February 17th 2008 12:00 pm

Berapa Nilai Masa Kerja Anda?

Salam buat semua …

Minggu yang sangat sibuk untuk saya yang bergelar “Surirumah Professional” ini.  Almaklumlah sebulan berehat bila mula nak bekerja balik ni entah mengapa terasa seperti hilang arah. Bermula awal bulan tempohari semua yang dilakukan terasa ada yang kurang namun tidak pasti punca perasaan tersebut. Lebih-lebih lagi anak-anak yang telah terbiasa ibu berada dirumah senantiasa bertanya, “hari ni ibu kerja?”. Seakan mereka seronok bila balik sekolah bersambut dan berhantar, namun untuk tetap tinggal dirumah melayani mereka buat masa ini, kami masih belum mampu. Dengan mengambil kira setiap perbelanjaan hidup di ibukota ini dimana hanya seorang sahaja yang bekerja untuk seisi keluarga amatlah tidak mencukupi. Jadi buat masa ini hidup perlu diteruskan, keputusannya telah muktamad, maafkan ibu anak-anakku, berikan ibu sedikit masa lagi …

Apakata kali ini saya kongsikan satu cerita mengenai “masa berkualiti bersama keluarga”. Ramai dari kita yang bersetuju dalam kehidupan kini wang melebihi segalanya, lebih-lebih lagi bagi mereka yang tinggal di bandar-bandar besar terutamanya. Namun ingatlah wang bukan segala-galanya, pernah anda dengar pepatah mengatakan “wang boleh dicari, tetapi sekali anda hilang kasih sayang amat sukar untuk mendapatkannya kembali”.

Pada suatu malam seorang anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, baru balik kerja?” soal si anak. “Ye sayang, ayah letih sangat ni” balas pula si ayah.  “Ayah, hari ni kat sekolah ada penyampaian hadiah, Amin dapat sijil dan hadiah ni.” sambil menunjuk sijil dan hadiah kepada ayahnya. “Ye ker, pandai anak ayah. Mama ada pergi ambil gambar Amin?” tanya si ayah. “Ada, mama jer yg selalu datang, ayah tak pernah pun!” balas si anak sambil berlalu pergi.

Keesokkan harinya ketika si ayah pulang dari kerja Amin menghampirinya lalu bertanya, “Ayah, boleh Amin tanya sikit”. “Apa dia sayang?” balas si ayah. “Berapa gaji ayah untuk satu jam?” tanya si anak. “Kenapa Amin tanya, ehmm lebih kurang RM20″ jawab si ayah. “Boleh bagi Amin RM10 tak?” minta si anak. “Amin nak buat apa sayang, nah ni dia” tanya si ayah sambil memberi wang tersebut kepada anaknya dan berlalu pergi. Sememangnya wang bukan masalah kepadanya. Setakat RM10 ringgit dia tahu Amin tidak akan menipu, pasti ada sesuatu yang ingin dibelinya. Namun beberapa minit kemudian Amin kembali, ditangannya terdapat 2-keping wang RM10 lalu diberikan kepada si ayah sambil berkata, “Ayah, ni wang RM20 untuk satu jam waktu bekerja ayah. Esok Amin nak ayah balik sejam awal dan makan malam bersama kami sempena menyambut harijadi Amin.  Terkedu si ayah sambil menarik Amin ke dalam pelukannya.

Begitulah lebih kurang ceritanya, seorang teman yang juga seorang kaunselor pernah berkongsi pendapatnya mengenai masa bersama anak-anak ini. Kata beliau, anak-anak boleh ditegur dan dipukul ketika mereka bersekolah rendah kerana masa ini mereka mudah mendengar kata. Tetapi bermula mereka sekolah menengah mereka lebih memerlukan kawan daripada ibubapa jadi pada masa inilah anda seharusnya menjadi kawan mereka.

Anak-anakku, ibu perlukan sedikit masa untuk menyelesaikan beberapa perkara tertunggak dan InsyaAllah ibu berjanji akan meladeni karenah kalian dalam waktu terdekat ini ….

Sekian.

6 Comments »

6 Responses to “Berapa Nilai Masa Kerja Anda?”

  1. mrozaidi on 18 Feb 2008 at 1:40 am #

    Wah..Kelunya Ayahnya. Sama²lah kita Menjaga Anak2 Kita..

  2. syia on 18 Feb 2008 at 9:26 am #

    erm.. syia terkedu baca.. syia pun dulu tension mak ayah keje.. tapi bile di terangkan sebabnye kat syia yang mase tu darjah 4 baru syia paham..

    tapi jeles tengok parents orang lain.. selalu je ada same dengan anak dorg.. kalau time balik sek.. syia la antara yang balik lambat tunggu mak ayah ambik :( jeles tengok kawan2 kluar je sek dah parents tunggu

  3. mrozaidi on 18 Feb 2008 at 11:50 am #

    Saya Tak Yah Hantar Ambik Pun Masa Sekolah..

  4. Azhar Ahmad on 18 Feb 2008 at 1:21 pm #

    Saya pulak jalan kaki ikut denai ke sekolah… Ehehehhe

  5. adila on 19 Feb 2008 at 12:50 pm #

    hem..tu la sebabnya sampai sekarang saya terjadi fully houswife…anak saya yang sulung merengek, merayu minta jangan gi work..biar abah jer g work…ibu work kat umah jer… :)
    husband lak memang tak galak sangat saya kerja…katanya nanti kesian kalau anta anak-anak kat orang…tak macam kita jaga…dan bermacam-macam lagi la….
    dulu risau gak, takut tak sempat pegang duit sendiri, macamm mana nak beli kelengkapan diri…tapi dah hampir 3 tahun ni, so far so good. Syukur husband jenis tak lokek duit…kalau dia dapat gaji, ada la bahagian saya dia bank in….
    kekadang tu teringin gak nak kerja balik…tapi husband tetap beri semangat untuk kerja dari rumah…dia ajar macam-macam. Dan sekarang…walau dok kat rumah, tapi masa seakan tak pernah cukup. Nak senangkan kerja, anak sulung saya pun saya bagi ngadap pc. Tak de la dia merengek kalau saya depan pc…

  6. Leeza on 21 Feb 2008 at 6:01 pm #

    hi …

    sebenarnya tdk ramai yg beruntung dapat melayan anak2 masa bersekolah ni especially bagi yg tgl di ibukota … tetapi di kg apa kurangnya bila ibubapa sibuk ke ladang atau bendang anak2 terpaksa bersendirian ke sekolah. Tetapi pada masa dahulu ibubapa tidak perlu terlalu risau jika melepaskan anak bersendirian tidak seperti skrg byk sgt kes culik nih …

    syia … at least ada gak parents dtg ambik cam akak ni dulu gi sek naik public transport siap lalu gudang keretapi lagi masa jambatan kat brickfields tu lum siap tau … apa kurangnya pengalaman azhar kan … pengalaman mematangkan …

    dila saya setuju … duduk rumah lagi byk kije kan … padahal masa kerja sempat pulak buat kerja rumah waktu malam & weekend tu kan … setakat duduk rumah jaga anak xder masalah cuma sebab duduk dibandar jadi cukup-cukup jer … dan pada masa yang sama kebetulan saya membantu seorang kawan bisnes dan tidak terlalu terikat pada masa, sekurang2nya saya ada lebih byk masa dirumah …

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

« Orang Gaji Lelaki? | Pilihan di tangan anda … »