November 29th 2007 03:29 pm
Erti Sebuah Keluarga
Setelah 2 minggu meninggalkan arena penulisan terasa seperti kehilangan sesuatu, banyak yang ingin dikongsi tetapi apakan daya keadaan tidak mengizinkan. Perasaan kehilangan ini pasti dialami oleh setiap dari kita, samada orang yang dikenali ataupun benda yang kita sayangi. Yang penting kita hendaklah redha dengan setiap dugaan yang mendatang dengan yang demikian hati akan lebih tenang dan hidup anda pasti akan lebih ceria.
Pernahkah anda terdengar kata-kata di mana sesuatu yang dilakukan setiap hari sebagai amalan akan kekal dalam diri seseorang itu. Saya sendiri kerana sudah menjadi rutin setiap hari untuk menatap akhbar harian maka dengan sendirinya jika tidak dapat mengetahui apa yang telah berlaku disekeliling pasti terasa sesuatu yang kurang. Sebagai seorang ibu jika setiap hari kita marahkan anak-anak kita dengan perkataan ”bodoh” tidak mustahil anak itu akan membesar sebagai seorang yang bodoh. Namun jika sebaliknya kita sentiasa menggunakan perkataan yang baik-baik nescaya anak kita akan menjadi seorang anak yang soleh, InsyaAllah. Anugerah Ibu Mithali 2007 baru-baru ini berkisar tentang seorang ibu yang buta huruf tapi bisa membesarkan 17orang sehingga ke peringkat universiti. Tak dapat saya membayangkan kesukaran hidup beliau dalam menempuhi kehidupan seharian. Tahniah kepada beliau. Teringat saya satu email yang diterima oleh dari teman baru-baru ini di luar negara mempunyai kesamaan keluarga yang besar 17orang juga jumlah anaknya tetapi kehidupan mereka jauh berbeza. Dikenali dengan nama “The Duggar Family” dan berita tentang keluarga ni amat digemari oleh beberapa blog keluarga dan berita luar negara. Dua kehidupan yang amat berbeza.
Tugas seorang ibu bukan sahaja untuk menyediakan keperluan keluarga tetapi juga harus sentiasa bersedia untuk menjadi pendengar setia kepada masalah setiap ahli keluarga anda. Selalu tegas sebagai ibu namun tidak lupa untuk menjadi kawan kepada suami serta anak-anak. Bagi diri ini saya sentiasa cuba untuk sentiasa kuatkan semangat dan bersyukur dengan apa yang ada kerana walaupun sehebat mana dugaan yang diterima masih ada yang lebih susah diluar sana.
1 Comment »





Aizat on 07 Dec 2007 at 4:10 pm #
Ada tengok juga di tv penyampaian anugerah ibu mithali tu.
Sesungguh nya saya berbangga dengan ibu saya.
Sslam kenal dari saya