January 31st 2008 12:04 pm

Manfaatkan Kelebihan diri

Salam buat semua.

work-at-homeHari ni genap sebulan saya menjawat jawatan Surirumah Professional, gelaran yang diberikan oleh teman-teman yang irihati kerana masih perlu menunaikan tanggungjawab ‘nine2five’ mereka. Mula-mula mmg rasa kekok dan keliru, iye lar mana taknya dulu biasa buat kerjarumah waktu malam dan siang pula menghabiskan waktu di pejabat.  Alhamdullillah bila dah biasa secara automatik kita akan rasa selesa. So, pada teman-temanku sekalian yg masih makan gaji tu, agak2 biler nak join aku ni…. heh heh.

So, bila dah jadi surirumah ni perlulah cari alternatif untuk mengisi sumber pendapatan yang telah tiada tu kan. Bukan mudah untuk berjaya, dalam apa jua bidang yang diceburi tidak kira samada belajar atau bekerja yang penting adalah kemahuan dan azam yang kuat. Seperti yang pernah saya ceritakan sebelum ini saya akan berusaha untuk melengkapkan diri menjadi suricyber yang berjaya. Saya fokus kepada perniagaan cyber ini dan saya tidak mempersiakan masa saya selama sebulan begitu sahaja. Saya telah terokai banyak laman2 web, blog dan yang sewaktu dengannya untuk mendalami ilmu cyber ini. Saya telah bertemu dengan ramai orang dan mencuba bermacam-macam program yang ditawarkan pada masa yang sama. Dan, untuk setaraf dengan sifu-sifu dan otai-otai yang telah lama berkecimpung dalam bidang ini saya masih lagi cuba untuk melepasi anak tangga pertama ke dunia tersebut.

Dalam pencarian ini saya telah menemui satu bentuk bisnes cyber yang saya rasa amat mudah dan boleh di terokai oleh sesiapa sahaja yang pernah menggunakan komputer. Kepada yang tidak pernah atau tidak biasa, jangan bimbang, ia adalah terlalu mudah untuk sesiapa sahaja yang boleh membaca. Bagaimana saya bisa manfaatkan kelebihan diri dalam perniagaan ini? Ya, di sini saya akan mempergunapakai kembali pelanggan2 sedia ada dan pengalaman sebagai Mtkg Officer yang di timba semasa bekerja dahulu. Itu adalah beberapa kelebihan saya yang terserlah di samping beberapa kelebihan lain yang belum saya terokai. Yang pasti untuk kembali bekerja amat berat buat masa ini.

Saya pasti ramai yang sedar terhadap kelebihan diri masing2 namun kekadang banyak halangan yang menyekat dari mengembangkan sayap mereka. Mungkin inilah hikmah dari berita buruk baru-baru ini. InsyaAllah, saya akan memberitahu anda tentang bisnes cyber itu dalam waktu terdekat ini. 

9 Comments »

9 Responses to “Manfaatkan Kelebihan diri”

  1. zuhairy on 31 Jan 2008 at 3:55 pm #

    ehmmm…hebat bunyinya tu. bisnes apa yang puan leeza buat sekarang?semua online ker?

  2. Leeza on 03 Feb 2008 at 12:00 am #

    sebenarnya lum buat apa2 lagi … org kata sedang berjinak2 jer … lagipun saya ni jenis org yg sgt berhati-hati untuk memulakan sesuatu. Especially mmg x minat jual barang fizikal sebab tu x pernah menjual hatta sehelai kain pun. Tapi saya mmg minat bisnes online sedang berjinak2 ngan dunia ebook dan pembinaan laman web ni … tu jer … ada gak try affiliate tapi maybe x concentrate jadi x memberangsangkan …

  3. syia on 03 Feb 2008 at 8:54 am #

    sebenarnyekan kalau rajin dan banyak mase boleh buat banyak lagi biz2 menguntungkan dalam dunia biz online.. tak berminat ke nak kembangkan blog ni jadi sumber pendapatan?

  4. Azhar Ahmad on 04 Feb 2008 at 9:52 pm #

    Goshhh, memang best jadi cam puan leeza… Ahahah, puan boleh tanya kak engku apa yang dia buat hari2 pas berhenti jadi orang BSN… Hehhehe

  5. syia on 05 Feb 2008 at 9:59 am #

    kak engku mana lak ni azhar??

  6. azwanhadzree on 05 Feb 2008 at 1:53 pm #

    tertunggu-tunggu apa kah bisness yg dimaksudkan. lama dah online, tak ada online business pun. blogging for money adalah. busined ielek!

    btw, @Syia, i think Azhar is referring to ungkunor, one of his blog readers

  7. Leeza on 07 Feb 2008 at 2:04 am #

    thx everybody sudi bagi pendapat …

    syia … mmg ingin nak buat duit ni tapi masa kijer dulu x byk masa nak explore, insyaalah dlm waktu terdekat akan cuba buat somethg yg bole create income …

    thx guys … sebenarnye saya rasa skrg ni kepala tgh overloaded byk sgt informasi dlm waktu yg singkat …. perlu belajar bersabar dan buat satu persatu … nanti yg di kendong x dpt yg dikejar plak berciciran …. senang citer lum ada confident lagi tu sebenarnya … heh heh

  8. lynn on 16 Feb 2008 at 1:25 am #

    Hi Leeza, wah dah berjaya akhirnya menjadi seorang surirumah sepenuh masa! syabas! cepat2 bertindak utk ebiz tu jgn tunggu dan kaji lama2 sangat nanti terlepas… good luck!

  9. leeza on 16 Feb 2008 at 9:10 pm #

    thx lynn atas nasihat tu … mmg need some support from friends ..

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

« Kerana Kita Manusia Biasa | Orang Gaji Lelaki? »