April 11th 2008 02:57 pm

Tag: 5 Perkara Pertama Dalam Hidup Anda

Salam buat semua.

Sebenarnya ada satu artikel yang sepatutnya keluar hari ni tapi dek kerana seorang teman lama telah mengenakan tag pada blog saya ni jadi saya memilih untuk menjawab tag tersebut dahulu dan menunda artikel tersebut ke minggu hadapan. Tima kasih Ali kerana telah menjadikan blog saya sebagai sasaran … heh heh ..

Aktiviti ni dimulakan

tag5perkaraSebelum tu, syarat2 tag ni adalah :
1. Cerita benar sahaja dan tak ada kaitan dengan sesiapa pun yang masih hidup atau telah meninggal dunia.
2. Perlu mengetag 5 orang lagi rakan cyber anda.
3. Tempoh tag bermula dari masa ianya di cipta (entah la bila) dan tamat pada 27 April 2008.
4. Jawab dengan segera apabila anda di tag !

Pening jugak kepala ni nak pikir benda pertama dalam hidup ni coz banyak sgt kalau nak share 5 ni cam celah gigi jer … ehmmm mana nak pilih eh! Oklah … mula dengan :

Pertama

Pertama kali memanjat gunung - Banjaran Titiwangsa tapi x berapa ingat coz masa tu saya baru 15thn ikut team pelajar UM, kebetulan ayah seorang pemandu bas dan mereka tidak kisah kami ikut (saya dan adik perempuan yg baru 11thn). So kira glamour lah time tu, of course jadi cam centre of attraction coz kami ajerlah kanak2 dlm pendakian tu … jgn x caya setelah mendaki dan menurun 4 buah bukit kami akhirnya sampai ke kemuncaknya … best dpt bergambar dgn bendera yg mmg sedia terpacak kat situ.

Kedua

Pertama kali bekerja - Insema Sdn Bhd sebuah syarikat consultancy terletak di Brickfields. Dari sinilah bermulanya pengalaman bekerja yang pertama selepas graduate (oh ya! pernah menjalani latihan industri di Kg Baru - tapi masa tu kerja angkat jawab telefon jer). Walaupun pemegang Diploma tetapi kerana hendak mencari pengalaman saya terima jawatan Kerani Admin sebagai permulaan. Cuma nak kongsi betapa komited dan dedicatednya saya bekerja dalam tempoh tidak sampai setahun dengan 3x increment (setiap kali htr surat berhenti kerja) bermula RM450 dan gaji akhir adalah RM750 .. cam x caya kan! So, graduan2 diluar sana jgn memilih kerja, dapatkan pengalaman kerana ia amat penting sebagai batu loncatan.

Ketiga

Kereta pertama saya - Perodua Kancil 660cc kaler biru laut gitu … masa tu lar sebok nak dptkan lesen besar (sebelum tu memandu tanpa lesen dlm 4thn gak lar - alhamdullillah x pernah pulak kena tangkap!). Tapi bila dah ada lesen tu ada lar 2-3x kena tahan masa memandu … nasib baik ambik awal2.

Keempat

Pertama kali bergelar ibu! Pengalaman pertama melahirkan mmg membuatkan seorang wanita tu berkata serik nak melaluinya, lebih2 lagi jika pengalaman tersebut hampir meragut nyawa sendiri. Masih ingat lagi selepas 8jam menahan kesakitan akhirnya para2 doktor mengambil keputusan untuk menjalankan pembedahan. Peserta pertama pada hari tersebut jam 7:30am. Mungkin doktor tu lihat tubuh yang kecil maka tanpa bertanya mereka terus mengenakan epidural kepada saya dan sedang mereka menjahit belahan di perut itu tetiba saya terasa sakit yg amat sgt sehingga mereka terpaksa mengikat kedua tangan kesisi katil kerana tidak mampu mengawal saya. Beberapa saat selepas itu saya tidak sedar lagi sehingga sedar kembali dan berada di reovery bay hospital tersebut. Pada masa yang sama saya disahkan terkena mild heart attack, mungkin kerana terlalu kuat menahan sakit. Namun kuasa Tuhan melebihi segalanya, sehingga kini saya telah melahirkan dua pasang putera dan puteri dan proses selepas itu lebih mudah. Psst: maybe lepas ni nak tutup kedai plak … jgn mare bang!

Kelima

Pertama kali bergelar Surirumah - baru 3bln berkecimpung sebagai Professional Housewife. Pada mulanya memang depress sangat coz hari2 kerja macam x habis … dulu masa masih bekerja housework ni sebagai part-time waktu malam bole buat dengan selamba jer … tapi skrg entahlah ada jer nak buat dari pagi sampai petang. Perangai anak2 yang excited dengan adanya si ibu di rumah lagi memeningkan kepada yang dah sedia pening ni. Walau bagaimanapun saya tdk mungkin akan melupakan karier tetap saya skrg ni… Blogger. Ye lar mana tau ada peluang tambah pendapatan melalui duduk di rumah jer kan … ramai yg dah berjaya dan saya ingin menjadi sebahagian daripada mereka ini. Insya Allah.

Lagi satu nak bagitau jugak … inilah blog pertama berbayar tau! (mmg sebelum ni x pernah guna yg free pun!)

So, rasanya cukup lar lima perkara tu .. hmmm … MARI KITA LIHAT SIAPA YANG KENA!

  1. rozaidi - Superordinat Kognitif Malaysia
  2. adila - geng Profesional Housewives

  3. ktom - yg dah lama membisu … welcome back kak.
  4. maizul - tgk blog anda lum ada tag …
  5. shutterspeaks - lama x jenguk sana, lama gak x update.

Kengkawan sekalian, silalah jawab kalu berkesempatan yer!

Sekian, Wassalam.

10 Comments »

10 Responses to “Tag: 5 Perkara Pertama Dalam Hidup Anda”

  1. sihatsokmo on 14 Apr 2008 at 12:12 pm #

    sama2, t.kasih kembali leeza kerana sudi menjawab tag saya :D

  2. Leeza on 14 Apr 2008 at 12:52 pm #

    no problem bang …. inilah salah satu cara untuk mengeratkan silatulrahim di alam cyber ni ye tak!

  3. sarah on 19 Apr 2008 at 12:15 am #

    mymumbiz.boleh tukar link tak?tapi blog saya ni berkenaan komputer.baru nak belajar…:)
    http://pc-formula.blogspot.co

  4. Leeza on 20 Apr 2008 at 10:12 pm #

    hi sarah … sama nama ngan anak saya … Nur Sarah Haziqah …

    no problem … saya dah addkan link sarah kat sini …

  5. starline on 21 Apr 2008 at 4:10 am #

    Virus TAG Afzai ni dah merebak ke seluruh alam blog nampaknya :)

  6. Afzai Afandi on 27 Apr 2008 at 2:00 pm #

    Thanks mum….sudi panjangkan tag ni

    Tag ini berakhir pada ari ini. Tak sngka merebak jugak tag aku ni ekk :)

  7. Maizul on 04 May 2008 at 8:32 pm #

    hari ni baru terperasan apa2 tq mymumbiz ajak tag-tag ni. tokei tag pun dah buat perasmian penutup di sini rupanya. Tahniah buat bro afzai jauh tah tag ni.

  8. Leeza on 07 May 2008 at 12:47 pm #

    tima kasih kpd saudara AA kita … inilah salah satu cara mengeratkan silatulrahim melalui alam cyber ni kan ….

  9. saudara on 17 Jul 2008 at 6:38 am #

    Assalammualaikum

    Jika saudari kenal dengan insan yang mempunye blog dan membuat artikel ini, harap saudari dapat membetulkan fikiran beliau yang nampaknya sedikit kusut dan menyimpang dari ajaran agama kita (minta dijauhkan Allah).

    http://www.shahdila.com/2008/07/pelbagai/muzik-dan-minda.html#respond

  10. Xanax. on 18 Aug 2008 at 6:36 am #

    Xanax….

    Xanax. Xanax side effects….

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

« Aku kecewa lagi … | Berehat Sebentar! »