Archive for the 'Semasa' Category

March 27th 2008

Streamyx oh Streamyx …

Salam buat semua.

Sudah seminggu terpaksa berdiam diri … dan sudah dua kali dalam bulan ini sahaja. Ceritanya bermula begini, minggu lepas selama tiga hari hanya disebabkan oleh masalah connector yang tidak berfungsi. Laporan dibuat dan keesokkan harinya technician mereka telah datang kerumah dan memeriksa talian, mmg cekap sungguh mereka bekerja, tahniah! (jangan mare ye abg TM!). Kali kedua talian telefon tidak berfungsi lagi akibat hujan lebat pada 23Mac yang lalu dan seperti biasa saya pun buat laporan ke ‘100′ bahagian “Telefoni” (betul ker ejaan ni?). Namun selepas 2-hari line telefon dah ok tapi streamyx still xleh so call them dan as usual kita akan disuruh untuk melakukan beberapa perkara teknikal untuk trobleshoot yang sememangnya saya dah tahu pun (berlagaknyerrr saya!), namun saya lakukan juga kerana menghormati tugas mereka sebagai pembantu khidmat pelanggan (baiknyerrrr saya!). 

streamyx.jpgAt last dah buat exactly macam yang mereka suruh still lampu DSL tu blinking means line mmg x ok. According to them they need to check furhter and needs another 2days to tackle the problem. Hah! another 2days - yeah because the report i’ve made earlier which is on the 23rd was with regards to the telephone problem so now they need to forward this problem which falls on the 25th to the Streamyx department. Well what to do, just have to wait … but this impatient person calls them everyday (:D). So today at 2pm I manage to start browsing around the net freely …. fuhh how I missed doing this. (Fuyoh .. i’m writting in English … sori nak try to improve my English sebenornyer…). Berbalik pada cerita masalah internet saya tadi tu … dan hari ini pada pukul 2pm setelah membuat lebih kurang 3 panggilan kepada mereka hari ini akhirnya line internet saya telah berjaya diakses kembali ….

Saya nak kongsi beberapa tips troubleshoot yang perlu dilakukan sebelum anda menghubungi mereka :

  • Pastikan talian telefon anda berfungsi … maksudnya jika ada nada dering ok lar.
  • Jika tidak cuba lakukan direct connection untuk memastikan kabel telefon anda berfungsi dengan baik.
  • Lakukan direct connection utk kabel internet untuk memastikan kabel internet anda berfungsi dengan baik juga.
  • Cuba matikan suis dan restart modem anda kembali. 
  • Line anda sepatutnya dalam keadaan baik jika lampu DSL dalam keadaan stabil dan tidak berkelip-kelip.
  • akhir sekali …. pastikan bil anda tidak tertunggak kerana ini juga boleh menyebabkan talian anda tidak berfungsi …

Nota : Pastikan anda berada di hadapan PC atau Laptop untuk memudahkan proses troubleshoot tersebut.

Itu sahaja setakat ini …. 

Sekian. Wassalam.

No Comments yet »

March 4th 2008

Saman Memandu RM20 jer!

Salam semua.

Hari ni kebetulan saya tidak mempunyai apa2 rancangan jadi saya sanggup untuk menolong abang saya menghantar mak ke hospital untuk dialisisnya. Mak saya yang mengidap penyakit ‘3in1′ tu kata orang lar, sakit jantung, darah tinggi hingga kencing manis dan sekarang akibatnya dia terpaksa menjalani proses dialisis seminggu 3x kerana buah pinggangnya tidak berfungsi dengan baik. Oleh yang demikian teman2 nasihat saya, jagalah kesihatan anda, sentiasa kawal pemakanan dan bersenamlah selalu. Anda boleh dapatkan tips-tips kesihatan dengan percuma di sini.

12:30pm : Murahnya! Ada ker saman cuma RM20 jer? Ketika membelok keluar drpd hospital memasuki Lebuhraya Persekutuan tetiba saya diarahkan oleh seorang abg polis trafik ni utk ke tepi, rupanya saya sedang menggunakan telefon bimbit ketika memandu. Alamak, kenapa lar aku x perasan abg trafik tu! Sebenarnya apa yang berlaku hari ini mungkin telah diketahui umum iaitu kecekapan polis traffik kita menggunakan kuasa untuk menilai harga saman mereka. Selama ini saya hanya mendengar cerita dari teman-teman ataupun sumber bacaan sahaja namun ini benar2 terjadi pada saya hari ini. Saman ‘memandu sambil guna telefon’ kompaun yg sepatutnya adalah RM300 tetapi atas budi bicara cik abg traffik kita ni nilai saman itu cuma RM20 sahaja, ‘duit makan tengahari’ katanya! Heh heh, macam2 namun saya tetap menghalalkan pemberian tersebut dan berlalu pergi.

2:30pm : Dalam perjalanan pulang ketika keluar dari pasaraya saya didtgi oleh seorang remaja mempromosikan produk gores & menang! Bukan kita tidak tahu mengenai sindiket mereka ini, rata-rata akbar, flyers dan rancangan2 tv tidak pernah putus mengingatkan kita tentang taktik penipuan mereka ini. “Kakak, ini ada satu promosi hadiah istimewa untuk kakak. Jika akak buka ada tulisan thank you, pulangkan pada saya dan company akan bayar saya RM2 tapi jika nasib baik kakak boleh menang itu tv, dvd atau handphone. Kompeni saya dekat saja kakak boleh ambil itu hadiah di Saujana Impian” Saya berpura-pura terkejut dan bertanya semudah itu untuk mendapatkan hadiah ker? “Ye lar, itu kompeni sudah ada budget ma, nanti kakak boleh dapat macam2 diskaun lagi”. Hmmm, macam x betul jer bunyinya kan, saya pun terus masuk dalam kereta tanpa memperdulikan rayuannya supaya saya membuka sampul tersebut.  Mereka ini bukan setakat 2-3org tetapi melebihi 10org, pada pandangan saya mereka ini remaja yg sedang mencari extra income untuk menampung perbelanjaan mereka. Pada masa yang sama saya lihat ada yang sedang berbual dgn seorang lelaki cina yg agak berumur di sisi sebuah kereta mewah yg mana mungkin ketua mereka.

Itulah yang telah berlaku pada saya hari ini. Pulang ke rumah dalam keadaan letih memandu hampir separuh hari dan dah penat sgt, nak rehat dulu jap lagi askar2 akan balik nak kena masak almaklumlah mesti lapar kan seharian letih di sekolah … oh ya mereka skrg ni sedang ujian bulanan. Good Luck guys, do your best ok.

Sekian. Wassalam.

 

 

11 Comments »

February 27th 2008

Professionalkah anda …

Salam buat semua. 

Menurut sumber dari Wikipedia perkataaan “Professional” adalah :

A professional can be either a person in a profession (certain types of skilled work requiring formal training/education) or in sports (a sportsman/sportwoman doing sports for payment). Sometimes it is also used to indicate a special level of quality of goods or tools, sometimes also called “commercial grade”.

Manakala kamus Dwi-bahasa Oxford Fajar pula menyatakan :

berkenaan sesuatu profesion atau pekerjaan ikhtisas; menunjukkan kemahiran seseorang yang terlatih; melakukan pekerjaan tertentu untuk mendapatkan wang, bukan untuk memenuhi masa lapang.

Pastinya kita biasa mendengar perkataan ini digunakan kini lebih-lebih lagi dalam kehangatan demam pilihanraya sedang melanda kini. Masing-masing akan cuba untuk mempertahankan keprofesional mereka untuk membuktikan kemampuan masing-masing. Namun yang pasti kita sebagai rakyat Malaysia yang maju dan majmuk, memilih ketua yang berkebolehan untuk memimpin dan membangunkan negara sepatutnya menjadi pilihan utama kita.

Bukan mudah untuk menjadikan diri seorang professional. Bagi saya kemampuan membuktikan diri anda yang terbaik dari yang terbaik adalah penentu kepada gelaran tersebut. Kita sepatutnya membiarkan penilaian tersebut dilakukan oleh oranglain. Berikut adalah beberapa tips yang boleh dikongsi bersama sebagai panduan untuk menjadi ataupun memilih pemimpin :

  1. Sentiasa bertanggungjawab terhadap Allah
  2. Sentiasa bertanggungjawab terhadap diri dan orang yang dipimpin 
  3. Sentiasa percaya kebolehan dan kemampuan diri anugerah Allah 
  4. Sentiasa berdisiplin 
  5. Hendaklah pandai bergaul dan tidak sombong 
  6. Mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas 
  7. Sihat jasmani, rohani, emosi dan intelek 
  8. Berdaya saing, ada jati diri, inisiatif dan kreatif 
  9. Mengamalkan sikap jujur dan amanah 
  10. Sentiasa bersikap terbuka - “open minded” 
  11. Yang paling penting mudah dihubungi, mesra dan bersopan santun

Bagi saya yang penting adalah sentiasa mengingatkan diri sendiri bukan mudah untuk memberi kepuasan kepada setiap orang, masing-masing mempunyai pandangan dan pendapat yang berbeza. Mungkin pada kita ia adalah yang terbaik, tapi tidak bagi yang lain. Jadi disinilah tugas kita untuk membuktikan bahawa keputusan yang kita lakukan adalah yang terbaik dan boleh diterima-pakai. Jangan bimbang, scenario “rumah siap, pahat berbunyi” ini akan dilalui oleh sesiapa sahaja, maka terima dengan hati terbuka.

Sekian, Wassalam.

No Comments yet »

February 25th 2008

Pilihan di tangan anda …

Pilihanraya bukan rahsia lagi …. semuanya yang dilakukan atau diperkatakan kini semuanya menjurus kepada peristiwa penting negara ini yang bakal mencatat sejarah sekali lagi. Berbagai tohmahan, kejian, kata-kata nista yang sipi-sipi diperdengarkan untuk menjatuhkan atau mengaibkan pihak lawan. Namun tidak kurang pula kata-kata sapaan manis serta salam dan peluk cium kala bersua muka. Yang pasti tidak ketinggalan adalah buah tangan untuk pengikut2 setia bagi memudahkan mereka menjalankan tugas.


 

Sebagai rakyat yang diberikan amanah untuk menentukan pemerintah mereka maka dengan itu kita seharusnya menjalankan tanggungjawab yang diberikan sebaik mungkin. Jangan membuat pilihan atas dasar suka atau kepentingan diri sahaja. Buat pilihan yang tepat dan berdasarkan kemampuan pemerintah tersebut. Pemerintah yang tentunya diyakini dan bisa memberikan kehidupan masa depan yang baik untuk generasi akan datang. Jangan mudah percaya janji2 sebelum, menjadi lumrah manusia kini bila penipuan atau lebih dikenali ‘tipu sunat’ sudah menjadi seperti satu amalan yang tidak bisa lagi dibendung.

Ringkas sahaja tulisan saya hari ini. Jika diikutkan hati mmg nak tulis pjg lebar namum sedar dikala demam pilihanraya sedang hangat melanda ini orang nak baca blog panjang2 pun malas, byk kerja lain lagi yg lebih berfaedah cthnya, gantung bendera, dapat gak duit ek.

Maaf jika ada yang tersinggung namun kekadang kebenaran itu semmgnya menyakitkan …. apa lagi … Marilah mari pergi mengundi … Jangan lupa kewajipan pada negara …

4 Comments »

February 11th 2008

Orang Gaji Lelaki?

Salam buat semua.

Umum mengetahui keperluan pembantu rumah atau orang gaji dikala ini amat mendesak terutama bagi yang tinggal di ibukota. Baru-baru ini terbaca diakhbar mengatakan kesukaran mendapatkan pembantu daripada Indonesia disebabkan oleh tindakan pihak Imigresen tidak membenarkan rakyat mereka yang telah disenaraihitamkan untuk kembali ke negara kita. Dan kini kos untuk mendapatkan pembantu Indonesia ini telah meningkat, dianggarkan diantara RM4,000 hingga RM7,000. Itu cuma kos untuk mendapatkan mereka sahaja belum lagi di ambil kira perbelanjaan yang perlu kita keluarkan untuk keperluan harian, pakaian serta makanan ketika mereka tinggal bersama dengan kita. Yang lebih menyukarkan adalah waktu menunggu kini juga meningkat sehingga 2-bln.

Kita selalunya mengharap mereka ini dapat bekerja sekurang-kurang dalam tempoh kontrak iaitu 2thn seperti yg dipersetujui, namun jika sebaliknya untuk mendapatkan ganti kita pula akan dikenakan caj sekiranya dia telah melebihi tempoh ‘waranti’ mungkin hanya tiga bulan. Saya sendiri pernah mengalami situasi begini dimana pembantu rumah saya meminta untuk pulang setelah hanya bekerja selama 10-bulan. Puncanya, kebetulan suami saya pulang awal pada hari tersebut dan mendapati dia sedang bertekak dengan anak sulong saya yg berumur 6thn hendak menggunakan VCD. Dia hendak pasang lagu dangdutnya manakala anak saya hendak tengok cerita kartun. Alasannya sangat mudah, “tidak betah kerja rumahtangga dengan anak kecil”.

Dipendekkan cerita dia saya hantar balik ke agen yang mana berjanji akan menggantikan dengan yang lain tetapi saya harus membayar sedikit wang tambahan, setelah saya telah dikenakan caj RM3,300 untuk mengambilnya. Sehingga kini saya tidak pernah ambil pembantu rumah lagi. Semua anak2 dihantar kerumah jiran, sekurang-kurangnya dapat membantu orang kita walaupun pada masa yang sama terpaksa melakukan kerjarumah sendiri. Alhamdullillah, suami banyak juga membantu jika kelapangan.

Apa yang hendak saya kongsikan di sini ialah cerita seorang teman yang baru saya kenal tentang pembantu rumahnya seorang budak lelaki berumur 1316-thn.

Continue Reading »

4 Comments »

January 15th 2008

Fenomena Culik, Salah Siapa?

Salam sejahtera semua.

Lagi kes kanak-kanak hilang diculik. Adik Sharlinie dilaporkan hilang ketika bermain di taman permainan berhampiran dengan rumah beliau hanya kurang 48-jam dari kes pertama. Sebagai seorang ibu perasaan sedih dan risau tidak dapat digambarkan, lebih2 lagi bila teringat kisah adik Nurin, bagaimana pula nasib adik Sharlinie. Nauzubillah, doa kami jauhkan dia dari segala kemungkinan tersebut, semoga penculik adik Sharlinie pulangkan kembali beliau kepada keluarganya. Amin.

Hilang-Sharlinie

“Cuai dan Alpa”, itu kata Prof. Abdul Rahim selaku Pengurus Pusat Pembelajaran Futuristik dan Inovasi kepada Utusan baru-baru ini. “Fenomena yang berlaku sekarang menunjukkan nilai kekeluargaan ibu bapa kelas bawahan Melayu kini sangat lemah. Dalam kejadian-kejadian culik kanak-kanak kebelakangan ini melibatkan ibu bapa muda daripada golongan berpendapatan rendah. Dalam kesibukan mencari nafkah hidup untuk keluarga, mereka lemah dalam memberi perlindungan kepada anak-anak.” Itu antara kata-kata beliau yang sempat saya petik dari laporan tersebut.

Persoalannya siapakah yang perlu dipersalahkan jika terjadinya perkara sebegini? Wajarkan ibubapa dipersalahkan kerana tidak mengikuti setiap langkah, tidak memerhati setiap perkara ataupun tidak menegur setiap perbuatan yang dilakukan oleh seorang kanak-kanak. Salah ibubapa juga kerana tidak menekankan kepada mereka jangan mudah mengikut orang yang tidak dikenali lebih-lebih lagi menerima apa jua pemberian orang yang tidak dikenali hatta sebiji gula-gula. Dalam senario sebegini ibubapa tetap akan dipersalahkan walaupun sedang dalam keadaan tertekan dan dihantui rasa bersalah disebabkan oleh kehilangan anak yang disayangi. Mungkin tidak semua tetapi segelintir masih menyuarakan pendapat sebegini, mungkin tidak kena dibatang hidung sendiri barangkali ….

Namun untuk siapakah kita sebagai ibubapa bekerja dan berusaha bagi memenuhi keperluan dan kemestian untuk meneruskan kehidupan ini, lebih-lebih bagi mereka yang tinggal di bandar metropolitan ini? Bagi mereka yang berpendapatan tinggi mungkin tidak terasa sangat ye lah beza cuma seringgit dua jer (lagipun mereka cuma keluar duit jer, yang beli orang gajinya..), tetapi bagi kami yang berpendapatan rendah sangat2 terasa perbezaan itu. Suka dengar komen Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini mengenai kos sara hidup yang semakin meningkat, “Sesetengah pihak pasti terasa. Misalnya, kalau dulu dengan RM100 orang boleh beli barangan yang memenuhi bakul, sekarang nilai wang yang sama hanya mampu mengisi tiga suku bakul.” itulah katanya. Dan itulah juga yang pernah dikatakan oleh ibu saya …

Fikirkanlah, tepuk dada tanya selera … 

Wassalam.

5 Comments »

January 11th 2008

Kesilapan Kecil Tapi Penting

Salam sejahtera semua.  Walaupun baru 2-minggu tidak menulis rasanya seperti 2-tahun, terlalu lama rasanya. Hati sentiasa membuak2 ingin menulis tetapi apakan daya banyak sangat perkara yang perlu dilakukan pada masa yang sama sehingga terpaksa memendam bakat menulis buat sementara. Alhamdullillah setelah settle bil streamyx yg tertunggak semalam dapat jugak online hari ini.  InsyaAllah perkara yang sama tidak akan berlaku lagi dan saya akan pastikan ia tidak berlaku lagi …. chewah cam azam tahun baru lar pulak …

Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat melangkah ke Tahun Baru untuk teman-teman sekalian … tahun ini merupakan tahun baru yang berbeza bagi diri saya … pertama saya kini surirumah sepenuh masa … (opss belum lagi ada notis seminggu lagi kena habiskan). Kedua, anak kedua saya, Beegan dah masuk darjah satu … Ketiga merupakan sesuatu yang telah lama saya rancangkan tetapi InsyaAllah saya akan jadikan ia kenyataan sebelum suku pertama tahun 2008 ini … apakah ia … tentulah ingin mencuba nasib dalam bidang e-biz ini dan menjadi seorang usahawan internet yg berjaya jika tidak seperti jutawan internet kita, Irfan Khairi tetapi sekurang-kurangnya bisa beroleh pendapatan daripada sumber maya yg tiada bersempadan ini …

Pernah dengar kata-kata sebegini dari seorang kawan, “apa yang susah jadi surirumah, bukannya ada kerja sangat pun … masak dan kemas rumah dah habis, bole rilek goyang kaki, tengok tv …”, dulu terpikir jugak mungkin ada kebenaran kata-kata orang ini kalau tak takkan dia nak kata ye tak … tapi hakikat adalah sebaliknya, yang nyata kerja rumah bukan setakat memasak dan mengemas saja, banyak lagi sebenarnya, jom ‘elaborate’ lebih kepada memasak, makan pagi, makan tengahari, makan petang, makan malam … cuba bilang berapa kali kena masak (kalau dah masak kena membasuh & mengemas gak kan!) … mengemas termasuklah membasuh pakaian & pinggan mangkuk, melipat dan menggosok pakaian, menyapu, mengelap lantai, iskh mmg tak menang tangan dibuatnya …. namun tanggungjawab harus diteruskan …

Demi memastikan segala tanggungjawab dapat dilakukan dengan sempurna kita harus memastikan bahawa diri sentiasa sihat, ye lar kalau dah sakit tu macamana nak buat kerja ye tak … teringat masa kerja dulu, hari sabtu adalah “Hari pembersihan”, segalanya perlu dilakukan hari ini (hari minggu nak jalan plak), baju untuk dilipat sahaja sudah tinggi menggunung di atas sofa … fuh x dapat nak dibayangkan … so kalau ada apa2 event hari sabtu alamat kerja overtime smpi midnight lar … Kembali kepada isu kesihatan tadi, semmgnya kesihatan amat penting kepada setiap dari kita … pernahkah anda bayangkan kekadang sesuatu yang kita lakukan mungkin tidak penting tetapi merupakan kesilapan kecil yang mengundang penyakit di waktu mendatang … contohnya :

    • Duduk bersilang kaki bisa melumpuhkan proses peredaran kaki anda.
    • Tidak Menukar Berus Gigi yang telah rosak bukan sahaja tidak berfungsi sebagai alat pembersih yang baik tetapi juga bisa merosakkan gusi anda.
    • Makan makanan luar jika dapat dikurangkan adalah lebih baik lebih-lebih lagi di restoran makanan segera yang kini tumbuh seperti cendawan lepas hujan.
    • Meninggalkan sarapan bermakna tubuh anda tidak menerima makanan dari anda mula tidur sehinggalah makan tengahari, lebih drpd 8jam. Beratkan sarapan dan pastikan akan mengambil makan tengahari, dan pastikan akan makan sedikit ketika makan malam.
    • Tilam yang lembut dan lembik tidak baik utk tulang belakang dan tengkuk anda.  Pastikan tilam anda padat dan selesa, lebih-lebih lagi jika anda perlukan rehat,waktu itu merupakan saat yang tidak akan bisa anda beli dimana-mana.
    • Gunakan bantal yang nipis jika anda meniarap dan gunakan bantal yang tebal sedikit untuk tidur melentang. Ini akan membantu tengkuk anda agar lebih selesa.
    • Senaman amat penting dalam kehidupan sehari-hari. Berjalan selama 30minit cukup membantu meregangkan tubuh anda.

Mesej Hari Ini :
Hidup tiada ketentuan, sentiasa memaafkan, ketawa bersama dan jangan sekali-kali kesal terhadap sesuatu yang telah membuat anda tersenyum.

Salam.

p/s : Seorang teman telah melancarkan satu ebook tentan kesihatan. Dan diberikan percuma kepada anda, dapatkan di sini

 

2 Comments »

December 24th 2007

Berita Buruk ke Berita Baik

Pengumuman penting …. “Anda di berhentikan … ”

Alamak berita buruk ni … macamana ni … apa nak buat ni … di mana nak mula ni …. nak cari kerja balik ke nak duduk rumah jer … macam2 dalam fikiran …

Hari Rabu yang lepas kami telah dipanggil oleh pihak pengurusan dimana satu pengumuman telah dilakukan secara terbuka - perkhidmatan kami setakat ini sahaja. Syarikat hanya akan mengekalkan beberapa kakitangan sahaja untuk meneruskan tugas-tugas yang lain sebelum penutupan sepenuhnya! Saya tidak tahu samada untuk menganggap ini satu berita baik atau buruk … mungkin berita buruk kerana saya tidak lagi bekerja makan gaji dan ini bermakna suami perlu memikul tanggungjawab menanggung keluarga berseorangan … “biarlah, mungkin rezeki kita setakat ini sahaja” katanya.

Tetapi, ini mungkin juga satu berita baik dimana saya boleh menumpukan perhatian untuk e-biz dengan modal drpd imbuhan yang diberi oleh pihak syarikat. Sambil duduk dirumah menjaga anak dan mencari peluang berniaga di ruang siber ini. Ya! mungkin ini adalah titik permulaan untuk saya terus berkecimpung dalam perniagaan maya ini … mula2 kena cari mentor dulu … apa2 pun dlm seminggu dua ni kena buat homework lebih sikit … mungkin ada cadangan atau ingin menghulurkan bantuan …. kecil tapak tangan, padang bola sepak kutadahkan ….

 

7 Comments »

December 18th 2007

Bimbang, takut dan Untung

Adakah hati anda sentiasa berasa bimbang ketika anak anda keluar ke kedai atau bermain di padang permainan yang hanya terletak beberapa meter dari rumah anda …
Pernahkah anda terfikir ketika melangkah keluar dari rumah apakah aku akan kembali ke sini dengan selamat …
Beruntungkah anda kerana tidak perlu bersesak dalam kenderaan awam …

Saya boleh dikategorikan sebagai seorang ibu yang bersifat ‘paranoid’.  Anak-anak memang tidak lepas bebas bermain di luar rumah sesuka hati … mereka cuma dibenarkan keluar pada waktu petang dengan ditemani oleh salah seorang dari kami … tidak pernah ke kedai sendirian untuk membeli hatta sebiji gula-gula … setiap pergerakan mereka seakan dipantau kerana apa yang dilakukan harus diberitahu kepada kami … bila difikirkan kesian juga kerana mereka pasti akan rasa terkongkong.  Zaman saya dibesarkan dahulu tidak pernah ada erti takut … mak dan ayah saya bekerja dan kami 3beradik akan tinggal dirumah, pandai-pandai lar cari makan dan jaga diri sendiri. Bayangkan jika anda tinggal di kawasan rumah yang kebanyakkannya disewa oleh warga asing (indon, nepal, myanmar dll) kerana kawasan tersebut berhampiran dengan lot industri … pasti hati tidak akan tenang berada dalam situasi begini, begitulah saya.

Bukan setakat kebimbangan terhadap anak2 sahaja tetapi diri sendiri juga.  Memandu berseorangan pergi dan balik kerja, berjumpa klien atau pembekal bukan sahaja di KL dan Selangor tetapi kadang2 kena ke luar daerah juga. Sememangnya ajal maut ditangan tuhan tetapi hati tetap bimbang lebih2 dengan berita di dada akhbar tentang meningkatnya kes ragut, rompak yang meragut nyawa.  Perasaan takut dan berdebar ketika berjalan sendirian di kaki jalan sentiasa timbul membuatkan saya terfikir mesti setiap yang lalu akan perasan muka saya yang tegang itu. Maaf, tetapi saya bukan jenis yang mudah untuk menyembunyikan kebimbangan tersebut ….

Saya tidak pasti anda, tetapi kebanyakkan teman2 mengakui mereka terpaksa melalui situasi yang sama.  Saya beruntung kerana tidak perlu menggunakan kenderaan awam untuk bergerak tetapi bagi mereka yang terpaksa melaluinya …. bersabarlah. Sudah hampir setahun sebenarnya saya tidak menggunakan perkhidmatan awam ini tetapi pada Ahad yang lepas saya ‘terpaksa’ mengambil komuter dari Serdang ke Kajang … hanya satu stesen dan mengambil masa kurang dari 5min. Tamat bengkel pukul 6pm saya telah berada di stesen Serdang, papan maklumat memaparkan tren akan tiba pukul 6.34pm dan tepat masa tersebut terdengar pengumuman tren lewat dan masa paparan telah bertukar ke 6.52pm. Semakin ramai yg menunggu dan tepat 6.56pm tren pun tiba memang sendat, setiap orang berlaga bahu … bayangkan yang perlu melaluinya setiap hari!

Ini yang membuatkan semangat untuk bekerja dari rumah lebih berkobar2 … bagaimana anda, adakah anda beruntung seperti saya tidak perlu bersesak2 dalam kenderaan awam atau anda selesa dalam kereta merempuh kesesakan dijalanraya …

4 Comments »

November 29th 2007

Erti Sebuah Keluarga

Setelah 2 minggu meninggalkan arena penulisan terasa seperti kehilangan sesuatu, banyak yang ingin dikongsi tetapi apakan daya keadaan tidak mengizinkan. Perasaan kehilangan ini pasti dialami oleh setiap dari kita, samada orang yang dikenali ataupun benda yang kita sayangi. Yang penting kita hendaklah redha dengan setiap dugaan yang mendatang dengan yang demikian hati akan lebih tenang dan hidup anda pasti akan lebih ceria.

Pernahkah anda terdengar kata-kata di mana sesuatu yang dilakukan setiap hari sebagai amalan akan kekal dalam diri seseorang itu. Saya sendiri kerana sudah menjadi rutin setiap hari untuk menatap akhbar harian maka dengan sendirinya jika tidak dapat mengetahui apa yang telah berlaku disekeliling pasti terasa sesuatu yang kurang. Sebagai seorang ibu jika setiap hari kita marahkan anak-anak kita dengan perkataan ”bodoh” tidak mustahil anak itu akan membesar sebagai seorang yang bodoh. Namun jika sebaliknya kita sentiasa menggunakan perkataan yang baik-baik nescaya anak kita akan menjadi seorang anak yang soleh, InsyaAllah. Anugerah Ibu Mithali 2007 baru-baru ini berkisar tentang seorang ibu yang buta huruf tapi bisa membesarkan 17orang sehingga ke peringkat universiti. Tak dapat saya membayangkan kesukaran hidup beliau dalam menempuhi kehidupan seharian. Tahniah kepada beliau. Teringat saya satu email yang diterima oleh dari teman baru-baru ini di luar negara mempunyai kesamaan keluarga yang besar 17orang juga jumlah anaknya tetapi kehidupan mereka jauh berbeza. Dikenali dengan nama “The Duggar Family” dan berita tentang keluarga ni amat digemari oleh beberapa blog keluarga dan berita luar negara. Dua kehidupan yang amat berbeza.

Tugas seorang ibu bukan sahaja untuk menyediakan keperluan keluarga tetapi juga harus sentiasa bersedia untuk menjadi pendengar setia kepada masalah setiap ahli keluarga anda. Selalu tegas sebagai ibu namun tidak lupa untuk menjadi kawan kepada suami serta anak-anak. Bagi diri ini saya sentiasa cuba untuk sentiasa kuatkan semangat dan bersyukur dengan apa yang ada kerana walaupun sehebat mana dugaan yang diterima masih ada yang lebih susah diluar sana.

1 Comment »

- Next »