March 12th 2008 03:32 pm

Isteri Gembira Keluarga Bahagia

Salam semua.

Memandangkan blog ini berkaitan dengan kekeluargaan maka sudah semestinya cerita2 mengenai pembaikpulihan hubungan kekeluargaan menjadi topik utama. Nak berkongsi cerita di Harian Metro baru-baru ini artikel yg bertajuk “Suami Rajin Lebih Bahagia”. Cuba cari balik kat laman mereka tapi xder pulak tapi xperlah saya akan kongsikan berita tersebut dengan anda. Walaupun kisah ini berlaku di luar negara namun pada pandangan saya pendekatannya tidak banyak bezanya kerana peranan sebuah keluarga dalam membentuk masyarakat yang lebih baik.

Menurut kata pakar sosiologi Universiti California, Riverside, Scott Coltrane, lelaki di Amerika Syarikat yang rajin membantu membuat kerja rumah didakwa memiliki kehidupan seks yang lebih baik, ganjaran kerana membantu isteri mereka. “Lebih kerap suami membantu kerjarumah, isteri mereka akan lebih gembira. Wanita akan berasa lebih puas hati dan konflik perkahwinan berkurangan” tambahnya. Ganjaran utama daripada kerajinan mereka itu adalah lebih kerap melakukan hubungan seks. Hmmm ini sebenarnya berita baik utk suami2 yg sering memberi alasan yang isterinya tidak punya waktu untuknya ditempat tidur.

Mungkin ramai yang terpikir mengapa pakar sosiologi yang memberi pandangan tersebut, ini adalah sinambungan drpt artikel tersebut.

“Pakar sosiologi biasanya tidak mengkaji hingga ke tahap itu tapi majoriti pakar terapi berkata, kekerapan seks dan lelaki yang rajin melakukan kerja rumah berkait secara langsung” katanya lagi. Pakar psikologi, Joshua Coleman bersetuju dgn pandangan itu. Wanita lebih berminat melakukan seks dan menyayangi suami mereka yang rajin membantu melakukan kerjarumah. Kaji selidik itu turut mendapati, lelaki As kini tiga kali ganda lebih kerap menghabiskan masa dengan anak mereka berbanding lelaki era 1960-an. Masa yang dihabiskan oleh wanita dengan anak pula meningkat dua kali ganda sekaligus memberi gambaran ibu dan bapa kini meletakkan tahap lebih tinggi untuk diri mereka. Namun, tumpuan lebih kepada anak-anak mungkin mengganggu hubungan intim suami-isteri.

“Ia mungkin menjadi ancaman terhadap kebahagian mereka kerana ia akan mengurangkan masa untuk mereka bermesra” Ulas Coleman lagi. Coltrane pada masa yang sama berkata, fenomena lelaki lebih cenderung melakukan kerja rumah berlaku di seluruh dunia. “Lelaki seluruh dunia kini semakin rajin melakukan kerja rumah. Malah, lelaki Itali dan Sepanyol turut lebih kerap melakukan kerja rumah, mungking tidak banyak tetapi lebih daripada sebelum ini” katanya lagi. Sumber : Harian Metro (Sabtu, 8 Mac 2008)

So, lelaki2 malaya bagaimana pandangan anda dalam membantu isteri anda? Sedangkan lelaki2 barat kini lebih cenderung membantu isteri mereka. Tapi saya pasti ramai suami2 diluar sana kini lebih bersikap terbuka dalam membantu isteri kini. Suami saya sendiri banyak membantu jika ada kelapangan, malah semenjak kelahiran anak kedua kami sehingga keempat beliau yang menjaga saya ketika dalam berpantang. Semuanya dilakukan sendiri di rumah kami. Thanks my dearest Hubby!

Sekian. Wassalam.

3 Comments »

3 Responses to “Isteri Gembira Keluarga Bahagia”

  1. izman on 13 Mar 2008 at 11:17 am #

    Aku secara peribadi merasakan tak salah seorang suami membantu isteri di rumah. Aku meskipun tak berapa rajin membantu, kadang-kala menyurus isteri berehat dah memasak utk keluarga (jarang2 la…). Cuma kalau nak suruh jemur kain dan sapu sampah berat sket la…. kenapa ha….

  2. Leeza on 13 Mar 2008 at 1:52 pm #

    tepuk dada tanya selera … mula dengan perlahan2 insyaallah bila dah biasa tu xyah nak suruh2 lagi … automatik kita akan membantu isteri kita walaupun dia x suruh … so bila lagi nak mula?

  3. zain on 14 Mar 2008 at 6:40 pm #

    Salam..

    Tak salah rasanya membantu isteri untuk melakukan kerja kerja rumah asalkan isteri tidak mengambil kesempatan dari kebaikan suami tu, kan perkahwinan tu sendiri merupakan satu perkongsian hidup. So sesekali apa salahnya sama sama melakukan kerja dirumah.

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

« Saman Memandu RM20 jer! | Akhlak & Aurat »