February 27th 2008
Professionalkah anda …
Salam buat semua.
Menurut sumber dari Wikipedia perkataaan “Professional” adalah :
A professional can be either a person in a profession (certain types of skilled work requiring formal training/education) or in sports (a sportsman/sportwoman doing sports for payment). Sometimes it is also used to indicate a special level of quality of goods or tools, sometimes also called “commercial grade”.
Manakala kamus Dwi-bahasa Oxford Fajar pula menyatakan :
berkenaan sesuatu profesion atau pekerjaan ikhtisas; menunjukkan kemahiran seseorang yang terlatih; melakukan pekerjaan tertentu untuk mendapatkan wang, bukan untuk memenuhi masa lapang.
Pastinya kita biasa mendengar perkataan ini digunakan kini lebih-lebih lagi dalam kehangatan demam pilihanraya sedang melanda kini. Masing-masing akan cuba untuk mempertahankan keprofesional mereka untuk membuktikan kemampuan masing-masing. Namun yang pasti kita sebagai rakyat Malaysia yang maju dan majmuk, memilih ketua yang berkebolehan untuk memimpin dan membangunkan negara sepatutnya menjadi pilihan utama kita.
Bukan mudah untuk menjadikan diri seorang professional. Bagi saya kemampuan membuktikan diri anda yang terbaik dari yang terbaik adalah penentu kepada gelaran tersebut. Kita sepatutnya membiarkan penilaian tersebut dilakukan oleh oranglain. Berikut adalah beberapa tips yang boleh dikongsi bersama sebagai panduan untuk menjadi ataupun memilih pemimpin :
- Sentiasa bertanggungjawab terhadap Allah
- Sentiasa bertanggungjawab terhadap diri dan orang yang dipimpin
- Sentiasa percaya kebolehan dan kemampuan diri anugerah Allah
- Sentiasa berdisiplin
- Hendaklah pandai bergaul dan tidak sombong
- Mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas
- Sihat jasmani, rohani, emosi dan intelek
- Berdaya saing, ada jati diri, inisiatif dan kreatif
- Mengamalkan sikap jujur dan amanah
- Sentiasa bersikap terbuka - “open minded”
- Yang paling penting mudah dihubungi, mesra dan bersopan santun
Bagi saya yang penting adalah sentiasa mengingatkan diri sendiri bukan mudah untuk memberi kepuasan kepada setiap orang, masing-masing mempunyai pandangan dan pendapat yang berbeza. Mungkin pada kita ia adalah yang terbaik, tapi tidak bagi yang lain. Jadi disinilah tugas kita untuk membuktikan bahawa keputusan yang kita lakukan adalah yang terbaik dan boleh diterima-pakai. Jangan bimbang, scenario “rumah siap, pahat berbunyi” ini akan dilalui oleh sesiapa sahaja, maka terima dengan hati terbuka.
Sekian, Wassalam.





