April 2nd 2008 05:05 pm

Peluang Perniagaan Untuk Direbut Usahawan Malaysia

Salam buat semua.

Hari ini saya nak berkongsi satu artikel yang amat menarik yang ditulis oleh salah seorang IM yang saya kagumi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Anda pasti teruja pada topik ini. Bunyinya agak menarik dan setidak-tidaknya mampu mencetuskan rasa ingin tahu dalam diri anda, bukankah begitu!! Baiklah, topik kali ini akan menjadi asas sokongan pada topik-topik seterusnya. Kerana selepas ini saya akan menumpukan pada topik berkaitan bisnes dan peluangnya yang dapat diadaptasi oleh kita; suka saya tujukan pada sesiapa sahaja yang punya keinginan dan kemahuan untuk melakukan sebarang bisnes. Saya akan perkecilkan fokus pada tiap-tiap topik selepas ini supaya anda mendapat gambaran secara ‘step by step’ dalam apa yang saya perkatakan.

Ungkapan “Malaysia untuk dijual” ini pernah dilaungkan PM beberapa waktu dulu. Apakah maknanya? Ia adalah bermaksud kita harus menjadikan negara ini sebagai satu lubuk emas dalam perniagaan. Kita harus menjadikan kita sebagai sesuatu yang boleh ditawarkan kepada orang lain. Ia memberikan gambaran bahawa kita perlu punyai nilai-nilai komersial. Kita harus sedar bahawa

Malaysia mempunyai penawaran yang begitu lumayan dalam dunia perniagaan. Kita boleh dikatakan cukup lengkap dari pelbagai aspek. Saya akan jelaskan satu persatu, kalau tidak banyak pun secara sedikit bahawa MENGAPA KITA HARUS DIJUAL.

Pertama; GEOGRAFI
Malaysia terletak di tengah-tengah laluan perdagangan dunia barat dan timur. Oleh itu, kita mempunyai 2 (Klang dan Tanjong Pelepas) laluan perdagangan yang terletak pada 10 laluan perdagangan utama dunia.Adalah rugi bagi rakyat Malaysia yang tidak berminat pada perniagaan antarabangsa kerana sudah jelas kita punyai kelebihan.

Kedua; POLITIK
Asas politik yang kukuh sejak sekian lama. Tidak banyak negara mempunyai sistem politik yang ampuh seperti dinikmati Malaysia. Ia suatu kondisi yang menjadikan kita mesra perniagaan.

Ketiga; PENDIDIKAN
Sistem pendidikan kita setaraf dengan dunia barat. Lihat sahajalah SPM yang diduduki pelajar-pelajar kita. Tahukah kita bahawa ia adalah antara peperiksaan paling susah dalam pendidikan di mana-mana tempat di dunia. Ini memberikan kita sebagai insan yang berpelajaran tinggi, dan ini amat penting dalam dunia bisnes.

Keempat; KOS
Kita masih dalam lingkungan negara-negara yang menawarkan kos rendah walaupun kita mungkin ketinggalan kepada China dan India. Tetapi kita punyai aspek-aspek lain yang susah ditandingi oleh negara tersebut dan mungkin memerlukan masa untuk mengatasi kita.

Kelima; PRO-PERNIAGAAN
Dasar kita yang pro-perniagaan ini sudah banyak diakui oleh pelabur-pelabur baik tempatan ataupun luar. Perlu diingatkan, dasar kita tidak menyekat sebarang pengembangan perniagaan malahan kekayaan negara boleh dikaut sebanyak mungkin atas kemampuan dan kesungguhan kita.
Jelas dengan faktor-faktor dijelaskan, saya tidak melihat dan faham mengapa ada lagi dikalangan kita miskin di negara sendiri. Dan sedikitpun tidak patut wujud sebarang bentuk pengangguran jika kita bijak memahami ungkapan sebenar “Malaysia untuk dijual”.

Saya ingin meminjam kata-kata seorang ungkapan seorang pakar kewangan negara;

“Hidup di Malaysia adalah suatu merugikan jika kita tidak kaya”

 

msia flag

 

Sumber artikel : Team Saifulsham

5 Comments »

5 Responses to “Peluang Perniagaan Untuk Direbut Usahawan Malaysia”

  1. izman on 04 Apr 2008 at 5:38 pm #

    Jual produk dan servis dari malaysia mmg ok. aku harap tak de orang yang jual malaysia dan maruah malaysia kt bangsa asing.

  2. Leeza on 07 Apr 2008 at 1:57 am #

    tepuk dada tanya selera … sebagai manusia biasa kita tidak mampu untuk menolak kebendaan yang menjadikan kita lupa akan haram dan halal sesuatu perniagaan itu …. yang penting berbalik kepada mana asal kita …

  3. zool on 09 Apr 2008 at 11:32 pm #

    Wah menarik … Saya pun ingat merebut peluang walaupun bukan sepenuh masa..
    Ops.. google dah terima iklan bahasa melayu ker??

  4. Leeza on 11 Apr 2008 at 11:19 am #

    separuh ataupun sepenuh masa yang penting fokus dan komited … buat masa ni pendapatan dr sumber online ni belum memberangsangkan lagi …

  5. starline on 21 Apr 2008 at 4:05 am #

    Yang penting bijak reput peluang dan usaha untuk terus berjaya.Jangan terlampau bergantung pada kerajaan untuk semua kerja.Kena berdikari

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

« Pemeriksaan Kesihatan Komputer Percuma | Aku kecewa lagi … »