Archive for the 'teknologi' Category

April 1st 2008

Pemeriksaan Kesihatan Komputer Percuma

Salam buat semua.

Baru-baru ini terbaca artikel mengenai keselamatan internet kepada pengguna lebih-lebih lagi melibatkan transaksi maklumat peribadi dan sulit sebagai aksses untuk sesuatu perkhidmatan. Menggerunkan apabila terbaca cerita mengenai penyalahgunaan data tersebut yang melibatkan bukan sedikit tetapi kekadang sehingga beribu ringgit. Jangan tak percaya bukan kita sahaja perlu untuk berjumpa doktor, komputer pun tidak terkecuali.

Sebuah syarikat tempatan, F-Secure Corporation telah memperluaskan lagi cabang perkhidmatan penyelesaian keselamatan bagi pengguna daripada serangan virus serta ancaman berisiko yang mampu membawa kemudaratan kepada sistem komputer sekali gus melindungi daripada gangguan. Dalam mencapai tahap keselamatan yang optimum, mereka  memperkenalkan khidmat pemeriksaan kesihatan untuk pengguna bagi melakukan pemeriksaan terhadap tahap keselamatan secara menyeluruh di Internet. Proses tersebut merangkumi pemeriksaan status keselamatan komputer termasuk sistem pengendalian, pelayaran web serta aplikasi perisian. Usaha ini adalah untuk memastikan komputer terjamin selamat dan membantu pengguna bagi menyelesaikan ancaman yang berpotensi selain sentiasa memberi khidmat nasihat. Dan berita baiknya khidmat tersebut ditawarkan oleh F-Secure secara PERCUMA.

Keputusan yang diterima setelah menjalankan ujian tersebut terhadap PC saya.

f-secure

Pengguna boleh mendapatkan maklumat lengkap dan servis tersebut dengan melayari www.f-secure.com/healthcheck.

Sekian, semoga informasi ini berguna untuk anda. 

No Comments yet »

March 19th 2008

Google & Keadilan

 Salam buat semua.

Pendek jer posting kali ni. Just nak kongsi something interesting yang saya jumpa baru2 ni. Sebenarnya pic saya ambil pada 15hb Mac yang lalu tapi dah perasan lebih kurang dua hari sebelum dan selepas tu x tau plak bila dia kembali normal coz hari ni tgk dah xder.

Cuma satu soalan di kepala, adakah kakitangan google.com.my adalah orang Malaysia? Saper2 yang tahu tu bole tolong explain.

google+keadilan2

p/s : Pic ni mmg original guna program SnapVideo.

Wassalam.

5 Comments »

March 3rd 2008

Definasi Ebook

Salam buat semua.

Dalam melayari dunia cyber ebook merupakan satu perkataan lazim yang kita pasti jumpa di mana-mana laman web ataupun laman blog yang kita kunjungi. Ramai yang masih samar-samar apakah itu sebenarnya ebook. Tidak kurang juga pandangan negatif sesetengah pihak terhadap ebook ini. Golongan minoriti ini sebenarnya tidak mengerti apa itu sebenarnya ebook. Berikut merupakan definasi ebook drpd sumber ensiklopedia bebas iaitu wikipedia. 

e-buku atau buku elektronik adalah sejenis medium penyampaian maklumat yang merujuk kepada penggunaan data elektronik sebagai buku yang mengandungi pelbagai maklumat. E-buku ini terdapat dalam bentuk berbayar dan juga dalam bentuk percuma. Kebanyakan e-buku ini didatangi dalam bentuk fail .pdf atau seumpamanya untuk kemudahan setiap individu untuk membacanya di komputer atau peranti khas.

E-buku boleh dikategorikan seperti buku teks. Ia merangkumi bidang pendidikan, teknologi, agama, politik, alam sekitar, kehidupan, masakan dan sebagainya. Penggunaan e-buku akan menjadi salah satu media pembelajaran pada masa kini dan masa akan datang kelak. Terdapat banyak organisasi atau individu yang menulis atau mengalihkan sumber cetakan mereka kepada e-buku untuk memudahkan pembaca dan pemasaran secara terus di internet. 

Ebook sebenarnya satu teknologi penyebaran maklumat yang cepat dan mudah.  Ia memberi kelebihan kepada pengguna dimana tidak memerlukan ruang simpanan yang banyak dan mudah untuk dibawa kemana-mana. Anda boleh menyimpan data sehingga 7MB jika menggunakan cd, menggunakan thumbdrive untuk fail yang lebih besar ataupun external harddisk untuk satu jumlah fail yang banyak. Ini bermakna anda memerlukan komputer, laptop atau alat khas seperti ebook reader untuk membaca ebook tersebut. Kebanyakkan ebook berformat pdf dan kita perlu untuk download program Adobe Reader untuk membukanya. Anda boleh download program Adobe Reader di sini.

Di Amerika Syarikat, perniagaan ebook telah menjadi satu perniagaan yang paling murah dan paling mendapat sambutan. Kini semakin ramai yang mula menceburi bidang penulisan Ebook ini. Ia merupakan satu perkembangan yang baik. Malah telah ramai yang telah menjadi jutawan model perniagaan maklumat ini. Adakah anda juga ingin menjadi seperti mereka, boleh dapatkan panduan menjadi penulis ebook di sini.

Sekian. Wassalam.

1 Comment »