanya bekerja selama 10-bulan. Puncanya, kebetulan suami saya pulang awal pada hari tersebut dan mendapati dia sedang bertekak dengan anak sulong saya yg berumur 6thn hendak menggunakan VCD. Dia hendak pasang lagu dangdutnya manakala anak saya hendak tengok cerita kartun. Alasannya sangat mudah, “tidak betah kerja rumahtangga dengan anak kecil”.

Dipendekkan cerita dia saya hantar balik ke agen yang mana berjanji akan menggantikan dengan yang lain tetapi saya harus membayar sedikit wang tambahan, setelah saya telah dikenakan caj RM3,300 untuk mengambilnya. Sehingga kini saya tidak pernah ambil pembantu rumah lagi. Semua anak2 dihantar kerumah jiran, sekurang-kurangnya dapat membantu orang kita walaupun pada masa yang sama terpaksa melakukan kerjarumah sendiri. Alhamdullillah, suami banyak juga membantu jika kelapangan.

Apa yang hendak saya kongsikan di sini ialah cerita seorang teman yang baru saya kenal tentang pembantu rumahnya seorang budak lelaki berumur 1316-thn.

Mula-mula saya tidak percaya tetapi melihat akan kesungguhannya saya tidak mahu ketinggalan untuk bercerita tentangnya kepada semua. Dia mmg tidak suka ada pembantu katanya tidak ada privasi. Dia menggunakan khidmat pembantu rumah hujung minggu dimana dia datang pada setiap sabtu dan ahad sahaja. Pada suatu hari mereka rasa perlu ada seseorang untuk menjaga anak kecil mereka dirumah. Mereka telah pergi ke sebuah kampung di Selangor untuk mencari pembantu dari kalangan orang kita sahaja. Dalam perjalanan tersebut mereka ternampak sekumpulan anak muda sedang lepak ditepi jalan dan bertanya jika mereka berminat untuk tinggal bersama mereka. Salah seorang daripada mereka bersetuju lalu mereka mengikut dia kerumah keluarganya untuk meminta izin. Keluarganya amat terkejut tetapi pada masa yang sama memberi kebenaran kerana melihat kesungguhan teman saya ini, lagipun memikirkan anaknya yang tidak bersekolah apa salahnya.

Ketika itu budak lelaki itu hanya berumur 1316-thn ketika tinggal bersama teman saya ini. Dia turut membantu melakukan kerja-kerja rumah seperti membasuh, menyapu dan mengemas rumah dan lain-lain yang termampu olehnya. Kebetulan teman saya dan suaminya ini tidak cerewet pula orangnya. Dan dia menetap bersama mereka sehingga berumur 1619-thn itupun kerana dia hendak sambung belajar. Entahlah, saya berfikir sendiri, masih adakah lagi orang kita yang masih sanggup menjadi pembantu di rumah orang di kala ini. Mungkin ada tetapi susah nak cari. Jika anda seorang janda walaupun tidak mempunyai anak mahupun keluarga, sanggupkah anda menjadi pembantu rumah? Mungkin bekerja kilang ataupun berniaga sendiri, itu lebih baik bagi pandangan anda.

Bagaimana dengan anda, pernah jumpa pembantu dari kalangan orang kita sendiri? Jom kongsi di sini.

Update : Sedikit pembetulan, umurnya pada ketika itu adalah 16-thn. Sori mem, 1000 apology.

5 Comments »

5 Responses to “Orang Gaji Lelaki?”

  1. Hamba Allah on 11 Feb 2008 at 9:57 am #

    Saya mengalami pengalaman mempunyai pembantu rumah lelaki pada tahun 2004.

  2. syia on 12 Feb 2008 at 7:55 am #

    ha!? biar betul.. susahnye nak cari lelaki 13 thn macam ni.. kirenye pandai buat keje rumah dan tak banyak songeh kan.. memang syia respect sangat

  3. leeza on 12 Feb 2008 at 10:15 am #

    opss … ada sedikit kesilapan info … anyway persoalannya adalah bolehkah lelaki dijadikan pembantu rumah …

    maybe lepas ni kurang sikit mat rempit & mat lepak kat luar tu ek …

  4. SyedHafidz on 12 Feb 2008 at 4:06 pm #

    jarang2 gak kedengaran laki2 jd maid nie..
    tp kdg2 kalau dah desperate, suma benda boleh jd…
    asalkan ada duit masuk..
    :)

  5. Xanax 50mg. on 15 Aug 2008 at 7:06 am #

    Xanax 50mg….

    Xanax 50mg….

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

« Manfaatkan Kelebihan diri | Berapa Nilai Masa Kerja Anda? »