Archive for the 'Keluarga' Category

March 15th 2008

Akhlak & Aurat

Salam buat semua.

Topik hari ini menjurus kepada keagamaan sedikit, bukan pada pandangan saya ramai dari kita yang tidak sedar atau buat-buat tidak sedar tentang kepentingan dua elemen di atas. Contohnya, anak-anak kini kurang menghormati kepada yang lebih tua dan cara berpakaian yang terlampau menjolok mata. Mempunyai kekasih seawal sekolah rendah bukan lagi perkara baru. Luangkan sedikit masa untuk membaca erti akhlak dan mari kita perbincangkan masalah ini bersama.

AKHLAK

Akhlak adalah perkara penting selepas iman. Setiap orang akan dinilai berdasarkan budi pekertinya (akhlak). Jika baik akhlaknya, maka dia akan dianggap baik. Jika buruk akhlaknya meskipun ada melakukan kebajikan, tetap tidak akan dinilai. Oleh itu, orang yang mempunyai akhlak mulia akan dipandang mulia di sisi Allah. Contoh, akhlak mulia adalah akhlak Rasulullah. Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang sangat mulia.” (Surah al-Qalam, ayat 4).

Akhlak yang baik hendaklah dipupuk dan dipelihara hingga sebati dengan diri kita. Hal ini bagi membolehkan kita mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Dalam kehidupan manusia, akhlak dapat diibaratkan seperti bunga dalam sebuah taman. Bagaimana luas dan indahnya sebuah taman kalau tidak dihiasi dengan bunga-bungaan, maka taman itu tidak jauh bezanya dengan tanah perkuburan. Continue Reading »

3 Comments »

March 12th 2008

Isteri Gembira Keluarga Bahagia

Salam semua.

Memandangkan blog ini berkaitan dengan kekeluargaan maka sudah semestinya cerita2 mengenai pembaikpulihan hubungan kekeluargaan menjadi topik utama. Nak berkongsi cerita di Harian Metro baru-baru ini artikel yg bertajuk “Suami Rajin Lebih Bahagia”. Cuba cari balik kat laman mereka tapi xder pulak tapi xperlah saya akan kongsikan berita tersebut dengan anda. Walaupun kisah ini berlaku di luar negara namun pada pandangan saya pendekatannya tidak banyak bezanya kerana peranan sebuah keluarga dalam membentuk masyarakat yang lebih baik.

Menurut kata pakar sosiologi Universiti California, Riverside, Scott Coltrane, lelaki di Amerika Syarikat yang rajin membantu membuat kerja rumah didakwa memiliki kehidupan seks yang lebih baik, ganjaran kerana membantu isteri mereka. “Lebih kerap suami membantu kerjarumah, isteri mereka akan lebih gembira. Wanita akan berasa lebih puas hati dan konflik perkahwinan berkurangan” tambahnya. Ganjaran utama daripada kerajinan mereka itu adalah lebih kerap melakukan hubungan seks. Hmmm ini sebenarnya berita baik utk suami2 yg sering memberi alasan yang isterinya tidak punya waktu untuknya ditempat tidur.

Mungkin ramai yang terpikir mengapa pakar sosiologi yang memberi pandangan tersebut, ini adalah sinambungan drpt artikel tersebut.

“Pakar sosiologi biasanya tidak mengkaji hingga ke tahap itu tapi majoriti pakar terapi berkata, kekerapan seks dan lelaki yang rajin melakukan kerja rumah berkait secara langsung” katanya lagi. Pakar psikologi, Joshua Coleman bersetuju dgn pandangan itu. Wanita lebih berminat melakukan seks dan menyayangi suami mereka yang rajin membantu melakukan kerjarumah. Kaji selidik itu turut mendapati, lelaki As kini tiga kali ganda lebih kerap menghabiskan masa dengan anak mereka berbanding lelaki era 1960-an. Masa yang dihabiskan oleh wanita dengan anak pula meningkat dua kali ganda sekaligus memberi gambaran ibu dan bapa kini meletakkan tahap lebih tinggi untuk diri mereka. Namun, tumpuan lebih kepada anak-anak mungkin mengganggu hubungan intim suami-isteri.

“Ia mungkin menjadi ancaman terhadap kebahagian mereka kerana ia akan mengurangkan masa untuk mereka bermesra” Ulas Coleman lagi. Coltrane pada masa yang sama berkata, fenomena lelaki lebih cenderung melakukan kerja rumah berlaku di seluruh dunia. “Lelaki seluruh dunia kini semakin rajin melakukan kerja rumah. Malah, lelaki Itali dan Sepanyol turut lebih kerap melakukan kerja rumah, mungking tidak banyak tetapi lebih daripada sebelum ini” katanya lagi. Sumber : Harian Metro (Sabtu, 8 Mac 2008)

So, lelaki2 malaya bagaimana pandangan anda dalam membantu isteri anda? Sedangkan lelaki2 barat kini lebih cenderung membantu isteri mereka. Tapi saya pasti ramai suami2 diluar sana kini lebih bersikap terbuka dalam membantu isteri kini. Suami saya sendiri banyak membantu jika ada kelapangan, malah semenjak kelahiran anak kedua kami sehingga keempat beliau yang menjaga saya ketika dalam berpantang. Semuanya dilakukan sendiri di rumah kami. Thanks my dearest Hubby!

Sekian. Wassalam.

3 Comments »

February 17th 2008

Berapa Nilai Masa Kerja Anda?

Salam buat semua …

Minggu yang sangat sibuk untuk saya yang bergelar “Surirumah Professional” ini.  Almaklumlah sebulan berehat bila mula nak bekerja balik ni entah mengapa terasa seperti hilang arah. Bermula awal bulan tempohari semua yang dilakukan terasa ada yang kurang namun tidak pasti punca perasaan tersebut. Lebih-lebih lagi anak-anak yang telah terbiasa ibu berada dirumah senantiasa bertanya, “hari ni ibu kerja?”. Seakan mereka seronok bila balik sekolah bersambut dan berhantar, namun untuk tetap tinggal dirumah melayani mereka buat masa ini, kami masih belum mampu. Dengan mengambil kira setiap perbelanjaan hidup di ibukota ini dimana hanya seorang sahaja yang bekerja untuk seisi keluarga amatlah tidak mencukupi. Jadi buat masa ini hidup perlu diteruskan, keputusannya telah muktamad, maafkan ibu anak-anakku, berikan ibu sedikit masa lagi …

Apakata kali ini saya kongsikan satu cerita mengenai “masa berkualiti bersama keluarga”. Ramai dari kita yang bersetuju dalam kehidupan kini wang melebihi segalanya, lebih-lebih lagi bagi mereka yang tinggal di bandar-bandar besar terutamanya. Namun ingatlah wang bukan segala-galanya, pernah anda dengar pepatah mengatakan “wang boleh dicari, tetapi sekali anda hilang kasih sayang amat sukar untuk mendapatkannya kembali”.

Continue Reading »

6 Comments »

February 11th 2008

Orang Gaji Lelaki?

Salam buat semua.

Umum mengetahui keperluan pembantu rumah atau orang gaji dikala ini amat mendesak terutama bagi yang tinggal di ibukota. Baru-baru ini terbaca diakhbar mengatakan kesukaran mendapatkan pembantu daripada Indonesia disebabkan oleh tindakan pihak Imigresen tidak membenarkan rakyat mereka yang telah disenaraihitamkan untuk kembali ke negara kita. Dan kini kos untuk mendapatkan pembantu Indonesia ini telah meningkat, dianggarkan diantara RM4,000 hingga RM7,000. Itu cuma kos untuk mendapatkan mereka sahaja belum lagi di ambil kira perbelanjaan yang perlu kita keluarkan untuk keperluan harian, pakaian serta makanan ketika mereka tinggal bersama dengan kita. Yang lebih menyukarkan adalah waktu menunggu kini juga meningkat sehingga 2-bln.

Kita selalunya mengharap mereka ini dapat bekerja sekurang-kurang dalam tempoh kontrak iaitu 2thn seperti yg dipersetujui, namun jika sebaliknya untuk mendapatkan ganti kita pula akan dikenakan caj sekiranya dia telah melebihi tempoh ‘waranti’ mungkin hanya tiga bulan. Saya sendiri pernah mengalami situasi begini dimana pembantu rumah saya meminta untuk pulang setelah hanya bekerja selama 10-bulan. Puncanya, kebetulan suami saya pulang awal pada hari tersebut dan mendapati dia sedang bertekak dengan anak sulong saya yg berumur 6thn hendak menggunakan VCD. Dia hendak pasang lagu dangdutnya manakala anak saya hendak tengok cerita kartun. Alasannya sangat mudah, “tidak betah kerja rumahtangga dengan anak kecil”.

Dipendekkan cerita dia saya hantar balik ke agen yang mana berjanji akan menggantikan dengan yang lain tetapi saya harus membayar sedikit wang tambahan, setelah saya telah dikenakan caj RM3,300 untuk mengambilnya. Sehingga kini saya tidak pernah ambil pembantu rumah lagi. Semua anak2 dihantar kerumah jiran, sekurang-kurangnya dapat membantu orang kita walaupun pada masa yang sama terpaksa melakukan kerjarumah sendiri. Alhamdullillah, suami banyak juga membantu jika kelapangan.

Apa yang hendak saya kongsikan di sini ialah cerita seorang teman yang baru saya kenal tentang pembantu rumahnya seorang budak lelaki berumur 1316-thn.

Continue Reading »

4 Comments »

January 31st 2008

Manfaatkan Kelebihan diri

Salam buat semua.

work-at-homeHari ni genap sebulan saya menjawat jawatan Surirumah Professional, gelaran yang diberikan oleh teman-teman yang irihati kerana masih perlu menunaikan tanggungjawab ‘nine2five’ mereka. Mula-mula mmg rasa kekok dan keliru, iye lar mana taknya dulu biasa buat kerjarumah waktu malam dan siang pula menghabiskan waktu di pejabat.  Alhamdullillah bila dah biasa secara automatik kita akan rasa selesa. So, pada teman-temanku sekalian yg masih makan gaji tu, agak2 biler nak join aku ni…. heh heh.

So, bila dah jadi surirumah ni perlulah cari alternatif untuk mengisi sumber pendapatan yang telah tiada tu kan. Bukan mudah untuk berjaya, dalam apa jua bidang yang diceburi tidak kira samada belajar atau bekerja yang penting adalah kemahuan dan azam yang kuat. Seperti yang pernah saya ceritakan sebelum ini saya akan berusaha untuk melengkapkan diri menjadi suricyber yang berjaya. Saya fokus kepada perniagaan cyber ini dan saya tidak mempersiakan masa saya selama sebulan begitu sahaja. Saya telah terokai banyak laman2 web, blog dan yang sewaktu dengannya untuk mendalami ilmu cyber ini. Saya telah bertemu dengan ramai orang dan mencuba bermacam-macam program yang ditawarkan pada masa yang sama. Dan, untuk setaraf dengan sifu-sifu dan otai-otai yang telah lama berkecimpung dalam bidang ini saya masih lagi cuba untuk melepasi anak tangga pertama ke dunia tersebut.

Dalam pencarian ini saya telah menemui satu bentuk bisnes cyber yang saya rasa amat mudah dan boleh di terokai oleh sesiapa sahaja yang pernah menggunakan komputer. Kepada yang tidak pernah atau tidak biasa, jangan bimbang, ia adalah terlalu mudah untuk sesiapa sahaja yang boleh membaca. Bagaimana saya bisa manfaatkan kelebihan diri dalam perniagaan ini? Ya, di sini saya akan mempergunapakai kembali pelanggan2 sedia ada dan pengalaman sebagai Mtkg Officer yang di timba semasa bekerja dahulu. Itu adalah beberapa kelebihan saya yang terserlah di samping beberapa kelebihan lain yang belum saya terokai. Yang pasti untuk kembali bekerja amat berat buat masa ini.

Saya pasti ramai yang sedar terhadap kelebihan diri masing2 namun kekadang banyak halangan yang menyekat dari mengembangkan sayap mereka. Mungkin inilah hikmah dari berita buruk baru-baru ini. InsyaAllah, saya akan memberitahu anda tentang bisnes cyber itu dalam waktu terdekat ini. 

9 Comments »

January 18th 2008

Hari Asyura (10 Muharram) : 19-Jul-2008

10 Muharam - Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran. Antara perkara yang telah berlaku pada 10 Muharam adalah:

  • Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  • Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  • Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  • Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  • Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  • Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  • Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  • Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan ‘Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan alam.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Isa diangkat ke langit.

Tahukan anda dengan hanya melakukan beberapa perkara sunat pada hari Asyura (10 Muharram) tersebut kita akan diberikan ganjaran yang tidak ternilai.

Continue Reading »

4 Comments »

January 11th 2008

Kesilapan Kecil Tapi Penting

Salam sejahtera semua.  Walaupun baru 2-minggu tidak menulis rasanya seperti 2-tahun, terlalu lama rasanya. Hati sentiasa membuak2 ingin menulis tetapi apakan daya banyak sangat perkara yang perlu dilakukan pada masa yang sama sehingga terpaksa memendam bakat menulis buat sementara. Alhamdullillah setelah settle bil streamyx yg tertunggak semalam dapat jugak online hari ini.  InsyaAllah perkara yang sama tidak akan berlaku lagi dan saya akan pastikan ia tidak berlaku lagi …. chewah cam azam tahun baru lar pulak …

Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat melangkah ke Tahun Baru untuk teman-teman sekalian … tahun ini merupakan tahun baru yang berbeza bagi diri saya … pertama saya kini surirumah sepenuh masa … (opss belum lagi ada notis seminggu lagi kena habiskan). Kedua, anak kedua saya, Beegan dah masuk darjah satu … Ketiga merupakan sesuatu yang telah lama saya rancangkan tetapi InsyaAllah saya akan jadikan ia kenyataan sebelum suku pertama tahun 2008 ini … apakah ia … tentulah ingin mencuba nasib dalam bidang e-biz ini dan menjadi seorang usahawan internet yg berjaya jika tidak seperti jutawan internet kita, Irfan Khairi tetapi sekurang-kurangnya bisa beroleh pendapatan daripada sumber maya yg tiada bersempadan ini …

Pernah dengar kata-kata sebegini dari seorang kawan, “apa yang susah jadi surirumah, bukannya ada kerja sangat pun … masak dan kemas rumah dah habis, bole rilek goyang kaki, tengok tv …”, dulu terpikir jugak mungkin ada kebenaran kata-kata orang ini kalau tak takkan dia nak kata ye tak … tapi hakikat adalah sebaliknya, yang nyata kerja rumah bukan setakat memasak dan mengemas saja, banyak lagi sebenarnya, jom ‘elaborate’ lebih kepada memasak, makan pagi, makan tengahari, makan petang, makan malam … cuba bilang berapa kali kena masak (kalau dah masak kena membasuh & mengemas gak kan!) … mengemas termasuklah membasuh pakaian & pinggan mangkuk, melipat dan menggosok pakaian, menyapu, mengelap lantai, iskh mmg tak menang tangan dibuatnya …. namun tanggungjawab harus diteruskan …

Demi memastikan segala tanggungjawab dapat dilakukan dengan sempurna kita harus memastikan bahawa diri sentiasa sihat, ye lar kalau dah sakit tu macamana nak buat kerja ye tak … teringat masa kerja dulu, hari sabtu adalah “Hari pembersihan”, segalanya perlu dilakukan hari ini (hari minggu nak jalan plak), baju untuk dilipat sahaja sudah tinggi menggunung di atas sofa … fuh x dapat nak dibayangkan … so kalau ada apa2 event hari sabtu alamat kerja overtime smpi midnight lar … Kembali kepada isu kesihatan tadi, semmgnya kesihatan amat penting kepada setiap dari kita … pernahkah anda bayangkan kekadang sesuatu yang kita lakukan mungkin tidak penting tetapi merupakan kesilapan kecil yang mengundang penyakit di waktu mendatang … contohnya :

    • Duduk bersilang kaki bisa melumpuhkan proses peredaran kaki anda.
    • Tidak Menukar Berus Gigi yang telah rosak bukan sahaja tidak berfungsi sebagai alat pembersih yang baik tetapi juga bisa merosakkan gusi anda.
    • Makan makanan luar jika dapat dikurangkan adalah lebih baik lebih-lebih lagi di restoran makanan segera yang kini tumbuh seperti cendawan lepas hujan.
    • Meninggalkan sarapan bermakna tubuh anda tidak menerima makanan dari anda mula tidur sehinggalah makan tengahari, lebih drpd 8jam. Beratkan sarapan dan pastikan akan mengambil makan tengahari, dan pastikan akan makan sedikit ketika makan malam.
    • Tilam yang lembut dan lembik tidak baik utk tulang belakang dan tengkuk anda.  Pastikan tilam anda padat dan selesa, lebih-lebih lagi jika anda perlukan rehat,waktu itu merupakan saat yang tidak akan bisa anda beli dimana-mana.
    • Gunakan bantal yang nipis jika anda meniarap dan gunakan bantal yang tebal sedikit untuk tidur melentang. Ini akan membantu tengkuk anda agar lebih selesa.
    • Senaman amat penting dalam kehidupan sehari-hari. Berjalan selama 30minit cukup membantu meregangkan tubuh anda.

Mesej Hari Ini :
Hidup tiada ketentuan, sentiasa memaafkan, ketawa bersama dan jangan sekali-kali kesal terhadap sesuatu yang telah membuat anda tersenyum.

Salam.

p/s : Seorang teman telah melancarkan satu ebook tentan kesihatan. Dan diberikan percuma kepada anda, dapatkan di sini

 

2 Comments »

December 18th 2007

Bimbang, takut dan Untung

Adakah hati anda sentiasa berasa bimbang ketika anak anda keluar ke kedai atau bermain di padang permainan yang hanya terletak beberapa meter dari rumah anda …
Pernahkah anda terfikir ketika melangkah keluar dari rumah apakah aku akan kembali ke sini dengan selamat …
Beruntungkah anda kerana tidak perlu bersesak dalam kenderaan awam …

Saya boleh dikategorikan sebagai seorang ibu yang bersifat ‘paranoid’.  Anak-anak memang tidak lepas bebas bermain di luar rumah sesuka hati … mereka cuma dibenarkan keluar pada waktu petang dengan ditemani oleh salah seorang dari kami … tidak pernah ke kedai sendirian untuk membeli hatta sebiji gula-gula … setiap pergerakan mereka seakan dipantau kerana apa yang dilakukan harus diberitahu kepada kami … bila difikirkan kesian juga kerana mereka pasti akan rasa terkongkong.  Zaman saya dibesarkan dahulu tidak pernah ada erti takut … mak dan ayah saya bekerja dan kami 3beradik akan tinggal dirumah, pandai-pandai lar cari makan dan jaga diri sendiri. Bayangkan jika anda tinggal di kawasan rumah yang kebanyakkannya disewa oleh warga asing (indon, nepal, myanmar dll) kerana kawasan tersebut berhampiran dengan lot industri … pasti hati tidak akan tenang berada dalam situasi begini, begitulah saya.

Bukan setakat kebimbangan terhadap anak2 sahaja tetapi diri sendiri juga.  Memandu berseorangan pergi dan balik kerja, berjumpa klien atau pembekal bukan sahaja di KL dan Selangor tetapi kadang2 kena ke luar daerah juga. Sememangnya ajal maut ditangan tuhan tetapi hati tetap bimbang lebih2 dengan berita di dada akhbar tentang meningkatnya kes ragut, rompak yang meragut nyawa.  Perasaan takut dan berdebar ketika berjalan sendirian di kaki jalan sentiasa timbul membuatkan saya terfikir mesti setiap yang lalu akan perasan muka saya yang tegang itu. Maaf, tetapi saya bukan jenis yang mudah untuk menyembunyikan kebimbangan tersebut ….

Saya tidak pasti anda, tetapi kebanyakkan teman2 mengakui mereka terpaksa melalui situasi yang sama.  Saya beruntung kerana tidak perlu menggunakan kenderaan awam untuk bergerak tetapi bagi mereka yang terpaksa melaluinya …. bersabarlah. Sudah hampir setahun sebenarnya saya tidak menggunakan perkhidmatan awam ini tetapi pada Ahad yang lepas saya ‘terpaksa’ mengambil komuter dari Serdang ke Kajang … hanya satu stesen dan mengambil masa kurang dari 5min. Tamat bengkel pukul 6pm saya telah berada di stesen Serdang, papan maklumat memaparkan tren akan tiba pukul 6.34pm dan tepat masa tersebut terdengar pengumuman tren lewat dan masa paparan telah bertukar ke 6.52pm. Semakin ramai yg menunggu dan tepat 6.56pm tren pun tiba memang sendat, setiap orang berlaga bahu … bayangkan yang perlu melaluinya setiap hari!

Ini yang membuatkan semangat untuk bekerja dari rumah lebih berkobar2 … bagaimana anda, adakah anda beruntung seperti saya tidak perlu bersesak2 dalam kenderaan awam atau anda selesa dalam kereta merempuh kesesakan dijalanraya …

4 Comments »

December 13th 2007

Kupu-Kupu Syurga

Artikel ni saya dapat dari email yang dihantar oleh seorang teman. Banyak betul ganjaran yang tersedia Olehnya tanpa kita perlu bersusah payah untuk mencarinya. Perhatikan keistimewaan yang bakal diperolehi apabila anak-anak anda boleh digelar Kanak-Kanak atau Kupu-Kupu syurga;

1. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, Darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis kerana takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api Neraka ke atas Tubuhnya.

2. Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara Dua darjat ialah 500 darjat.

3. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke daamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

4. Barangsiapa keluar ke pekan Muslimin, membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan membawa buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah Dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

5. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan Ilmu Agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu Dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

6. Aqrak pernah terlihat Nabi s.a.w. Mencium cucu Baginda Hassan. Aqrak berkata: “Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium”. Sabda Nabi s.a.w.; “Orang yang tidak menyayang tidak pula akan disayang“.

7. Barangsiapa ke pasar Dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya Dan dia memikulnya ke rumah; Pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak Perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

8. Suruhlah anak-anakmu sembahyang ketika umurnya Tujuh tahun Dan pukullah dia kerena meninggalkan Sembahyang apabila berumur sepuluh tahun, pisahkan Anak-anak perempuan dalam tempat tidur mereka.

9. Seorang lelaki ber tanya; “Ya Rasullullah, kepada Siapakah harus aku berbakti?” Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.” Kata Lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi”. Sabda Nabi s.a.w.; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, Ibu bapa berhak terhadap dirimu Dan anak mu pula berhak Atas dirimu”.

Dan ingatlah bahawa “Orang yang tidak menyayang tidak pula akan disayang“. Amin

9 Comments »

December 7th 2007

Beegan Bersunat

beegansunat2

Inilah anak bujang saya, baru berumur 6thn pada 21-November yang lalu.  Bila cerita pasal sunat betul-betul excited dia nak sunat gak katanya ingatkan dia main-main jer. Tak sangka petang hari tu ayah dia pulang dari kerja dan kami bersembang pasal anak buah dia yang berumur 10thn tu nak bersunat cuti sekolah ni. Ntah macamana dia pun cakap kalau macam tu abang pun nak sunat gak lah. Berkali-kali ayah dia tanya betul ker? Tak takut ker? dan macam-macam soalan lagi … tapi dengan semangat berkobar-kobar dia cakap nak. Keesokkan harinya hubby saya inform emaknya yang cucu dia sorang ni pun nak sunat gak, mereka semua x yakin coz Beegan ni kekadang boleh tukar fikiran tetiba. Tapi pada masa yang sama kami tetap jugak buat tempahan untuk hari yang bersejarah tu. Saya dan hubby cam tak percaya jer yang anak kami dah nak sunat.

Sebenarnya posting ni sepatutnya keluar pada awal minggu hari tu tapi disebabkan ada sedikit masalah teknikal dengan kamera digital ni ia terpaksa ditunda. Beegan telahpun selamat berkhatan pada 1-Disember yang lalu diikuti dengan kenduri doa selamat dan khatam Quran pada keesokkan harinya.

beegansunat

Inilah gambar Beegan beberapa jam selepas bersunat tu … adalah sempat snap 3 keping gambar tapi semuanya sensored kerana dia tidak selesa berkain jadi bayangkanlah sendiri ye! Dalam perancangan dia sepatutnya disunatkan jam 11:30pagi tapi disebabkan beberapa masalah dengan peserta sebelumnya akhirnya dia disunatkan jam 2ptg. Beegan mmg anak yang berani kata semua orang coz dari pagi menunggu sampai petang rilek jer … sepupu dia tu siap menangis lagi, takut katanya. Beegan pulak dengan selamba pegi tanya sepupu dia “ko takut eh?” … lagilah bengang member. Masa menunggu kat klinik tu pulak ada seorang budak 11thn umur dia, melalak sakan, soalan yang sama ditanya Beegan tapi kali ni ada sambung sikit “saya tak takut!”, terkulat-kulat budak tu. Hubby follow Beegan masuk dlm bilik, dia tidak menangis sikit pun masa doktor injet ubat bius tu dan sementara menunggu ubat bius berjalan dia sempat bertanya ayahnya “dah siap ke, ayah?”, “belum” kata suami saya, “lambatlah doktor ni” katanya, doktor hanya menggeleng kepada melihat kelakuannya. Usai semuanya dia keluar dr bilik doktor dengan muka tersenyum, budak lelaki yang sedang menangis kat ruang menunggu tu terus diam, sepupu dia pun sama. beegan&siblings

Sebelum sampai rumah mak mertua saya sempat lagi Beegan ajak ayah dia gi kedai! Sampai kat rumah suruh pakai kain dia xnak nyilu katanya … dan buat kesekian kalinya kami mendengar dia menangis selepas kencing, mungkin pedih baru terasa, adalah dekat 5min jugak. Tetapi …. selepas tu macam orang tak bersunat, kejap2 kencing, kejap2 mintak makan, ”air jampi” tak lepas dari tangannya, lepas tu boleh jalan2 masuk bilik main game lagi … sepupu dia balik dr sunat tak bangun2 sampai petang itupun paksa pegi kencing coz takut nanti mudarat pulak. Sedang kami sibuk buat persiapan kenduri keesokkan harinya, Beegan jugak sibuk bermain-main dengan kawan2nya, punya lar risau kami tengok perangai dia tu … jiran2 yang tengok asyik menegur jer takut bentan kata orang tapi dia selamba jer … dah tak larat nak marah … at last biar lah …

Walau bagaimanapun semuanya telah selamat dan Alhamdullillah semuanya berjalan dengan lancar.  

9 Comments »

- Next »