October 6th 2008 02:41 am
Tinta Lebaran (1)
Salam Aidilfitri buat semua.
Sambutan Aidilfitri kali ini agak hambar buat saya kerana inilah pertama kali merayakannya tanpa kehadiran Ma disisi yang telah pergi menyahut panggilan illahi pada Jun yang lalu. Bukan tidak redha kepada ketentuanNya tetapi perasaan kehilangan ini tidak dapat di elakkan. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama golongan yang beriman. Amin.
Hmm .. aktiviti sepanjang minggu raya ni. Tak banyak tapi yang sedihnya x sempat nak jumpa Pa dan mintak maaf di pagi raya. Seperti biasa oleh kerana rumah kedua orangtua kami dalam satu kawasan (bersebelahan blok sebenarnya) jadi tidaklah menjadi satu isu nak raya di mana. Memandangkan adik kini tinggal bersama Pa dan kebetulan semua adik-beradik suami beraya belah mentua masing2 tahun ni so kami check-in hotel mentua lar kiranya. So pagi raya sudah tentulah di rumah mentua, menyiapkan juadah raya dan sbgnya (saya x pegi sembahyang raya coz baby xder org jaga … alasan!). Al-kisahnya bermula rumah mentua di kunjungi sanak-saudara tanpa henti dari bermula mereka pulang sembahyang (x sangka ramai juga yg sambut raya pertama di KL ni). Dlm pada itu sempat juga pegi ziarah kubur2 arwah bila Pa telefon mereka ada di sana tetapi bila kami smpi mereka telah pulang rupanya. Dlm kesibukan melayan tetamu di rumah mentua tu tetiba lebih kurang pukul 2pm, atuk telefon cucunya yg mereka (keluarga adik & Pa) telah smpi di Bentong, rupanya mereka dah bertolak selepas bosan menunggu kami dtg, cam merajuk jer bunyinya kan! Sebenarnya kami mmg nak pegi agak2 lepas tu … namun paham2 jer lah.
Raya di bandar tidak pernah semeriah raya di kampung … ohh betapa saya rindu utk menyambut raya di kampung tapi apa nak buat, dah jodoh ngan orang bandar. Raya pertama yang agak sibuk juga bagi saya bayangkan ketupat yg selalunya sempat dibawa ke raya kedua telah habis pada petang hari tersebut. Terpaksalah rebus ketupat segera sebagai tambahan. Masuk raya kedua dah sunyi kembali … ipar-duai mulalah bawak haluan raya masing2, yang tinggal mak mentua, 2 adik ipar dan keluarga saya sahaja. Memang boring giler … opps lupa plak ada seorang bapa saudara yg sedang uzur kat KL ni (that’s why diaorg x balik kg), so kitaorg apalagi … serbu jer lah! Memang dah lama gak saya x melawat mereka ni, ada lar 2-3 bln. Tak di sangka pulak kunjungan kami kali ini memberi satu pengalaman yg sgt berharga kepada anak2 saya yang agak termoden sikit nih. Iya, buat pertama kali mereka merasai pengalaman mengukur kelapa …. si ayah pun sama gak rupanya …. excited masing2 nak cuba tunggang kuda kecik tu.
Antara kenangan hari raya kami, byk lagi nak tulis sebenarnya tapi rasanya cukup dulu buat kali ini, terpaksa mengundur diri dulu coz esok bebudak dah start sekolah, bapak budak nak kerja plak … kami ni walaupun surirumah gitu tapi terpaksa kerja jugak (kerjarumah lar beb) … jumpa lagi di tinta yang akan datang ….
2 Comments »





Iklan Malaysia on 07 Nov 2008 at 7:51 am #
Pengalaman yang dituliskan di sini amat menarik hati.
Syabas dan TK.
Salam dari sidang pengarang,
Iklan Malaysia dot net.
Kolek on 30 Nov 2008 at 8:58 am #
Menarik catatannya. Jemputlah ke laman web kami di
http://www.kuasa20.com?a_aid=38c21ff4 . Harap ada sesuatu yang menarik untuk anda di sana. Affiliate ID 38c21ff4.