Archive for the 'Uncategorized' Category

May 10th 2008

Ibu, Kaulah Segalanya …

Salam buat semua.

Sudah lama saya meninggalkan arena penulisan di blog ini, bukan apa sekadar mencari sedikit ketenangan dan mencari kembali arah perjalanan dalam meneruskan kehidupan yang masih bersisa ini. Sebenarnya saya terpanggil untuk kembali mencoretkan bait-bait perjalanan kehidupan ini sempena menyambut hari yg amat bermakna khasnya untuk saya sendiri, Hari Ibu. hari ibu

Tidak dinafikan peranan seorang Ibu amat besar dalam sebuah institusi kekeluargaan itu. Pengorbanan seorang wanita bertarung nyawa untuk melahirkan seorang insan di muka bumi Allah ini tidak dapat dibalas hatta dengan harta satu dunia sekalipun. Bagi seorang wanita itu apabila beliau melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkanya. Betapa besarnya tanggungjawab itu sehingga Allah memberi ganjaran ibarat bayi yang baru lahir seputih kain hatta tanpa secalit warna.

Baru-baru ini kami amat berbangga dapat menunaikan hasrat Ma (panggilan untuk ibu saya) untuk bersama-sama pergi berkelah seperti dahulukala iaitu sebelum dia jatuh sakit. Sebenarnya dia adalah salah seorang pengidap penyakit tiga serangkai kata orang, iaitu kencing manis + darah tinggi + jantung. Dan kini dia hanya mengharapkan bantuan kerusi roda untuk bergerak. Namun kami tidak menghampakan harapannya, jadi pada hujung minggu yang lalu kami telah membawanya berkelah di Teratak Tekala, Semenyih.

Pada mulanya cadangan mereka untuk ke Ulu Yam tetapi memikirkan keadaannya yang berkerusi roda amat payah untuk kesana. Sudah agak lama kami tidak ke Tekala sebenarnya tetapi yang pasti jalan masuk ke dalam agak selesa untuknya yang berkerusi roda memandangkan jalan berbatu bata yang rata. Alhamdullillah, bukan sahaja dapat berkelah bersama malah dapat makan Ikan Terubuk Bakar yang telah sekian lama diidamkannya. Kami ada buat sedikit barbeque atas permintaannya, dan bukan itu sahaja yang dimakannya, udang, sotong, ayam dan macam2 semua dia makan, kami hanya membiarkannya bukan tiada niat untuk menghalang tetapi bak kata orang, jangan kempunan dikemudian hari ye tak!

nenek1.JPG

nenek2.JPG

Inilah beberapa photo yg sempat di rakam ketika di sana. Keluarga kami tidak besar, cuma tiga beradik, seorang abang dan seorang adik perempuan sahaja yang saya ada. Buat masa ini alhamdullillah Pa (panggilan utk ayah kami), masih sihat dan mampu menjaga Ma dengan baik, menghantarnya utk dialisis 3x seminggu di PPUM dan dibantu sekali-sekala oleh kami.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan berbanyak2 terima kasih kepada Ma kerana telah memberi kami peluang untuk melihat dan merasai nikmat Allah di dunia ini. Terima kasih atas pengorbananmu dalam memberi kami segala yang diperlukan dalam kehidupan ini dan membesarkan kami walaupun dalam kemampuan yang terhad. Tidak pernah jemu membantu kami sehingga kini …. memberi petunjuk dan bimbingan ketika kami melalui jalan buntu …. terima kasih sekali lagi.

Sekian. Wassalam.

2 Comments »

March 15th 2008

Akhlak & Aurat

Salam buat semua.

Topik hari ini menjurus kepada keagamaan sedikit, bukan pada pandangan saya ramai dari kita yang tidak sedar atau buat-buat tidak sedar tentang kepentingan dua elemen di atas. Contohnya, anak-anak kini kurang menghormati kepada yang lebih tua dan cara berpakaian yang terlampau menjolok mata. Mempunyai kekasih seawal sekolah rendah bukan lagi perkara baru. Luangkan sedikit masa untuk membaca erti akhlak dan mari kita perbincangkan masalah ini bersama.

AKHLAK

Akhlak adalah perkara penting selepas iman. Setiap orang akan dinilai berdasarkan budi pekertinya (akhlak). Jika baik akhlaknya, maka dia akan dianggap baik. Jika buruk akhlaknya meskipun ada melakukan kebajikan, tetap tidak akan dinilai. Oleh itu, orang yang mempunyai akhlak mulia akan dipandang mulia di sisi Allah. Contoh, akhlak mulia adalah akhlak Rasulullah. Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang sangat mulia.” (Surah al-Qalam, ayat 4).

Akhlak yang baik hendaklah dipupuk dan dipelihara hingga sebati dengan diri kita. Hal ini bagi membolehkan kita mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Dalam kehidupan manusia, akhlak dapat diibaratkan seperti bunga dalam sebuah taman. Bagaimana luas dan indahnya sebuah taman kalau tidak dihiasi dengan bunga-bungaan, maka taman itu tidak jauh bezanya dengan tanah perkuburan. Continue Reading »

3 Comments »

February 27th 2008

Professionalkah anda …

Salam buat semua. 

Menurut sumber dari Wikipedia perkataaan “Professional” adalah :

A professional can be either a person in a profession (certain types of skilled work requiring formal training/education) or in sports (a sportsman/sportwoman doing sports for payment). Sometimes it is also used to indicate a special level of quality of goods or tools, sometimes also called “commercial grade”.

Manakala kamus Dwi-bahasa Oxford Fajar pula menyatakan :

berkenaan sesuatu profesion atau pekerjaan ikhtisas; menunjukkan kemahiran seseorang yang terlatih; melakukan pekerjaan tertentu untuk mendapatkan wang, bukan untuk memenuhi masa lapang.

Pastinya kita biasa mendengar perkataan ini digunakan kini lebih-lebih lagi dalam kehangatan demam pilihanraya sedang melanda kini. Masing-masing akan cuba untuk mempertahankan keprofesional mereka untuk membuktikan kemampuan masing-masing. Namun yang pasti kita sebagai rakyat Malaysia yang maju dan majmuk, memilih ketua yang berkebolehan untuk memimpin dan membangunkan negara sepatutnya menjadi pilihan utama kita.

Bukan mudah untuk menjadikan diri seorang professional. Bagi saya kemampuan membuktikan diri anda yang terbaik dari yang terbaik adalah penentu kepada gelaran tersebut. Kita sepatutnya membiarkan penilaian tersebut dilakukan oleh oranglain. Berikut adalah beberapa tips yang boleh dikongsi bersama sebagai panduan untuk menjadi ataupun memilih pemimpin :

  1. Sentiasa bertanggungjawab terhadap Allah
  2. Sentiasa bertanggungjawab terhadap diri dan orang yang dipimpin 
  3. Sentiasa percaya kebolehan dan kemampuan diri anugerah Allah 
  4. Sentiasa berdisiplin 
  5. Hendaklah pandai bergaul dan tidak sombong 
  6. Mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas 
  7. Sihat jasmani, rohani, emosi dan intelek 
  8. Berdaya saing, ada jati diri, inisiatif dan kreatif 
  9. Mengamalkan sikap jujur dan amanah 
  10. Sentiasa bersikap terbuka - “open minded” 
  11. Yang paling penting mudah dihubungi, mesra dan bersopan santun

Bagi saya yang penting adalah sentiasa mengingatkan diri sendiri bukan mudah untuk memberi kepuasan kepada setiap orang, masing-masing mempunyai pandangan dan pendapat yang berbeza. Mungkin pada kita ia adalah yang terbaik, tapi tidak bagi yang lain. Jadi disinilah tugas kita untuk membuktikan bahawa keputusan yang kita lakukan adalah yang terbaik dan boleh diterima-pakai. Jangan bimbang, scenario “rumah siap, pahat berbunyi” ini akan dilalui oleh sesiapa sahaja, maka terima dengan hati terbuka.

Sekian, Wassalam.

No Comments yet »

January 18th 2008

Hari Asyura (10 Muharram) : 19-Jul-2008

10 Muharam - Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran. Antara perkara yang telah berlaku pada 10 Muharam adalah:

  • Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  • Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  • Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  • Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  • Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  • Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  • Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  • Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan ‘Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan alam.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Isa diangkat ke langit.

Tahukan anda dengan hanya melakukan beberapa perkara sunat pada hari Asyura (10 Muharram) tersebut kita akan diberikan ganjaran yang tidak ternilai.

Continue Reading »

4 Comments »

January 15th 2008

Fenomena Culik, Salah Siapa?

Salam sejahtera semua.

Lagi kes kanak-kanak hilang diculik. Adik Sharlinie dilaporkan hilang ketika bermain di taman permainan berhampiran dengan rumah beliau hanya kurang 48-jam dari kes pertama. Sebagai seorang ibu perasaan sedih dan risau tidak dapat digambarkan, lebih2 lagi bila teringat kisah adik Nurin, bagaimana pula nasib adik Sharlinie. Nauzubillah, doa kami jauhkan dia dari segala kemungkinan tersebut, semoga penculik adik Sharlinie pulangkan kembali beliau kepada keluarganya. Amin.

Hilang-Sharlinie

“Cuai dan Alpa”, itu kata Prof. Abdul Rahim selaku Pengurus Pusat Pembelajaran Futuristik dan Inovasi kepada Utusan baru-baru ini. “Fenomena yang berlaku sekarang menunjukkan nilai kekeluargaan ibu bapa kelas bawahan Melayu kini sangat lemah. Dalam kejadian-kejadian culik kanak-kanak kebelakangan ini melibatkan ibu bapa muda daripada golongan berpendapatan rendah. Dalam kesibukan mencari nafkah hidup untuk keluarga, mereka lemah dalam memberi perlindungan kepada anak-anak.” Itu antara kata-kata beliau yang sempat saya petik dari laporan tersebut.

Persoalannya siapakah yang perlu dipersalahkan jika terjadinya perkara sebegini? Wajarkan ibubapa dipersalahkan kerana tidak mengikuti setiap langkah, tidak memerhati setiap perkara ataupun tidak menegur setiap perbuatan yang dilakukan oleh seorang kanak-kanak. Salah ibubapa juga kerana tidak menekankan kepada mereka jangan mudah mengikut orang yang tidak dikenali lebih-lebih lagi menerima apa jua pemberian orang yang tidak dikenali hatta sebiji gula-gula. Dalam senario sebegini ibubapa tetap akan dipersalahkan walaupun sedang dalam keadaan tertekan dan dihantui rasa bersalah disebabkan oleh kehilangan anak yang disayangi. Mungkin tidak semua tetapi segelintir masih menyuarakan pendapat sebegini, mungkin tidak kena dibatang hidung sendiri barangkali ….

Namun untuk siapakah kita sebagai ibubapa bekerja dan berusaha bagi memenuhi keperluan dan kemestian untuk meneruskan kehidupan ini, lebih-lebih bagi mereka yang tinggal di bandar metropolitan ini? Bagi mereka yang berpendapatan tinggi mungkin tidak terasa sangat ye lah beza cuma seringgit dua jer (lagipun mereka cuma keluar duit jer, yang beli orang gajinya..), tetapi bagi kami yang berpendapatan rendah sangat2 terasa perbezaan itu. Suka dengar komen Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini mengenai kos sara hidup yang semakin meningkat, “Sesetengah pihak pasti terasa. Misalnya, kalau dulu dengan RM100 orang boleh beli barangan yang memenuhi bakul, sekarang nilai wang yang sama hanya mampu mengisi tiga suku bakul.” itulah katanya. Dan itulah juga yang pernah dikatakan oleh ibu saya …

Fikirkanlah, tepuk dada tanya selera … 

Wassalam.

5 Comments »

December 24th 2007

Berita Buruk ke Berita Baik

Pengumuman penting …. “Anda di berhentikan … ”

Alamak berita buruk ni … macamana ni … apa nak buat ni … di mana nak mula ni …. nak cari kerja balik ke nak duduk rumah jer … macam2 dalam fikiran …

Hari Rabu yang lepas kami telah dipanggil oleh pihak pengurusan dimana satu pengumuman telah dilakukan secara terbuka - perkhidmatan kami setakat ini sahaja. Syarikat hanya akan mengekalkan beberapa kakitangan sahaja untuk meneruskan tugas-tugas yang lain sebelum penutupan sepenuhnya! Saya tidak tahu samada untuk menganggap ini satu berita baik atau buruk … mungkin berita buruk kerana saya tidak lagi bekerja makan gaji dan ini bermakna suami perlu memikul tanggungjawab menanggung keluarga berseorangan … “biarlah, mungkin rezeki kita setakat ini sahaja” katanya.

Tetapi, ini mungkin juga satu berita baik dimana saya boleh menumpukan perhatian untuk e-biz dengan modal drpd imbuhan yang diberi oleh pihak syarikat. Sambil duduk dirumah menjaga anak dan mencari peluang berniaga di ruang siber ini. Ya! mungkin ini adalah titik permulaan untuk saya terus berkecimpung dalam perniagaan maya ini … mula2 kena cari mentor dulu … apa2 pun dlm seminggu dua ni kena buat homework lebih sikit … mungkin ada cadangan atau ingin menghulurkan bantuan …. kecil tapak tangan, padang bola sepak kutadahkan ….

 

7 Comments »

December 13th 2007

Kupu-Kupu Syurga

Artikel ni saya dapat dari email yang dihantar oleh seorang teman. Banyak betul ganjaran yang tersedia Olehnya tanpa kita perlu bersusah payah untuk mencarinya. Perhatikan keistimewaan yang bakal diperolehi apabila anak-anak anda boleh digelar Kanak-Kanak atau Kupu-Kupu syurga;

1. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, Darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis kerana takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api Neraka ke atas Tubuhnya.

2. Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara Dua darjat ialah 500 darjat.

3. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke daamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

4. Barangsiapa keluar ke pekan Muslimin, membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan membawa buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah Dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

5. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan Ilmu Agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu Dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

6. Aqrak pernah terlihat Nabi s.a.w. Mencium cucu Baginda Hassan. Aqrak berkata: “Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium”. Sabda Nabi s.a.w.; “Orang yang tidak menyayang tidak pula akan disayang“.

7. Barangsiapa ke pasar Dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya Dan dia memikulnya ke rumah; Pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak Perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

8. Suruhlah anak-anakmu sembahyang ketika umurnya Tujuh tahun Dan pukullah dia kerena meninggalkan Sembahyang apabila berumur sepuluh tahun, pisahkan Anak-anak perempuan dalam tempat tidur mereka.

9. Seorang lelaki ber tanya; “Ya Rasullullah, kepada Siapakah harus aku berbakti?” Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.” Kata Lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi”. Sabda Nabi s.a.w.; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, Ibu bapa berhak terhadap dirimu Dan anak mu pula berhak Atas dirimu”.

Dan ingatlah bahawa “Orang yang tidak menyayang tidak pula akan disayang“. Amin

9 Comments »

December 12th 2007

Jom Sehati Berdansa

Hari ni sajer nak buat 2 post …. naper eh … kan dah cakap sajer2 jer …

 

ann&wafri

Ini dia pasangan ideal yang telah membuat satu kejutan di malam sehati berdansa baru2 ni. Awal2 dulu asyik tergelakkan Azman Adnan angkat As tapi saya terkedu tgk pose terakhir Ann & Wafi ni … caya lar beb. 

linda&farihin
Ini lagi satu pasangan yang dikatakan bercinta tetapi sentiasa menafikan, ehmm … kalau betul apa yang nak dimalukan … pada saya sama cantik sama padan … tak semestinya kalau peminat dah tau korang tu bercinta mereka akan lari … peminat sekarang dah ‘matured’ tau!
sehatiall
Anyway, good luck kepada pasangan yang lain, teruskan perjuangan kalian.

2 Comments »

December 7th 2007

Beegan Bersunat

beegansunat2

Inilah anak bujang saya, baru berumur 6thn pada 21-November yang lalu.  Bila cerita pasal sunat betul-betul excited dia nak sunat gak katanya ingatkan dia main-main jer. Tak sangka petang hari tu ayah dia pulang dari kerja dan kami bersembang pasal anak buah dia yang berumur 10thn tu nak bersunat cuti sekolah ni. Ntah macamana dia pun cakap kalau macam tu abang pun nak sunat gak lah. Berkali-kali ayah dia tanya betul ker? Tak takut ker? dan macam-macam soalan lagi … tapi dengan semangat berkobar-kobar dia cakap nak. Keesokkan harinya hubby saya inform emaknya yang cucu dia sorang ni pun nak sunat gak, mereka semua x yakin coz Beegan ni kekadang boleh tukar fikiran tetiba. Tapi pada masa yang sama kami tetap jugak buat tempahan untuk hari yang bersejarah tu. Saya dan hubby cam tak percaya jer yang anak kami dah nak sunat.

Sebenarnya posting ni sepatutnya keluar pada awal minggu hari tu tapi disebabkan ada sedikit masalah teknikal dengan kamera digital ni ia terpaksa ditunda. Beegan telahpun selamat berkhatan pada 1-Disember yang lalu diikuti dengan kenduri doa selamat dan khatam Quran pada keesokkan harinya.

beegansunat

Inilah gambar Beegan beberapa jam selepas bersunat tu … adalah sempat snap 3 keping gambar tapi semuanya sensored kerana dia tidak selesa berkain jadi bayangkanlah sendiri ye! Dalam perancangan dia sepatutnya disunatkan jam 11:30pagi tapi disebabkan beberapa masalah dengan peserta sebelumnya akhirnya dia disunatkan jam 2ptg. Beegan mmg anak yang berani kata semua orang coz dari pagi menunggu sampai petang rilek jer … sepupu dia tu siap menangis lagi, takut katanya. Beegan pulak dengan selamba pegi tanya sepupu dia “ko takut eh?” … lagilah bengang member. Masa menunggu kat klinik tu pulak ada seorang budak 11thn umur dia, melalak sakan, soalan yang sama ditanya Beegan tapi kali ni ada sambung sikit “saya tak takut!”, terkulat-kulat budak tu. Hubby follow Beegan masuk dlm bilik, dia tidak menangis sikit pun masa doktor injet ubat bius tu dan sementara menunggu ubat bius berjalan dia sempat bertanya ayahnya “dah siap ke, ayah?”, “belum” kata suami saya, “lambatlah doktor ni” katanya, doktor hanya menggeleng kepada melihat kelakuannya. Usai semuanya dia keluar dr bilik doktor dengan muka tersenyum, budak lelaki yang sedang menangis kat ruang menunggu tu terus diam, sepupu dia pun sama. beegan&siblings

Sebelum sampai rumah mak mertua saya sempat lagi Beegan ajak ayah dia gi kedai! Sampai kat rumah suruh pakai kain dia xnak nyilu katanya … dan buat kesekian kalinya kami mendengar dia menangis selepas kencing, mungkin pedih baru terasa, adalah dekat 5min jugak. Tetapi …. selepas tu macam orang tak bersunat, kejap2 kencing, kejap2 mintak makan, ”air jampi” tak lepas dari tangannya, lepas tu boleh jalan2 masuk bilik main game lagi … sepupu dia balik dr sunat tak bangun2 sampai petang itupun paksa pegi kencing coz takut nanti mudarat pulak. Sedang kami sibuk buat persiapan kenduri keesokkan harinya, Beegan jugak sibuk bermain-main dengan kawan2nya, punya lar risau kami tengok perangai dia tu … jiran2 yang tengok asyik menegur jer takut bentan kata orang tapi dia selamba jer … dah tak larat nak marah … at last biar lah …

Walau bagaimanapun semuanya telah selamat dan Alhamdullillah semuanya berjalan dengan lancar.  

9 Comments »

November 30th 2007

Novel Cinta 1

Percaya tak saya hanya mengambil masa kurang dari seminggu untuk menghabiskan ketiga-tiga buah buku ini yang telah di rekomenkan oleh kawan sepejabat. Yang pasti kalau dah mula bab pertama rasa macam kurang jer kalau tidak meneruskan ke bab2 yang lain sehingga tamat.  Kesemua kisah cinta ini sangat menyentuh perasaan dan anda bisa membayangkan scenario setiap satunya.

p/s : saya bukan agen jualan atau promosi sekadar berkongsi bahan bacaan yang pada pendapat saya berbaloi untuk dimiliki.

rindupadamuRINDU PADAMU
Penulis : Azian Zahra
Sinopsis: Selepas abang memaksa Lia menerima perkahwinan dengan abang, Lia sebenarnya benci abang kerana mendapatkan Lia dengan cara keji apatah lagi bila Lia tahu abang mengecewakan hati Maisara. Tapi siapa sangka dalam benci, hati Lia masih mahu bersama abang. Lia sengaja aturkan rancangan di mana sebelum berkahwin kita dapat keluar bersama. Lia ingin lihat sejauh mana keikhlasan abang terhadap perkahwinan kita … tapi Lia yang semakin kuat mencintai abang. Lia tidak ada cara lain untuk mendapatkan hati abang. Lia tak sanggup melihat abang menjadi milik Maisara, sebab waktu itu abang terlalu rapat dengannya. Lia cemburu. Lia tak sanggup melihat abang bersamanya. Lia tidak dapat hidup tanpa abang. Lia dapat rasakan abang begitu dekat pada Lia …

murnikasihMURNI KASIH
Penulis : Norhayati Berahim
Sinopsis : Kenapa terlalu sukar dia mahu melafazkan apatah lagi mahu meluahkan. Apakah cinta itu sebenarnya hanya mainan perasaan? Tapi kenapa semakin disimpan, semakin terdera rasanya? Ahh… segalanya benar-benar menyakitkan. Dipendam, terasa sakit, mahu diluah terasa perit. Lantas lelaki itu sedar, dia perlu membuat satu keputusan…

hanyakauygsatuHANYA KAU YANG SATU
Penulis : Iffa Irdina
Sinopsis : Kehadiranmu merubah seluruh hidupku yang selama ini begitu sunyi dan suram. Kau mengenalkan aku pada erti cinta sejati. Kau mengajarku betapa sucinya sebuah ikatan antara Adam dan Hawa. Kau jualah yang mewarnakan hidupku dan mencorakkan jalur-jalur bahagia. Padamu… kuserahkan segalanya. Semoga dikau yang pertama akan menjadi yang terakhir… satu-satunya dalam hidupku… yang sama-sama menuju ke syurgawi yang abadi…

Jom kongsi pendapat anda tentang novel-novel ini disini.

2 Comments »