May 10th 2008 03:03 am

Ibu, Kaulah Segalanya …

Salam buat semua.

Sudah lama saya meninggalkan arena penulisan di blog ini, bukan apa sekadar mencari sedikit ketenangan dan mencari kembali arah perjalanan dalam meneruskan kehidupan yang masih bersisa ini. Sebenarnya saya terpanggil untuk kembali mencoretkan bait-bait perjalanan kehidupan ini sempena menyambut hari yg amat bermakna khasnya untuk saya sendiri, Hari Ibu. hari ibu

Tidak dinafikan peranan seorang Ibu amat besar dalam sebuah institusi kekeluargaan itu. Pengorbanan seorang wanita bertarung nyawa untuk melahirkan seorang insan di muka bumi Allah ini tidak dapat dibalas hatta dengan harta satu dunia sekalipun. Bagi seorang wanita itu apabila beliau melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkanya. Betapa besarnya tanggungjawab itu sehingga Allah memberi ganjaran ibarat bayi yang baru lahir seputih kain hatta tanpa secalit warna.

Baru-baru ini kami amat berbangga dapat menunaikan hasrat Ma (panggilan untuk ibu saya) untuk bersama-sama pergi berkelah seperti dahulukala iaitu sebelum dia jatuh sakit. Sebenarnya dia adalah salah seorang pengidap penyakit tiga serangkai kata orang, iaitu kencing manis + darah tinggi + jantung. Dan kini dia hanya mengharapkan bantuan kerusi roda untuk bergerak. Namun kami tidak menghampakan harapannya, jadi pada hujung minggu yang lalu kami telah membawanya berkelah di Teratak Tekala, Semenyih.

Pada mulanya cadangan mereka untuk ke Ulu Yam tetapi memikirkan keadaannya yang berkerusi roda amat payah untuk kesana. Sudah agak lama kami tidak ke Tekala sebenarnya tetapi yang pasti jalan masuk ke dalam agak selesa untuknya yang berkerusi roda memandangkan jalan berbatu bata yang rata. Alhamdullillah, bukan sahaja dapat berkelah bersama malah dapat makan Ikan Terubuk Bakar yang telah sekian lama diidamkannya. Kami ada buat sedikit barbeque atas permintaannya, dan bukan itu sahaja yang dimakannya, udang, sotong, ayam dan macam2 semua dia makan, kami hanya membiarkannya bukan tiada niat untuk menghalang tetapi bak kata orang, jangan kempunan dikemudian hari ye tak!

nenek1.JPG

nenek2.JPG

Inilah beberapa photo yg sempat di rakam ketika di sana. Keluarga kami tidak besar, cuma tiga beradik, seorang abang dan seorang adik perempuan sahaja yang saya ada. Buat masa ini alhamdullillah Pa (panggilan utk ayah kami), masih sihat dan mampu menjaga Ma dengan baik, menghantarnya utk dialisis 3x seminggu di PPUM dan dibantu sekali-sekala oleh kami.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan berbanyak2 terima kasih kepada Ma kerana telah memberi kami peluang untuk melihat dan merasai nikmat Allah di dunia ini. Terima kasih atas pengorbananmu dalam memberi kami segala yang diperlukan dalam kehidupan ini dan membesarkan kami walaupun dalam kemampuan yang terhad. Tidak pernah jemu membantu kami sehingga kini …. memberi petunjuk dan bimbingan ketika kami melalui jalan buntu …. terima kasih sekali lagi.

Sekian. Wassalam.

4 Comments »

4 Responses to “Ibu, Kaulah Segalanya …”

  1. Afzai Afandi on 14 May 2008 at 1:07 am #

    Selamat hari ibu juga untuk leeza. Panggilan yg sama untuk ibu saya “Ma”

  2. azwanhadzree on 25 May 2008 at 1:08 am #

    i call my mom mama
    anyway, i rasa tidak terlalu lewat utk mengucapkan selamat hari ibu to you :)

  3. Norhafidz on 27 Jul 2008 at 12:55 am #

    Selamat hari ibu untuk leeza, walaupun dah terlewat..
    hmm, saya tersentuh dengan entry leeza yang ni, harap2 leeza sabar dan tabah..
    saya pernah juga alami situasi yang sama, tetapi orang berbeza iaitu arwah ayah.. terkenang pulak bila baca entry leeza :)

  4. mrozaidi on 29 Aug 2008 at 5:12 pm #

    Lamanya tak update. Aku Pun Tak La Sampai Lama Begini.. Update La Tuan Punya Blog..

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

« Berehat Sebentar! | Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin »