April 21st 2008 04:43 pm

Berehat Sebentar!

Salam buat semua.

Coretan kali ini mungkin agak panjang …. harap sudilah anda membaca hingga ke nota terakhir.

blogwrittingTerima kasih kepada pembaca2 dan pelawat2 blog ini yang sudi singgah dan memberi pendapat serta nasihat kepada kepada saya selama ini. Chewah! cam sedih jer bunyinya kan. Sememangnya begitulah perasaannya ketika ini …. sebenarnya apa yang saya alami ini mungkin lebih kepada ‘culture shocked’. Lebih 15thn pengalaman bekerja dan 10thn dalam situasi rumahtangga, tanpa pernah memikirkan yang saya akan menjadi seorang ‘Professional Housewife’ (mengangkat martabat jawatan surirumah sebenornyer… heh heh). Bertambah sesak memikirkan yang selama ini saya bebas untuk berbelanja dengan wang sendiri tanpa berfikir dua kali. Berpeluang untuk memberi wang saku kepada ibubapa setiap bulan dan yang paling utama adalah anak2 dengan mudah dapat apa yang dimahukan tanpa perlu merengek dari ayahnya (mudah namun sentiasa bersyarat … agar mereka tahu bukan mudah untuk mendapatkan wang).

  • Allah itu maha mengetahui … sedang dalam keadaan keliru memikirkan bebanan tanggungan yang terpaksa dipikul oleh suami, Dia telah memberi petunjuk. Alhamdulillah, pada masa yang sama suami telah ditawarkan jawatan baru yang hampir 2x ganda pendapatan skrg … dan kami benar2 bersyukur padaNya.

peanuts-nevergiveupYa! tidak pernah memikirkan yang saya akan menjadi seorang ‘Fulltime Housewife’. Kisah saya bermula apabila syarikat terpaksa mengecilkan operasi dan kami telah diberi sedikit pampasan (mmg amat sedikit tapi kami bersyukur sekurang2nya tidak diberhentikan begitu sahaja!). Sungguh menyedihkan lebih2 lagi bila mengenangkan saat2 suka duka serta pengalaman yang telah saya lalui di sana. Untuk makluman anda saya adalah salah seorg staf ‘pioneer’ syarikat, 1-Jul-1999 betul2 seusia anak sulung saya, Yanie yang lahir pada 16-Mac-1999, masa pergi temuduga tu pun saya masih dalam cuti berpantang lagi! (heh heh … tapi dah lepas confinement tau tapi masih bercuti da!) Merupakan staf kedua syarikat bermula daripada seorang kerani sehingga ke jawatan akhir iaitu Penolong Pengurus, bermula dengan hanya kurang dari 10 staf pada tahun tersebut sehingga maksimum hampir 70 staff pada suatu ketika (boleh dikatakan zaman kegemilangan lar tu!). Namun takdir penentu segala, kini segalanya tinggal kenangan dan sudah pastinya akan sentiasa menjadi ingatan dalam kotak memori ini.

Kerapkali kita mendengar omelan sesetengah orang yang menyatakan tugas seorang surirumah itu mudah, benarkah? … namun setelah melaluinya hakikat sebenar adalah terlalu sukar bagi diri saya … jangan membuat tuduhan melulu mungkin pada masa ini saya masih belum jumpa ‘momentum’ atau ’flow’ dalam menguruskan rumahtangga … maksud saya pengurusan yang memerlukan kita berada di rumah sepanjang hari. Bukan tidak pernah membuat kerja rumah, buat pengetahuan semua dalam tempoh 10thn saya cuma pernah mempunyai pembantu rumah selama lebih kurang 3thn sahaja (cukup setakat itu, yg paling tak tahan adalah karenah mereka!). Jadi boleh dikatakan semua tanggungjawab rumahtangga dilakukan sendiri (dengan sedikit bantuan drpd suami of course!). Tidak kira masa, pulang dari bekerja selalunya saya selagi boleh cuba memasak (al-maklum suami tidak berapa gemar masakan luar, sekali-sekala ada gak kalu dah tak larat sgt tu, sori bang!), pada masa yang sama kena buat laundry, rumah memang jarang2 sgt berkemas tika weekdays. Nasib baik kerja 5-days week jer so Saturday merupakan Hari Mengemas Sedunia, mmg selagi boleh menjauhkan apa jua aktiviti di hari ini. Sunday pula merupakan ’family day’, samada aktiviti kami sekeluarga sahaja ataupun melawat orangtua ataupun ke rumah saudara-mara. Tetapi yang pasti kerjarumah mampu dijalankan seperti biasa!

Aik, dia ni nak citer pasal masalah kerjarumah ker? Heh heh … tak juga sebenarnya apa yang saya ceritakan di atas adalah pengalaman melakukan kerjarumah semasa saya bekerja dan bagaimana ia ada kena mengena dengan cerita seorang ’Fulltime Housewife’ ni! Ni pulak aktiviti saya terkini, bermula dari jam 6:00 pagi sesudah solat Subuh menyediakan sarapan dan pakaian untuk suami dan anak2 sekolah sehingga 8:30 pagi akhir sekali baby dihantar ke ’babysitter’. Mesti ramai yang tertanya mengapa saya masih menghantarnya sedangkan saya sepatutnya berada di rumah, nanti anda akan tahu. Selalunya pada masa ini saya tidak perlu memikirkan kerjarumah lagi kerana telah disiapkan pada malam hari sebelum tidur (itupun jika tak terlelap lar, kekadang tu masa tidurkan anak kitapun sama terpejam mata … heh heh). So, tugas seterusnya ialah memasak yang dianggarkan lebih kurang 1jam. Jam 11:00pagi anak sulung akan pulang sekolah agama diikuti 11:30pagi anak ketiga pulang tadika. Perlu siapkan mereka makan dan anak sulung perlu bersiap utk ke sekolah rendah pula. Anak kedua akan pulang pukul 1:30tgh dan perlu ke sekolah agama jam 2:30pm, selepas itu cuma tinggal anak ketiga dan saya perlu tidurkan dia agar tidak mengganggu. Saya cuma ada masa sehingga pukul 6 sebelum mereka semua pulang dan perlu menyiapkan makan malam sambil ’menyanyi’ lagu Bebelan,(tak perlu cari mmg tak pernah dibuat album pun!). Bukan senang nak menyuruh dan mengingatkan mereka untuk menyiapkan kerjarumah, lebih2 lagi mereka perlu bersiap pula utk ke tuisyen yg diadakan 3x seminggu (mmg kesian mereka!). Begitulah aktiviti saya hampir setiap hari!

Namun begitu aktiviti menjana pendapatan di internet tidak semudah mengaturcara aktiviti kerjarumah … jika difikirkan kembali saya telah mengorbankan separuh drpd masa untuknya iaitu diwaktu pagi dari jam 9 – 11 dan petang bermula jam 3 – 6 (inilah sebabnya saya perlu menghtr baby utk dijaga kalau tak mmg x berpeluang lar!), kadang2 saya juga berada di alam cyber ini sehingga lewat malam. Pengorbanan yang bukan setakat masa dan tenaga tetapi juga wang ringgit yang bukan sedikit, mmg benar kata2 IM2 kita, jika overloaded pun takleh jugak nanti lebih2 lar blur …. dan yang pasti setelah dikaji kembali apa yang telah saya lakukan selama 2-bln ini boleh dikatakan ’yang dikendung berciciran, yang dikejar pula tak dapat’. Kesian dia! … itu yang pasti terdetik di hati anda ketika ini … saya telah hilang fokus dan matlamat sebenarnya … terima kasih saudara Amirol, ebook percuma anda telah membuka kembali minda saya yang sedang berkecamuk. Saya tidak akan mengalah, saya akan bangkit kembali dengan semangat baru, Insya Allah. Yang penting sekarang ni kembali ke pangkal jalan dan bermula dengan mengkaji kesilapan2 lalu.

Terima kasih sekali lagi … saya akan berehat seketika …. smileyzzzz

5 Comments »

5 Responses to “Berehat Sebentar!”

  1. azwanhadzree on 22 Apr 2008 at 9:37 pm #

    previously u said about a project you’r starting, apa jadi? or adakah i termiss a few post :)

  2. zuhairy on 24 Apr 2008 at 3:59 pm #

    bersabarlah…tak ada apa yang boleh saya ungkapkan.

  3. Leeza on 24 Apr 2008 at 4:55 pm #

    hi azwan … kekadang kita mampu merancang tetapi tuhan yg menetukan … bukan x jadi tapi x menjadi … namun sekurang2nya saya telah mencuba, dalam apa jua bisnes risiko dan cabarannyer tetap ada cuma kita perlu sabar dan redha …

    thxs zuhairy … itu sudah memadai …

  4. Afzai Afandi on 27 Apr 2008 at 2:08 pm #

    Kata orang berehat seketika bukanya tanda merajuk atau mengalah. Yang penting berehat sambil2 merenung kesilapan dan mencari kuasa baru untuk kembali aktif…

    Selamat berehat dan selamat kembali semula :)

  5. zool on 28 Apr 2008 at 8:15 pm #

    Sabarlah Leeza.. Kadangkala apa yang dirancang tak semesti menjadi kenyataan tapi usaha itu tangga kejayaan..
    Insyaallah Allah akan membantu anda…

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

« Tag: 5 Perkara Pertama Dalam Hidup Anda | Ibu, Kaulah Segalanya … »