Archive for the 'Tazkirah' Category

March 15th 2008

Akhlak & Aurat

Salam buat semua.

Topik hari ini menjurus kepada keagamaan sedikit, bukan pada pandangan saya ramai dari kita yang tidak sedar atau buat-buat tidak sedar tentang kepentingan dua elemen di atas. Contohnya, anak-anak kini kurang menghormati kepada yang lebih tua dan cara berpakaian yang terlampau menjolok mata. Mempunyai kekasih seawal sekolah rendah bukan lagi perkara baru. Luangkan sedikit masa untuk membaca erti akhlak dan mari kita perbincangkan masalah ini bersama.

AKHLAK

Akhlak adalah perkara penting selepas iman. Setiap orang akan dinilai berdasarkan budi pekertinya (akhlak). Jika baik akhlaknya, maka dia akan dianggap baik. Jika buruk akhlaknya meskipun ada melakukan kebajikan, tetap tidak akan dinilai. Oleh itu, orang yang mempunyai akhlak mulia akan dipandang mulia di sisi Allah. Contoh, akhlak mulia adalah akhlak Rasulullah. Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang sangat mulia.” (Surah al-Qalam, ayat 4).

Akhlak yang baik hendaklah dipupuk dan dipelihara hingga sebati dengan diri kita. Hal ini bagi membolehkan kita mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Dalam kehidupan manusia, akhlak dapat diibaratkan seperti bunga dalam sebuah taman. Bagaimana luas dan indahnya sebuah taman kalau tidak dihiasi dengan bunga-bungaan, maka taman itu tidak jauh bezanya dengan tanah perkuburan. Continue Reading »

3 Comments »

January 28th 2008

Kerana Kita Manusia Biasa

Salam semua.

Minggu lepas merupakan minggu yang terlalu sibuk cuma sempat membuka dan melihat perkembangan dunia blogger x sampai 1/2jam pun.  Nak menaip post jangan haraplah …  waktu itulah juga nak kekeringan idea. Membuka email hari ni macam2 ada, x tau mana satu nak baca banyak sangat sampai beratus … so bagi priority kat kengkawan dulu, mana yang x kenal tu delete jer terus maklumlah kekadang benda tu semua byk spam.

Memandangkan ketandusan idea buat masa ini, saya membuat keputusan untuk berkongsi satu email yang saya terima dari seorang kawan yang sangat menyentuh perasaan saya ketika membacanya. Bukan mudah mengharungi dunia rumah tangga, ada ketikanya terasa sesgt bahagia macam ‘dunia ana yang empunya’, tapi bila dilanda gelora jangan kata ada yang x pernah kan, ‘mengapa aku yg harus diuji sebegini’ … namun ini semua adalah ketentuan ilahi, kita harus terima walau apa jua situasinya. Yang penting sentiasa ingat dan kembali padaNya setiap kali kita memerlukan bantuan. Ambil masa anda kerana cerita ini sangat panjang dan usai membaca saya pasti anda tidak akan menyalahkan takdir semata-mata. Yang penting muhasabah dan kenali diri, InsyaAllah kita tidak akan rasa keseorangan ….  

Continue Reading »

2 Comments »

December 13th 2007

Kupu-Kupu Syurga

Artikel ni saya dapat dari email yang dihantar oleh seorang teman. Banyak betul ganjaran yang tersedia Olehnya tanpa kita perlu bersusah payah untuk mencarinya. Perhatikan keistimewaan yang bakal diperolehi apabila anak-anak anda boleh digelar Kanak-Kanak atau Kupu-Kupu syurga;

1. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, Darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis kerana takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api Neraka ke atas Tubuhnya.

2. Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara Dua darjat ialah 500 darjat.

3. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke daamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

4. Barangsiapa keluar ke pekan Muslimin, membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan membawa buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah Dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

5. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan Ilmu Agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu Dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

6. Aqrak pernah terlihat Nabi s.a.w. Mencium cucu Baginda Hassan. Aqrak berkata: “Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium”. Sabda Nabi s.a.w.; “Orang yang tidak menyayang tidak pula akan disayang“.

7. Barangsiapa ke pasar Dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya Dan dia memikulnya ke rumah; Pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak Perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

8. Suruhlah anak-anakmu sembahyang ketika umurnya Tujuh tahun Dan pukullah dia kerena meninggalkan Sembahyang apabila berumur sepuluh tahun, pisahkan Anak-anak perempuan dalam tempat tidur mereka.

9. Seorang lelaki ber tanya; “Ya Rasullullah, kepada Siapakah harus aku berbakti?” Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.” Kata Lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi”. Sabda Nabi s.a.w.; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, Ibu bapa berhak terhadap dirimu Dan anak mu pula berhak Atas dirimu”.

Dan ingatlah bahawa “Orang yang tidak menyayang tidak pula akan disayang“. Amin

9 Comments »