December 12th 2007 03:41 pm

Resipi hujung minggu

Cuti hujung minggu yang panjang! Ehmmm rasa malas nak masuk kije balik bukan aper dah syok duduk rumah layan bebudak tu semua … sesekali jadi surirumah ni best betul tapi kalau hari2 rasanya macam x larat bukan apa tahulah anak2 kalau ibu ada kat rumah, ‘dunia ana yang punya!’.

Dah duduk rumah ni tau jer lar kan, salah satu tugas utama adalah memasak … hari ni nak share apa yg saya masak semlm … heh heh tetiba teringat ada terbawa kamera ofis balik rumah … apa lagi belasah lar … 

Ikan Kembung Masak Kicap

ikankicapBahan:
3ekor ikan kembung
1 biji bawang besar (hiris)
2 biji bawang putih (hiris)
1 biji cili hijau (hiris)
1 biji tomato
2 camca besar cili
4 camca besar kicap pekat
2 camca besar kicap cair
2 camca besar kicap manis
Garam secukup rasa
Sedikit air
Cara : Potong dua ikan, gaulkan dgn sedikit garam, kunyit dan tepung gandum. Goreng sehingga agak garing dan ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan hirisan serta cili sehingga naik bau. Tambahkan sedikit air utk kuah dan masukkan kicap pekat, kicap cair dan kicap manis, tambah garam jika perlu. Apabila mendidih masukkan ikan dan tomato yang dipotong empat seketika sahaja agar ikan tidak lembik. Angkat dan hidangkan.

Sambal Tumis Udang Petai udang sambal 

Bahan:
½kilo udang
Petai yg dikopek
1 biji bawang besar (hiris)
1 mangkuk cili giling
4 camca besar sos tomato
2 camca besar sos cili
Garam secukup rasa
Cara : Bersihkan udang. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan goreng udang separuh masak. Angkat ketepikan, goreng petai juga separuh masak pula dan ketepikan. Panaskan minyak dan masak cili sehingga betul2 masak. Masukkan bawang besar, sos tomato dan sos cili serta sedikit air dan biarkan mendidih. Kemudian masukkan udang dan petai biarkan masak seketika. Angkat dan hidangkan.

Petola Gorengpetolagoreng
Bahan :
1 biji petola (sederhana)
Sedikit so-hon
½biji bawang besar (hiris)
2 biji bawang putih (hiris)
Garam dan Air
Cara : Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan petola dan kacau sebentar. Agak separuh masak masukkan air dan so-hon dan biarkan mendidih. Angkat dan hidangkan.

Simple jer tapi my family mmg suka resipi ni expecially yg sulong mmg favourite dia ikan masak kicap tu. So my frenz … selamat mencuba!

2 Comments »

2 Responses to “Resipi hujung minggu”

  1. am on 14 Dec 2007 at 2:40 pm #

    ni betul2 membuka selera… yang dua2 atas tu tak terliur sangat… petola masak air tu… yumm…

  2. leeza on 14 Dec 2007 at 4:57 pm #

    am ni mesti suka makan sayur kan … saya mmg pentingkan sayur2an so saya sentiasa pastikan mesti ada satu dlm setiap hidangan makan kami … alhamdullillah anak2 boleh terima especially kalau cakap makan sayur bole jadi kuat dan sihat …

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

« Beegan Bersunat | Jom Sehati Berdansa »