December 18th 2007 12:55 pm
Bimbang, takut dan Untung
Adakah hati anda sentiasa berasa bimbang ketika anak anda keluar ke kedai atau bermain di padang permainan yang hanya terletak beberapa meter dari rumah anda …
Pernahkah anda terfikir ketika melangkah keluar dari rumah apakah aku akan kembali ke sini dengan selamat …
Beruntungkah anda kerana tidak perlu bersesak dalam kenderaan awam …
Saya boleh dikategorikan sebagai seorang ibu yang bersifat ‘paranoid’. Anak-anak memang tidak lepas bebas bermain di luar rumah sesuka hati … mereka cuma dibenarkan keluar pada waktu petang dengan ditemani oleh salah seorang dari kami … tidak pernah ke kedai sendirian untuk membeli hatta sebiji gula-gula … setiap pergerakan mereka seakan dipantau kerana apa yang dilakukan harus diberitahu kepada kami … bila difikirkan kesian juga kerana mereka pasti akan rasa terkongkong. Zaman saya dibesarkan dahulu tidak pernah ada erti takut … mak dan ayah saya bekerja dan kami 3beradik akan tinggal dirumah, pandai-pandai lar cari makan dan jaga diri sendiri. Bayangkan jika anda tinggal di kawasan rumah yang kebanyakkannya disewa oleh warga asing (indon, nepal, myanmar dll) kerana kawasan tersebut berhampiran dengan lot industri … pasti hati tidak akan tenang berada dalam situasi begini, begitulah saya.
Bukan setakat kebimbangan terhadap anak2 sahaja tetapi diri sendiri juga. Memandu berseorangan pergi dan balik kerja, berjumpa klien atau pembekal bukan sahaja di KL dan Selangor tetapi kadang2 kena ke luar daerah juga. Sememangnya ajal maut ditangan tuhan tetapi hati tetap bimbang lebih2 dengan berita di dada akhbar tentang meningkatnya kes ragut, rompak yang meragut nyawa. Perasaan takut dan berdebar ketika berjalan sendirian di kaki jalan sentiasa timbul membuatkan saya terfikir mesti setiap yang lalu akan perasan muka saya yang tegang itu. Maaf, tetapi saya bukan jenis yang mudah untuk menyembunyikan kebimbangan tersebut ….
Saya tidak pasti anda, tetapi kebanyakkan teman2 mengakui mereka terpaksa melalui situasi yang sama. Saya beruntung kerana tidak perlu menggunakan kenderaan awam untuk bergerak tetapi bagi mereka yang terpaksa melaluinya …. bersabarlah. Sudah hampir setahun sebenarnya saya tidak menggunakan perkhidmatan awam ini tetapi pada Ahad yang lepas saya ‘terpaksa’ mengambil komuter dari Serdang ke Kajang … hanya satu stesen dan mengambil masa kurang dari 5min. Tamat bengkel pukul 6pm saya telah berada di stesen Serdang, papan maklumat memaparkan tren akan tiba pukul 6.34pm dan tepat masa tersebut terdengar pengumuman tren lewat dan masa paparan telah bertukar ke 6.52pm. Semakin ramai yg menunggu dan tepat 6.56pm tren pun tiba memang sendat, setiap orang berlaga bahu … bayangkan yang perlu melaluinya setiap hari!
Ini yang membuatkan semangat untuk bekerja dari rumah lebih berkobar2 … bagaimana anda, adakah anda beruntung seperti saya tidak perlu bersesak2 dalam kenderaan awam atau anda selesa dalam kereta merempuh kesesakan dijalanraya …
4 Comments »





zool on 21 Dec 2007 at 11:15 am #
Betul tu.. Walaupun saya belum berumahtangga tapi risau gak bila tgk adik pegi KL..
Apatah lagi perasaan seorang ibu kan.
Dengan keadaan dunia sekarang nie..
Tawakkal dan doa lah semoga dijaukan dari bencana jenayah…
AMIN
mizan on 21 Dec 2007 at 4:20 pm #
carilah ketenangan macam zaman dulu, walau pun sekarang macam2 perkara yang berserabut di minda, akhirnya dengan ketenangan minda dan jiwa akan menyelamatkan keadaan kehidupan kita. LOA berkerja mengikut apa yang ada di minda, apa yang ditakuti, dirungsingkan cepat atau lambat akan berlaku. Tukar cara berfikir dengan ketenangan minda dan jiwa pasti allah sentiasa bersama kita, tiada daya upaya dengan izin allah.
fahmi on 23 Dec 2007 at 5:01 pm #
Perasaan takut dan bimbang ada pada semua orang termasuklah saya. Pada saya dalam apa jua pergerakan kita hari-hari
kita jangan terlalu takut dan jangan terlalu berani, jangan terlalu seronok dan jangan terlalu sedih.
Leeza on 24 Dec 2007 at 12:15 pm #
betul zool … tawakal dan sentiasa berdoa … insyaallah tuhan akan pelihara umat yg sentiasa mengingatinya …
ketenangan akal dan fikiran amat penting dewasa ini ye mizan … lebih2 lagi hidup di kota … sentiasa sibuk that’s why saya beli rumah di luar bandar yg jauh dr kesibukan kota …
yup fahmi … don’t over do … bak kata org putih …