Archive for the 'Perkahwinan' Category

January 28th 2008

Kerana Kita Manusia Biasa

Salam semua.

Minggu lepas merupakan minggu yang terlalu sibuk cuma sempat membuka dan melihat perkembangan dunia blogger x sampai 1/2jam pun.  Nak menaip post jangan haraplah …  waktu itulah juga nak kekeringan idea. Membuka email hari ni macam2 ada, x tau mana satu nak baca banyak sangat sampai beratus … so bagi priority kat kengkawan dulu, mana yang x kenal tu delete jer terus maklumlah kekadang benda tu semua byk spam.

Memandangkan ketandusan idea buat masa ini, saya membuat keputusan untuk berkongsi satu email yang saya terima dari seorang kawan yang sangat menyentuh perasaan saya ketika membacanya. Bukan mudah mengharungi dunia rumah tangga, ada ketikanya terasa sesgt bahagia macam ‘dunia ana yang empunya’, tapi bila dilanda gelora jangan kata ada yang x pernah kan, ‘mengapa aku yg harus diuji sebegini’ … namun ini semua adalah ketentuan ilahi, kita harus terima walau apa jua situasinya. Yang penting sentiasa ingat dan kembali padaNya setiap kali kita memerlukan bantuan. Ambil masa anda kerana cerita ini sangat panjang dan usai membaca saya pasti anda tidak akan menyalahkan takdir semata-mata. Yang penting muhasabah dan kenali diri, InsyaAllah kita tidak akan rasa keseorangan ….  

Continue Reading »

2 Comments »

January 11th 2008

Kesilapan Kecil Tapi Penting

Salam sejahtera semua.  Walaupun baru 2-minggu tidak menulis rasanya seperti 2-tahun, terlalu lama rasanya. Hati sentiasa membuak2 ingin menulis tetapi apakan daya banyak sangat perkara yang perlu dilakukan pada masa yang sama sehingga terpaksa memendam bakat menulis buat sementara. Alhamdullillah setelah settle bil streamyx yg tertunggak semalam dapat jugak online hari ini.  InsyaAllah perkara yang sama tidak akan berlaku lagi dan saya akan pastikan ia tidak berlaku lagi …. chewah cam azam tahun baru lar pulak …

Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat melangkah ke Tahun Baru untuk teman-teman sekalian … tahun ini merupakan tahun baru yang berbeza bagi diri saya … pertama saya kini surirumah sepenuh masa … (opss belum lagi ada notis seminggu lagi kena habiskan). Kedua, anak kedua saya, Beegan dah masuk darjah satu … Ketiga merupakan sesuatu yang telah lama saya rancangkan tetapi InsyaAllah saya akan jadikan ia kenyataan sebelum suku pertama tahun 2008 ini … apakah ia … tentulah ingin mencuba nasib dalam bidang e-biz ini dan menjadi seorang usahawan internet yg berjaya jika tidak seperti jutawan internet kita, Irfan Khairi tetapi sekurang-kurangnya bisa beroleh pendapatan daripada sumber maya yg tiada bersempadan ini …

Pernah dengar kata-kata sebegini dari seorang kawan, “apa yang susah jadi surirumah, bukannya ada kerja sangat pun … masak dan kemas rumah dah habis, bole rilek goyang kaki, tengok tv …”, dulu terpikir jugak mungkin ada kebenaran kata-kata orang ini kalau tak takkan dia nak kata ye tak … tapi hakikat adalah sebaliknya, yang nyata kerja rumah bukan setakat memasak dan mengemas saja, banyak lagi sebenarnya, jom ‘elaborate’ lebih kepada memasak, makan pagi, makan tengahari, makan petang, makan malam … cuba bilang berapa kali kena masak (kalau dah masak kena membasuh & mengemas gak kan!) … mengemas termasuklah membasuh pakaian & pinggan mangkuk, melipat dan menggosok pakaian, menyapu, mengelap lantai, iskh mmg tak menang tangan dibuatnya …. namun tanggungjawab harus diteruskan …

Demi memastikan segala tanggungjawab dapat dilakukan dengan sempurna kita harus memastikan bahawa diri sentiasa sihat, ye lar kalau dah sakit tu macamana nak buat kerja ye tak … teringat masa kerja dulu, hari sabtu adalah “Hari pembersihan”, segalanya perlu dilakukan hari ini (hari minggu nak jalan plak), baju untuk dilipat sahaja sudah tinggi menggunung di atas sofa … fuh x dapat nak dibayangkan … so kalau ada apa2 event hari sabtu alamat kerja overtime smpi midnight lar … Kembali kepada isu kesihatan tadi, semmgnya kesihatan amat penting kepada setiap dari kita … pernahkah anda bayangkan kekadang sesuatu yang kita lakukan mungkin tidak penting tetapi merupakan kesilapan kecil yang mengundang penyakit di waktu mendatang … contohnya :

    • Duduk bersilang kaki bisa melumpuhkan proses peredaran kaki anda.
    • Tidak Menukar Berus Gigi yang telah rosak bukan sahaja tidak berfungsi sebagai alat pembersih yang baik tetapi juga bisa merosakkan gusi anda.
    • Makan makanan luar jika dapat dikurangkan adalah lebih baik lebih-lebih lagi di restoran makanan segera yang kini tumbuh seperti cendawan lepas hujan.
    • Meninggalkan sarapan bermakna tubuh anda tidak menerima makanan dari anda mula tidur sehinggalah makan tengahari, lebih drpd 8jam. Beratkan sarapan dan pastikan akan mengambil makan tengahari, dan pastikan akan makan sedikit ketika makan malam.
    • Tilam yang lembut dan lembik tidak baik utk tulang belakang dan tengkuk anda.  Pastikan tilam anda padat dan selesa, lebih-lebih lagi jika anda perlukan rehat,waktu itu merupakan saat yang tidak akan bisa anda beli dimana-mana.
    • Gunakan bantal yang nipis jika anda meniarap dan gunakan bantal yang tebal sedikit untuk tidur melentang. Ini akan membantu tengkuk anda agar lebih selesa.
    • Senaman amat penting dalam kehidupan sehari-hari. Berjalan selama 30minit cukup membantu meregangkan tubuh anda.

Mesej Hari Ini :
Hidup tiada ketentuan, sentiasa memaafkan, ketawa bersama dan jangan sekali-kali kesal terhadap sesuatu yang telah membuat anda tersenyum.

Salam.

p/s : Seorang teman telah melancarkan satu ebook tentan kesihatan. Dan diberikan percuma kepada anda, dapatkan di sini

 

2 Comments »

December 6th 2007

Mencari Jodoh

Kerapkali kita dengar ungkapan “Jodoh Ditangan Tuhan”, adakah kita bisa menolak ketentuan Allah swt, sudah tentu tidak tapi kita boleh berusaha untuk melengkapkan diri sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Tidak salah kalau saya katakan bahawa jodoh kita selalunya bukan seperti yang diharapkan kerana setiap yang terjadi itu ada hikmah yang tersembunyi. 

Beberapa tips mencari teman hidup dari ktom baru ini amat menarik dan boleh dijadikan panduan kepada yang sedang merancang untuk mencari jodoh. Antara tips yang saya rasa perlu ada pada diri seseorang itu adalah pentingnya untuk mengenali diri sendiri serta tahu membezakan kepentingan dan kehendak dalam berkeluarga. Jauhkan diri dari amalan berhutang untuk mengelakkan masalah yang lebih besar dibelakang hari. Disini juga saya kongsikan artikel bagaimana mengetahui dia adalah jodoh anda.

“Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu? Lalu, apakah ada petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh (soulmate) kita atau bukan?”

8 Petanda Dia Adalah Jodoh (Soulmate) Kamu…

Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat… kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!

Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai teman hidup kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, (maaf) kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!

Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu…

Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan… Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.

Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya…

Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya… Nah, kalau begitu ini bisa berarti dia sudah siap menerima kamu apa adanya..

Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu memperlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil ‘buruk’ di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya… Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!

Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan!

Selamat Berjaya!

  

No Comments yet »