Archive for the 'Artikel' Category

April 2nd 2008

Peluang Perniagaan Untuk Direbut Usahawan Malaysia

Salam buat semua.

Hari ini saya nak berkongsi satu artikel yang amat menarik yang ditulis oleh salah seorang IM yang saya kagumi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Anda pasti teruja pada topik ini. Bunyinya agak menarik dan setidak-tidaknya mampu mencetuskan rasa ingin tahu dalam diri anda, bukankah begitu!! Baiklah, topik kali ini akan menjadi asas sokongan pada topik-topik seterusnya. Kerana selepas ini saya akan menumpukan pada topik berkaitan bisnes dan peluangnya yang dapat diadaptasi oleh kita; suka saya tujukan pada sesiapa sahaja yang punya keinginan dan kemahuan untuk melakukan sebarang bisnes. Saya akan perkecilkan fokus pada tiap-tiap topik selepas ini supaya anda mendapat gambaran secara ‘step by step’ dalam apa yang saya perkatakan.

Ungkapan “Malaysia untuk dijual” ini pernah dilaungkan PM beberapa waktu dulu. Apakah maknanya? Ia adalah bermaksud kita harus menjadikan negara ini sebagai satu lubuk emas dalam perniagaan. Kita harus menjadikan kita sebagai sesuatu yang boleh ditawarkan kepada orang lain. Ia memberikan gambaran bahawa kita perlu punyai nilai-nilai komersial. Kita harus sedar bahawa

Malaysia mempunyai penawaran yang begitu lumayan dalam dunia perniagaan. Kita boleh dikatakan cukup lengkap dari pelbagai aspek. Saya akan jelaskan satu persatu, kalau tidak banyak pun secara sedikit bahawa MENGAPA KITA HARUS DIJUAL.

Pertama; GEOGRAFI
Malaysia terletak di tengah-tengah laluan perdagangan dunia barat dan timur. Oleh itu, kita mempunyai 2 (Klang dan Tanjong Pelepas) laluan perdagangan yang terletak pada 10 laluan perdagangan utama dunia.Adalah rugi bagi rakyat Malaysia yang tidak berminat pada perniagaan antarabangsa kerana sudah jelas kita punyai kelebihan.

Kedua; POLITIK
Asas politik yang kukuh sejak sekian lama. Tidak banyak negara mempunyai sistem politik yang ampuh seperti dinikmati Malaysia. Ia suatu kondisi yang menjadikan kita mesra perniagaan.

Ketiga; PENDIDIKAN
Sistem pendidikan kita setaraf dengan dunia barat. Lihat sahajalah SPM yang diduduki pelajar-pelajar kita. Tahukah kita bahawa ia adalah antara peperiksaan paling susah dalam pendidikan di mana-mana tempat di dunia. Ini memberikan kita sebagai insan yang berpelajaran tinggi, dan ini amat penting dalam dunia bisnes.

Keempat; KOS
Kita masih dalam lingkungan negara-negara yang menawarkan kos rendah walaupun kita mungkin ketinggalan kepada China dan India. Tetapi kita punyai aspek-aspek lain yang susah ditandingi oleh negara tersebut dan mungkin memerlukan masa untuk mengatasi kita.

Kelima; PRO-PERNIAGAAN
Dasar kita yang pro-perniagaan ini sudah banyak diakui oleh pelabur-pelabur baik tempatan ataupun luar. Perlu diingatkan, dasar kita tidak menyekat sebarang pengembangan perniagaan malahan kekayaan negara boleh dikaut sebanyak mungkin atas kemampuan dan kesungguhan kita.
Jelas dengan faktor-faktor dijelaskan, saya tidak melihat dan faham mengapa ada lagi dikalangan kita miskin di negara sendiri. Dan sedikitpun tidak patut wujud sebarang bentuk pengangguran jika kita bijak memahami ungkapan sebenar “Malaysia untuk dijual”.

Saya ingin meminjam kata-kata seorang ungkapan seorang pakar kewangan negara;

“Hidup di Malaysia adalah suatu merugikan jika kita tidak kaya”

 

msia flag

 

Sumber artikel : Team Saifulsham

5 Comments »

April 1st 2008

Pemeriksaan Kesihatan Komputer Percuma

Salam buat semua.

Baru-baru ini terbaca artikel mengenai keselamatan internet kepada pengguna lebih-lebih lagi melibatkan transaksi maklumat peribadi dan sulit sebagai aksses untuk sesuatu perkhidmatan. Menggerunkan apabila terbaca cerita mengenai penyalahgunaan data tersebut yang melibatkan bukan sedikit tetapi kekadang sehingga beribu ringgit. Jangan tak percaya bukan kita sahaja perlu untuk berjumpa doktor, komputer pun tidak terkecuali.

Sebuah syarikat tempatan, F-Secure Corporation telah memperluaskan lagi cabang perkhidmatan penyelesaian keselamatan bagi pengguna daripada serangan virus serta ancaman berisiko yang mampu membawa kemudaratan kepada sistem komputer sekali gus melindungi daripada gangguan. Dalam mencapai tahap keselamatan yang optimum, mereka  memperkenalkan khidmat pemeriksaan kesihatan untuk pengguna bagi melakukan pemeriksaan terhadap tahap keselamatan secara menyeluruh di Internet. Proses tersebut merangkumi pemeriksaan status keselamatan komputer termasuk sistem pengendalian, pelayaran web serta aplikasi perisian. Usaha ini adalah untuk memastikan komputer terjamin selamat dan membantu pengguna bagi menyelesaikan ancaman yang berpotensi selain sentiasa memberi khidmat nasihat. Dan berita baiknya khidmat tersebut ditawarkan oleh F-Secure secara PERCUMA.

Keputusan yang diterima setelah menjalankan ujian tersebut terhadap PC saya.

f-secure

Pengguna boleh mendapatkan maklumat lengkap dan servis tersebut dengan melayari www.f-secure.com/healthcheck.

Sekian, semoga informasi ini berguna untuk anda. 

No Comments yet »

March 15th 2008

Akhlak & Aurat

Salam buat semua.

Topik hari ini menjurus kepada keagamaan sedikit, bukan pada pandangan saya ramai dari kita yang tidak sedar atau buat-buat tidak sedar tentang kepentingan dua elemen di atas. Contohnya, anak-anak kini kurang menghormati kepada yang lebih tua dan cara berpakaian yang terlampau menjolok mata. Mempunyai kekasih seawal sekolah rendah bukan lagi perkara baru. Luangkan sedikit masa untuk membaca erti akhlak dan mari kita perbincangkan masalah ini bersama.

AKHLAK

Akhlak adalah perkara penting selepas iman. Setiap orang akan dinilai berdasarkan budi pekertinya (akhlak). Jika baik akhlaknya, maka dia akan dianggap baik. Jika buruk akhlaknya meskipun ada melakukan kebajikan, tetap tidak akan dinilai. Oleh itu, orang yang mempunyai akhlak mulia akan dipandang mulia di sisi Allah. Contoh, akhlak mulia adalah akhlak Rasulullah. Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang sangat mulia.” (Surah al-Qalam, ayat 4).

Akhlak yang baik hendaklah dipupuk dan dipelihara hingga sebati dengan diri kita. Hal ini bagi membolehkan kita mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Dalam kehidupan manusia, akhlak dapat diibaratkan seperti bunga dalam sebuah taman. Bagaimana luas dan indahnya sebuah taman kalau tidak dihiasi dengan bunga-bungaan, maka taman itu tidak jauh bezanya dengan tanah perkuburan. Continue Reading »

3 Comments »

March 12th 2008

Isteri Gembira Keluarga Bahagia

Salam semua.

Memandangkan blog ini berkaitan dengan kekeluargaan maka sudah semestinya cerita2 mengenai pembaikpulihan hubungan kekeluargaan menjadi topik utama. Nak berkongsi cerita di Harian Metro baru-baru ini artikel yg bertajuk “Suami Rajin Lebih Bahagia”. Cuba cari balik kat laman mereka tapi xder pulak tapi xperlah saya akan kongsikan berita tersebut dengan anda. Walaupun kisah ini berlaku di luar negara namun pada pandangan saya pendekatannya tidak banyak bezanya kerana peranan sebuah keluarga dalam membentuk masyarakat yang lebih baik.

Menurut kata pakar sosiologi Universiti California, Riverside, Scott Coltrane, lelaki di Amerika Syarikat yang rajin membantu membuat kerja rumah didakwa memiliki kehidupan seks yang lebih baik, ganjaran kerana membantu isteri mereka. “Lebih kerap suami membantu kerjarumah, isteri mereka akan lebih gembira. Wanita akan berasa lebih puas hati dan konflik perkahwinan berkurangan” tambahnya. Ganjaran utama daripada kerajinan mereka itu adalah lebih kerap melakukan hubungan seks. Hmmm ini sebenarnya berita baik utk suami2 yg sering memberi alasan yang isterinya tidak punya waktu untuknya ditempat tidur.

Mungkin ramai yang terpikir mengapa pakar sosiologi yang memberi pandangan tersebut, ini adalah sinambungan drpt artikel tersebut.

“Pakar sosiologi biasanya tidak mengkaji hingga ke tahap itu tapi majoriti pakar terapi berkata, kekerapan seks dan lelaki yang rajin melakukan kerja rumah berkait secara langsung” katanya lagi. Pakar psikologi, Joshua Coleman bersetuju dgn pandangan itu. Wanita lebih berminat melakukan seks dan menyayangi suami mereka yang rajin membantu melakukan kerjarumah. Kaji selidik itu turut mendapati, lelaki As kini tiga kali ganda lebih kerap menghabiskan masa dengan anak mereka berbanding lelaki era 1960-an. Masa yang dihabiskan oleh wanita dengan anak pula meningkat dua kali ganda sekaligus memberi gambaran ibu dan bapa kini meletakkan tahap lebih tinggi untuk diri mereka. Namun, tumpuan lebih kepada anak-anak mungkin mengganggu hubungan intim suami-isteri.

“Ia mungkin menjadi ancaman terhadap kebahagian mereka kerana ia akan mengurangkan masa untuk mereka bermesra” Ulas Coleman lagi. Coltrane pada masa yang sama berkata, fenomena lelaki lebih cenderung melakukan kerja rumah berlaku di seluruh dunia. “Lelaki seluruh dunia kini semakin rajin melakukan kerja rumah. Malah, lelaki Itali dan Sepanyol turut lebih kerap melakukan kerja rumah, mungking tidak banyak tetapi lebih daripada sebelum ini” katanya lagi. Sumber : Harian Metro (Sabtu, 8 Mac 2008)

So, lelaki2 malaya bagaimana pandangan anda dalam membantu isteri anda? Sedangkan lelaki2 barat kini lebih cenderung membantu isteri mereka. Tapi saya pasti ramai suami2 diluar sana kini lebih bersikap terbuka dalam membantu isteri kini. Suami saya sendiri banyak membantu jika ada kelapangan, malah semenjak kelahiran anak kedua kami sehingga keempat beliau yang menjaga saya ketika dalam berpantang. Semuanya dilakukan sendiri di rumah kami. Thanks my dearest Hubby!

Sekian. Wassalam.

3 Comments »

February 27th 2008

Professionalkah anda …

Salam buat semua. 

Menurut sumber dari Wikipedia perkataaan “Professional” adalah :

A professional can be either a person in a profession (certain types of skilled work requiring formal training/education) or in sports (a sportsman/sportwoman doing sports for payment). Sometimes it is also used to indicate a special level of quality of goods or tools, sometimes also called “commercial grade”.

Manakala kamus Dwi-bahasa Oxford Fajar pula menyatakan :

berkenaan sesuatu profesion atau pekerjaan ikhtisas; menunjukkan kemahiran seseorang yang terlatih; melakukan pekerjaan tertentu untuk mendapatkan wang, bukan untuk memenuhi masa lapang.

Pastinya kita biasa mendengar perkataan ini digunakan kini lebih-lebih lagi dalam kehangatan demam pilihanraya sedang melanda kini. Masing-masing akan cuba untuk mempertahankan keprofesional mereka untuk membuktikan kemampuan masing-masing. Namun yang pasti kita sebagai rakyat Malaysia yang maju dan majmuk, memilih ketua yang berkebolehan untuk memimpin dan membangunkan negara sepatutnya menjadi pilihan utama kita.

Bukan mudah untuk menjadikan diri seorang professional. Bagi saya kemampuan membuktikan diri anda yang terbaik dari yang terbaik adalah penentu kepada gelaran tersebut. Kita sepatutnya membiarkan penilaian tersebut dilakukan oleh oranglain. Berikut adalah beberapa tips yang boleh dikongsi bersama sebagai panduan untuk menjadi ataupun memilih pemimpin :

  1. Sentiasa bertanggungjawab terhadap Allah
  2. Sentiasa bertanggungjawab terhadap diri dan orang yang dipimpin 
  3. Sentiasa percaya kebolehan dan kemampuan diri anugerah Allah 
  4. Sentiasa berdisiplin 
  5. Hendaklah pandai bergaul dan tidak sombong 
  6. Mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas 
  7. Sihat jasmani, rohani, emosi dan intelek 
  8. Berdaya saing, ada jati diri, inisiatif dan kreatif 
  9. Mengamalkan sikap jujur dan amanah 
  10. Sentiasa bersikap terbuka - “open minded” 
  11. Yang paling penting mudah dihubungi, mesra dan bersopan santun

Bagi saya yang penting adalah sentiasa mengingatkan diri sendiri bukan mudah untuk memberi kepuasan kepada setiap orang, masing-masing mempunyai pandangan dan pendapat yang berbeza. Mungkin pada kita ia adalah yang terbaik, tapi tidak bagi yang lain. Jadi disinilah tugas kita untuk membuktikan bahawa keputusan yang kita lakukan adalah yang terbaik dan boleh diterima-pakai. Jangan bimbang, scenario “rumah siap, pahat berbunyi” ini akan dilalui oleh sesiapa sahaja, maka terima dengan hati terbuka.

Sekian, Wassalam.

No Comments yet »

February 17th 2008

Berapa Nilai Masa Kerja Anda?

Salam buat semua …

Minggu yang sangat sibuk untuk saya yang bergelar “Surirumah Professional” ini.  Almaklumlah sebulan berehat bila mula nak bekerja balik ni entah mengapa terasa seperti hilang arah. Bermula awal bulan tempohari semua yang dilakukan terasa ada yang kurang namun tidak pasti punca perasaan tersebut. Lebih-lebih lagi anak-anak yang telah terbiasa ibu berada dirumah senantiasa bertanya, “hari ni ibu kerja?”. Seakan mereka seronok bila balik sekolah bersambut dan berhantar, namun untuk tetap tinggal dirumah melayani mereka buat masa ini, kami masih belum mampu. Dengan mengambil kira setiap perbelanjaan hidup di ibukota ini dimana hanya seorang sahaja yang bekerja untuk seisi keluarga amatlah tidak mencukupi. Jadi buat masa ini hidup perlu diteruskan, keputusannya telah muktamad, maafkan ibu anak-anakku, berikan ibu sedikit masa lagi …

Apakata kali ini saya kongsikan satu cerita mengenai “masa berkualiti bersama keluarga”. Ramai dari kita yang bersetuju dalam kehidupan kini wang melebihi segalanya, lebih-lebih lagi bagi mereka yang tinggal di bandar-bandar besar terutamanya. Namun ingatlah wang bukan segala-galanya, pernah anda dengar pepatah mengatakan “wang boleh dicari, tetapi sekali anda hilang kasih sayang amat sukar untuk mendapatkannya kembali”.

Continue Reading »

6 Comments »

January 18th 2008

Hari Asyura (10 Muharram) : 19-Jul-2008

10 Muharam - Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran. Antara perkara yang telah berlaku pada 10 Muharam adalah:

  • Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  • Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  • Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  • Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  • Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  • Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  • Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  • Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan ‘Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan alam.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Isa diangkat ke langit.

Tahukan anda dengan hanya melakukan beberapa perkara sunat pada hari Asyura (10 Muharram) tersebut kita akan diberikan ganjaran yang tidak ternilai.

Continue Reading »

4 Comments »